Monday, March 29, 2010

Kuda baka Arab


▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Kuda baka Arab

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Kuda Dalam Islam
Syarat-Syarat Pertandingan Kuda Mengikut Tradisi Islam dan Arab
Dizaman Rasullullah saw, Saidina Ali ra telah diamanahkan untuk menjaga dan menguruskan pertandingan kuda lalu beliau melantik Surqa bin Malik sebagai pembantunya. Diantara sayarat dan aturcara pertandingan yang ditetapkan ialah:-
1. Sebelum bermula, semua kuda hendaklah dalam barisan yang sama.
2. Tiga kali hebahan dilaungkan untuk membuat semua persiapan pertandingan.
3. Perlumbaan bermula dengan laungan takbir sebanyak tiga kali, bila takbir kali ketiga berakhir, pertandingan dimulakan.
4. Kemenangan muktlak ialah bilamana telinga kuda pertama yang sampai ketempat akhir pertandingan.Saidina Ali ra sendiri membuat garisan pertama dan garisan terakhir, kebiasaanya Saidina Ali akan berada digarisan penamat untuk menentukan kemenangan.

Kuda Dalam Pemerintahan Khalifah Omar Al-Khattab.
Perkembangan Dunia Islam dibawah pemerintahan Khalifah Omar telah membuka era baru dalam dunia kuda atau equestrian, dimana banyak taktik baru dipelajari dalam peperangan berkuda dan begitu juga kuda-kuda Arab dari berbagai negara dibiakkan melalui 'cross breed' saperti kuda dari Iran, Turkey, Rome, Greek dan lain-lain.


Tariq Al-Ziad Menawan Sepanyol
Atas arahan Rasulullullah saw, orang-orang Arab Beduin mula menternak dan membiak kuda-kuda Arab baka baik dan pernah ahli sejarah Abnu Khallikan menyatakan dalam Kitabnya bahawa" Tariq bin Ziad telah membawa 12,000 pasukan berkuda dari Morrocco dan Tunisia ( Kuda Barb ) bersama 12 ekor kuda Arab. Itulah pertama kali Kuda Arab telah dibawa masuk dan diasilmilasikan atau integrasi dengan kuda-kuda Inggeris. Yang seterusnya mencetuskan kuda pembikinan manusia yang masyhur pada hari ini iaitu 'thoroughbred'

Tanda Ibu jari Rasullullah saw dileher
Kuda Arab....
Dizaman Rasullullah saw Kuda Arab tidak pernah dijual kepada orang-orang luar, Kuda Arab hanya berada di Arabia dan tidak pernah keluar dari tanah Arab. Di leher Kuda Arab asli 'pure breed' terdapat tanda dileher kuda, dimana baka kuda tersebut dikatakan telah dipegang oleh Rasulllulah saw hingga meninggalkan tanda ibu jari dilehernya.Jika anda benar-benar memiliki Kuda Arab, cuba perhatikan tanda tersebut.Kuda Arab yang dijual dinegara-negara Europah atau Australia hari ini, dikatakan bukanlah ' original' dari bumi Arab.Tetapi mereka mengekalkan identitinya sebagai 'Baka Arab' ! Wallahhuallam.
Kuda Dalam Al-Quran
Kuda dalam bahasa Arab disebut sebagai 'faras', kuda jantan 'fahl' atau pada umumnya disebut juga sebagai al-khayl. Didalam al--Quran perkataan 'kuda' disebut sebanyak 5 kali.
Dalam Surah 79 dan Surah 100 disebut al-naziat, al-adiyat dimaksudkan sebagai 'kuda'
sementara Surah 37 al-saffat, Surah 51 al-dhariyat dan Surah 77 al-mursalat dimaksudkan kepada kuda.
Dalam Al-Quran dinyatakan bahawa.
" Dan ( Dia Mencipta) kuda dan keldai untuk kamu tunggang as zinat" Surah 16: 8
Perkataan Arab zinat ertinya kesukaan dan kebaikan yang dimaksudkan sebagai kuda dan keldai diciptakan bukan sahaja untuk dinaiki, tunggang tetapi juga untuk dibiakkan dan membuat pertandingan. ( bukan perjudian) Mengikut catitan dari buku kuda " Fadl al-khayl" karangan al-Dimyati menyatakan bahawa Rasullullah saw memberi keizinan untuk mengadakan pertandingan perlumbaan unta dan kuda bersama anak panah ( khuff, hafir, nasl) Tetapi mengikut tradisi suku kaum arab, perlumbaan kuda adalah lumrah dikalangan suku kaum arab dipergunungan..Mengikut "Hidayat al-fursan fi shi'ar al-shujan oleh Ibn Hudhayl menyatakan bahawa Islam melarang perjudian ( maisar) tetapi tidak menghalang pertandingan memanah (nasal), lumba lari ( qadam) and lumba kuda (hafir).Mengikut kitab al-Sarj karangan Abu Ubaidah dan Kitan al-Al-khayl karangan Asma'i banyak menceritakan tentang pertandingan lumba kuda dikalangan suku kaum Arab, baik sebelum kedatangan Islam dan juga diwaktu pemerintahan Islam dizaman Rasullullah saw, kemudian dizaman sahabat, zaman khalifah, zaman pemerintahan Bani Umayah dan Bani Abbasiah.
Dalam Kitab "Hidayah" juga dinyatakan 4 jenis kuda yang terdapat dikalangan suku kaum Arab diwaktu itu ialah:-
Birzaun or Burzun ( kuda berat dari luar negara )
Atiq ( Kuda Arab baka pertama )
Hain ( Kuda kacukan, jantan luar, ibu Arab )
Separuh Arab ( bapa arab, ibu dari luar )Khalifah Harun al-Rashid


Penaklukan Palestin
Khalifah Harun Al Rashid adalah seorang pemimpin yang terkenal dikalangan negara-negara Arab kerana kemasyhurannya menakluk dan membebaskan negara Palestin dari penjajahan Barat dan Yahudi. Baginda sendiri telah mengadakan beberapa pertandingan lumba kuda.Kuda baginda bernama - Mushammir pernah memenangi tempat pertama dan tempat kedua dimenangi oleh anaknya.Pernah satu ketika bila kuda baginda memenangi tempat pertama, baginda memanggil ahli syair terkenal, Asma'i untuk menulis satu puisi khas tentang kuda yang akhirnya disiapkan penuh dengan ciri-ciri kwistimewaan kuda.Sejak dari zaman Rasullullah saw hinggalah sekarang para pemimpin Arab menjadikan kuda sebagai satu hobi mereka untuk berbagai tujuan. Kini para Sheikh dari Bahrain dan Dubai adalah penaja utama perlumbaan kuda di negara teluk.

Ciri-Ciri Kuda Yang Dikehendaki ialah:
Mengikut Kitab Asma'i, ciri-ciri kuda adalah saperti berikut:-
Thoroughbred perut yang tinggi (batn), belakang pendek (zahr), kaki panjang (tul al wazifatain fil rijlain) dan qasral wazifatatayn fil yadain).Lain-lain ciri yang dikehendaki ialah tanda putih didahi (ghurar atau blaze), stoking dikaki ( tahjil) atau tanda putih dikuku kaki.Bentuk badan yang menarik al-a-ali , al-safill, al muqaddim, al muaakhir, .Bila menunggang, mestilah kelihatan kemas (thubat) dan tali untuk berlari adalah kemas ( taswiyat al inan)Bangsa Turki terkenal dengan kemahiran menunggang kuda sambil memanah atau membawa berbagai jenis senjata dengan sempurna.
Pandanga Empat mazhab Imam
Imam Abu Hanifa dan Iman Shafie menyatakan bahawa lumba kuda tidaklah haram.
Imam Malik dan Imam Ahmed hanbali menyatakan tidak menggalakkan pertandingan unta atau keldai dan beranggapan hanya kuda boleh dipertandingkan dalam perlumbaan.

Kuda Arab, Kuda Rasulullah SAW

Kuda adalah sejenis binatang yang amat dihormati didalam Islam. Malah didalam Kitab Al-Quran dan hadith banyak dibicarakan tentang kuda.Kalau disebut sejarah kuda, sudah pasti kita tidak akan terlepas dengan sanjungan dan kemuliaan terhadap 'Kuda Arab'. Kuda Arab adalah satu spesis kuda yang terbaik didunia dengan mempunyai ciri-ciri kecantikan dan keunikannya tersendiri,
Keunikan kuda arab antaranya ialah:
1.Kuda terpantas
2. Tahan lasak dengan cuaca panas dan sejuk
3. Handal dalam enduran
4. Cekap dan bijak.
Tidak hairanlah kuda Arab menjadi kegilaan setiap kaki kuda. Kuda dan manusia tidak dapat dipisahkan. Sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw, kuda sudah pun berada dibumi dan dipelihara oleh setiap manusia dimerata dunia.
Nabi Ismail sebagai tradisi orang Arab pernah menunggang kuda.
Nabi Sualiman as telah mewarisi lebih dari 1000 ekor kuda dari Nabi Daud as. Pernah dalam sejarah dikatakan bahawa satu suku kaum yang dinamakan Azad pernah mengunjungi Nabi Sulaiman dan meminta sesuatu hadiah dari baginda, lalu baginda menghadiahkan seekor kuda.
Tetapi dengan kedatangan Islam yang dipimpinan oleh Rasulullah saw, kita dapat melihat betapa hebatnya pengaruh kuda dikalangan orang Arab malah, para kakikuda yang masyhur diseluruh dunia memperakui bahawa Rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya adalah pelopor utama dalam penubuhan Tentera Islam Berkuda atau dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai 'Cavalry'Rasullullah saw memerhatikan bahawa pada peperangan Uhud, tentera Islam mempunyai hanya 2 ekor kuda. Sebaik sahaja selepas peperangan baginda terus berusaha sekuat tenaga bersama-sama para sahabat untuk membentuk pasukan berkuda dengan memelihara dan membiak baka kuda terbaik ditanah Arab iaitu 'Kuda Asli Arab'.Dalam masa yang singkat sahaja, kita perhatikan bahawa kuda merupakan aset yang paling penting dan berharga dalam mempertahan dan mengembangkan kedaulatan Islam dibumi Arab.Baginda, Rasullullah saw sendiri telah menyeru umat Islam supaya berusaha mengembang dan membiakkan kuda demi untuk membangun dan mempertahan Islam dari ancaman musuh. Dalam keadaan muka bumi yang tandus, kering kuntang, gurun, bukit bukau dan padang pasir yang begitu luas. Kuda merupakan satu kenderaan yang amat penting pada tamadun Arab.Mulai dari detik peperangan pertama itulah memberi lambaran baru bagi umat Islam supaya memelihara dan membiakan baka kuda yang paling baik .Sebab utama ialah untuk mempertahankan kesucian agama Islam yang sentiasa terancam oleh musuh-musuh disekeliling termasuklah ancaman dari kerajaan kuno Romawi, Greek, Berzentin, Persia dan lain-lain.Oleh itu tidak hairanlah Nabi Muhammad saw sendiri telah mengambil inisitif untuk membiak, mengembang, melatih kuda-kuda yang baik untuk meneruskan dan menegakkan panji-panji Islam dibumi Arab.Untuk menguatkan keyakinan terhadap pemeliharaan kuda, Rasullullah saw sendiri telah menganjurkan berbagai pertunjukan dan pertandingan kuda di Madinah.

Hadith-hadith Tentang Kuda.

DiRiwayat oleh Ibn Banin bahawa Rasullullah saw mengajurkan pertandingan lumba kuda dimana yang pertama diberi hadiah 'sabiq' tiga, 'musalli dua, tiga satu kuda, keempat satu dinar, kelima satu dirham, yang ke6 satu qasabah.
Rasullullah bersabda
" Sesungguhnya Berkat Allah kepada kamu yang memang 'sabiq' dan yang kalah 'fiskil'.
Al-Baladhuri menyatakan:
Aku telah diberitahu oleh Muhammad bin Sad al-Waqidi, Sulaiman bin al-Harith, az-Zubayr bin al-mundhir bin Abi Usayd, yang berkata: " Abu Usayd as-Saidi telah bertanding menunggang kuda Rasulullah saw yang bernama, Lizaz dan baginda memberi hadiah Jubah Yamen."Abu Hassan Ahmed bin Yahya bin Jabir al-Baladhuri, Ibn Sad al-Waqidi, Abd al Muhayamin bin Abbas bin Sahl bin Sad, bapanya ( Abbas), datuknya Sahl, beliau berkata," Satu ketika Rasullullah saw mengadakan pertandingan lumba kuda, aku menunggang kuda baginda bernama az-Zarib. Baginda memberi aku serban Yamen."
Mengikut riwayat Dar Qutni
Sanjah adalah kuda Rasullullah saw yang sering ditunggangi baginda. Satu ketika kuda ini telah menang dalam pertandingan dan Rasullullah saw begitu gembira."Kuda pertama dimiliki oleh Rasulullah saw bernama 'As-Sakaf' yang dibeli baginda dari suku kaum Fezara. Baginda menunggang kuda ini dalam peperangan Uhud.Baginda Rasullullah saw juga memilki seekor lagi kuda yang bernama Sabaha dan pernah memasuki pertandingan dan menang dalam pertandingan tersebut. Baginda begitu gembira.Kuda ketiga yang dimiliki oleh Rasullullah saw bernama al-Murtajis.

Pertandingan Kuda

Ibnu Umar menyatakan bahawa, Rasullullah saw sering menganjurkan pertandingan lumba kuda dan baginda memberi hadiah kepada pemenang. Semua ini dilakukan oleh baginda untuk mengembang sukan berkuda, melatih kepintaran berkuda serta kesihatan tubuh badan.Iman Ahmad bin Hanbali telah meriyawatkan dalam kitabnya "Masnad' dimana Anas telah ditanya " Adakah Rasulullah saw memasuki pertandingan kuda ?" Anas menjawan "Ya""Demi Allah, baginda berlumba dengan kudaNya bernama Subbah. Kuda tersebut memenangi perlumbaan dan baginda amat gembira." Hadith Bukhari diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar.Rasullullah saw mengadakan pertandingan kuda dari Ath-Thaniya sehingga Masjid Banu Zurayk. Abdullah bin Umar juga menyatakan bahawa beliau juga menyertai pertandingan tersebut.

Jarak Pertandingan

Rasullah saw tidak melarang pertandingan lumba kuda, malah baginda sendiri memberi nasihat aturcara pertandingan, antaranya baginda pernah menganjurkan perlumbaan kuda di Madinah diantara:-
Dari Hafiya ke Thaniyyat al-Wada ( 60 ghalwa = 5 hingga 6 batu ) untuk kuda dewasa
Dari Thaniyyat al-Wada ke Banu Zurayk ( 10 ghalwa = 1 batu ) untuk kuda muda.
Banginda sendiri menyertai pertandingan tersebut dimana kuda baginda pernah memenangi pertandingan beberapa kali.Rasullullah saw amat gemar menunggang kuda dan mengalakkan pertandingan lumba kuda.
Berikut adalah beberapa keratan tentang minat bagida Rasullah saw terhadap kuda, antaranya:-
" Terdapat banyak keberkatan dalam pemeliharaan kuda" ( Kitab Masnab)
" Belajarlah memanah dan menunggang kuda" ( Hadith Muslim)
Ciri-Ciri Kuda Istimewa Yang Di Gemari Rasullahullah saw
Kuda hitam, terdapat jalur putih di kepala dan mempunyai warna putih di bibir bahagian atas.
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

Benarkah Kuda Arab Terbaik di Dunia ?


▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Sejarah Kuda Di Dunia

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Kuda sudah lama berada dibumi dan berselerak diseluruh dunia. Kuda telah disimpan dan diternak oleh manusia sejak beribu-ribu tahun sebelum masehi.
Diantara baka kuda kuno atau 'ancient horses' ialah Kuda Liar Asia (terdapat disekitar Asia Tengah saperti Mongolia, Turkomen, Afghanistan, Mongolia ),
Kuda Morgan ( USA), Tarpan, Arab ( Timur Tengah).
Dari kuda-kuda manusia mula menjinakkannya dan menjadikannya sebagai aset yang amat penting baik dalam peperangan, pertunjukan, sarkas, sukan, pertandingan dan sebagainya.

Benarkah Kuda Arab Terbaik di Dunia ?

Kuda Arab adalah satu baka kuda yang sangat cerdik, bersemangat dan mempunyai stamina yang luar biasa serta kaki kecil yang bertulang sangat kuat. Dengan bentuk kepala yang tersendiri seakan-akan hidungnya melengkung dan ekor yang tinggi mudah terangkat walaupun ketika berlari, yang menyebabkan kuda Arab sangat mudah dikenali berbanding baka lain di dunia ini. Kuda Arab adalah baka kuda yang tertua di dunia. Tedapat bukti kajian purba yang menunjukkan penemuan kuda moden ini berasal dari baka kuda purba dari 4500 tahun dahulu yang dipercayai berasal dikawasan padang pasir di Timur Tengah.
Dizaman dahulu samada zaman kerajaan Islam atau sebelumnya, Kuda arab ini digunakan secara meluas untuk tujuan perjalan dari satu tempat ke satu tempat dan juga digunakan untuk peperangan. Dalam apa jua keadaan cuaca, kuda ini dengan mudah untuk berlari sejauh 200 km sekalipun dipadang pasir yang kering kontang. Yang menjadikan kuda ini sekarang menjadi pujaan ramai penggemar kuda ialah kerana kuda arab ini adalah kuda yang dimiliki oleh Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabat R.A. Mereka menggunakan kuda-kuda sebagai kenderaan terpenting dalam menyebarkan Islam samada melalui peperangan ataupun dakwah. Maka sesiapa yang memiliki kuda dengan niat sunnah Nabi s.a.w., maka dia akan mendapat pahala dari Allah taala.

Antara kuda-kuda Rasullullah saw yang masyhur ialah:
1. Al-Sakaf ( Memenangi di peperangan Uhud)
2. Al-Zarab
3. Al-Lizaz
4. Al-Sabaha (As Subbah)
5. Al-Murtajis
6. Al-Sanjah
Nama Kuda-Kuda Lain Yang Masyhur ialah:

Bucephalus dimiliki oleh Alexander The Great
Morengo dimiliki oleh Napolean Bonarparte
Copenhagen oleh General Wellington

Kuda Arab telah diakui diseluroh dunia bahawa mereka adalah kuda asli Arab yang dapat dijejaki oleh peminat kuda sejak 3000 tahun dahulu. Oleh-orang barat mengakui bahawa Kuda Arab yang terdapat dinegara-negara Arab saperti Arab Saudi, Yemen, Syria, Iraq, Libya, Iran, Mesir adalah tempat-tempat asli terdapatnya kuda ini.
Sekarang hampir semua kuda-kuda hebat di dunia termasuk kuda Inggeris Thoroughbred, Dartland, Barb, Criollo dan sebagainya sedikit sebanyak mempunyai pertalian darah dengan Kuda Arab.
Disebalik kehebatan kuda-kuda lain didunia, pasti adalah didalam badan mereka, mengalir darah Kuda Arab.
Begitulah hebatnya Kuda Arab.
Namun yang paling sedihnya, Kuda Arab yang terbaik masa kini bukanterletak di negara-negara Arab, malah Australia,Perancis, Hungary, Poland adalah tempat-tempat yang ternama untuk mendapatkan baka Kuda Arab.
Malah di Australia sahaja terdapat beratus-ratus ribu baka kuda Arab 'pure' yang baik-baik.

Dikalangan negara Arab, Mesir dianggap negara paling kedepan dalam menternak dan membiak baka kuda arab yang baik dan bebepara tahun terakhir ini, kita dapati U.A.E. telah memulakan langkah menternak dan membiak baka kuda arab asli.

Baka Kuda Arab
Antara baka-baka kuda arab ini yang mashur seperti keturunan Ansata, El shaklan, Sheikh el arab, Estopa, Sabah, Saklawi, kazmin, Sheik dan lain-lain lagi.

kuda baka El shaklan
Kuda baka Ansata Halim
Baka Kuda Estopa
Baka Kuda Salkawi

Dikalangan penternak kuda kita dapati nama-nama kuda saperti
'Straight Egyptian, Kuda Arab Polish, Russia, Amerika, Crabbet Arabian,
Kholonial Arabian dan lain-lain kuda Arab adalah hampir sama.
Cuma yang bezanya mereka mendapatkan kuda-kuda Arab asli ini dari negara-negara Arab saperti Yemen, Arab Saudi, Syria, Iraq, Lebanon, Egypt dan lain-lain.
Untuk mengekalkan identiti negara tersebut, maka lahirlah baka kuda arab yang dipanggila ' Straight Egyptian, Crabbet Arabian, Kholonial Arabian, dan sebagainya.
Hakikat sebenarnya kuda-kuda tersebut adalah hampir sama dari segi keturunan atau istilah kuda dipanggil 'strain'- baka. 100 % baka Arab tulin' Dilihat pada Surat kelahirannya terdapat baka yang ditulis 'El-Segrawi' Begitu juga kuda-kuda Arab lain mengandungi dalam darahnya baka dari kuda Arab Mesir, Kuda Aran Yemen dan Kuda Arab dari Saudi,..
"Islam begitu memberi perhatian dan sanjungan terhadap kuda. Dapat dilihat betapa banyaknya kitab-kitab dalam Bahasa Arab yang menyatakan perihal kuda termasuk sejarah kuda, ternakan, asal-usul, kaedah pemakanan, teknik menunggang, keistimewaan kuda, kaedah berlumba dan mencari baka kuda yang baik dan lain-lain.
Diantara kitab-kitab yang menyatakan perihal kuda ialah:-
1. Kitab Al-khayal oleh Attabi

2. Kitab Al-Khayal al-kabir oleh Ahmed Abi Tahir

3. Kitab Khalq al-faras oleh Asmai

4. Kitab al-sarj wal-lijam oleh Asmai

5. Kitab khalq al-faras oleh Washsha

6. Kitab Khasyl al-saghir & Kitab al-sarj wal-lijam oleh Ini Durayd

7. Kitab al-khayl bi khatt al-Kufi oleh Ahmed Habib

8. Kitab al-khayl al-sawabik oleh Khawlani

9. Kitab nasab al-khayl oleh Muhammad bin Ziad

10. Kitab al-khalq as faras oleh Ibrahim al-Zujaj
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

Monday, March 22, 2010

Membela Anjing


▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Membela Anjing

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Dalam masyarakat umum, tugas anjing penjaga biasanya hanya sebagai penjaga rumah . Hal ini sering ditunjukkan dengan banyaknya tulisan “Awas Anjing Garang” di beberapa rumah mewah. Padahal jika dilatih secara betul “Anjing Garang” tersebut boleh dijadikan penjaga yang berkualiti tinggi melebihi kemampuan manusia. Hal ini terjadi kerana kualiti system pendengaran, penciuman, dan penglihatan anjing lebih tinggi daripada manusia. Pada anjing, antara deria tersebut yang paling utama ialah deria penciuman.


Ciri - ciri fizikal
Gigi
Anjing memiliki 42 gigi, 10 batang lebih banyak dari gigi manusia. Dengan mudah, ia dapat mengerat dan memecahkan makanannya, seperti tulang menjadi serpihan-serpihan dengan senang..
Mata
Matanya juga diciptakan secara khusus, dalam kegelapan anjing memiliki penglihatan yang lebih tajam daripada manusia. Mereka dapat merasakan gerakan suatu benda dari jarak jauh.
Telinga
Anjing juga dapat mendengar suara pada frekuensi di luar kemampuan pendengaran manusia, mereka mendengar suara dari jarak empat kali jauhnya dari yang kita mampu.
Hidung
Anjing juga menggunakan hidungnya untuk bernafas. Memasuki hidungnya, udara ditapis, dihangatkan dan dilembabkan dan setelahnya menuju ke paru-paru.
Deria bau anjing juga sangat tajam. Pusat “penciuman” dalam otaknya berkembang 40 kali lebih baik daripada pada manusia. Dengan demikian, kepekaan penciuman anjing jauh lebih hebat dari deria bau manusia.
Badan
Tidak seperti manusia, anjing sama sekali tidak berpeluh untuk menetukan suhu badannya kerana anjing tidak mempunyai kelenjar peluh dalam tubuhnya. Pengaturan suhu tubuh dipegang oleh sistem pernafasan. Bulu-bulu yang menutup tubuhnya menjaga kulit dari panas luar. Ketika suhu luar meningkat, suhu tubuh anjing juga meningkat, anjing yang suhu tubuhnya meningkat mengurangi kelebihan panas ini dengan menjulurkan lidahnya., anjing tak pernah berpeluh meskipun berlari selama berjam-jam.Tapak kaki anjing tidak pernah terluka, tidak juga haus, dan kuku mereka tidak pernah terkena iritasi..
Sejarah Penggunaan anjing

Pada zaman dahulu anjing digunakan untuk melakukan tugasan mengembala dan menjaga ternakan seperti kambing dan lembu... ade juga menjaga rumah dan kebun juga ladang...
Bahkan, beberapa keturunan anjing juga dilatih untuk ikut sama berperang dengan manusia.Pengunaan anjing dalam membantu perang dan pertahanan ini dilakukan semenjak zaman Mesir Kuno ketika Firaun berkuasa. Disamping itu , juga digunakan oleh masyarakat Babylon, Rom dan Alexandra maharaja dari Macadonia memperkuatkan askarnya dengan bantuan unit anjing penjaga wilayah taklukannya. Suku Hun, serta nenek moyang orang China dan Mongolia juga menggunakan anjing untuk bantuan pertahanan. . Jeneral Perancis, Nepolean Bonaparte, menggunakan peranan unit pasukan anjing sebagai pasukan sokongan.
Cristopher Colombus, seorang pelaut Italy mendapat sokongan dari Raja Ferdinand dan Ratu Isabella dari Castilia, Sepanyol untuk mencari pulau rempah-rempah . Pada waktu itu masyarakat Eropah menganggap pulau menghasilan rempah-rempah adalah India. Dalam perjalanannya, Columbus tersasar dan mendarat di Pantai San Salvador, Kepulauan Bahama, di Laut Carribean pada tanggal 12 October 1492. pendaratan di dunia baru tersebut kemudian diikuti oleh askar Sepanyol dengan dokongan pasukan unit anjing yang bertugas menakluki bangsa India di wilayah Mexico dan Peru.
Dalam peperangan moden anjing juga tetap digunakan. Pada Perang Dunia pertama (1914-1918), tentera menggunakan kemampuan anjing untuk keperluan perang di wilayah Lechermick dekat Berlin. Tentera Jerman tersebut menggunakan anjing Gembala Jerman dan Doberman sebagai anjing penjaga pasukan dan ‘maskot’ atau projek startegi tentera untuk mencegah musuh melakukan penyusupan ( sabotaj). Pada tahun 1989, ketika perang dingin berakhir dengan runtuhnya tembok Berlin, sekitar 2’700 ekor askar anjing rottweiler yang digunakan dalam operasi tersebut....
Perkembangan pesat anjing penjaga bermula pada Perang Dunia II . Masa itu tentera American Syarikat mendirikan K9 Corps untuk membantu pertempuran dan pertahanan, serta menjana perlaksaan strategi di medan perang. Peranan K9 US ARMY ini semakin ketara ketika terjadinya Perang Korea, Vietnam, Afganistan, dan Perang Teluk di Timur Tengah. Fungsi anjing dalam perang ini lebih ditekankan sebagai anjing penjaga untuk melindungi pasukan, peralatan perang, peluru kendali, gudang peluru, persenjataan berat, dan sebagai pencari periuk api di medan perang. Nama K9 kemudian dipakai oleh semua angkatan tentera atau polis pasukan anjing diseluruh dunia.
Di Malaysia, anjing penjaga digunakan oleh Pasukan Polis Pengesan Malaysia sejak tahun 1959. Anjing yang dilatih Doberman, Boxer, Rottweiler dan german sherperd...Anjing ini akan dilatih untuk mengesan, menjaga, dan menyerang. Dalam perkembangannya anjing pengesan ini memiliki tugas yang sama seperti anjing SAR ( search and rescue), anjing penjaga. Anjing ini akan dilatih dengan pelbagai kaedah untuk membantu pihak polis mengesan kehilangan orang, mengesan lokasi pembunuhan dan sebagainya. Kini , Unit Anjing Pengesan Polis DiRaja Malaysia memainkan peranan yang amat penting terutama dalam mengetahui operasi mencari bahan-bahan bukti atau mengesan orang yang hilang. Beberapa kes jenayah yang besar telah dapat diselesaikan dengan kehadiran anjing pengesan sebagai haiwan yang banyak berjasa kepada masyarakat dan Negara.
Anjing tidak hanya dimanfaatkan oleh pasukan polis. Pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada tahun 1965 sempat mengirimkan beberapa askar untuk mengikuti pelatihan anjing penjaga untuk patrol atau menjaga keamanan pengkalan udara di seluruh Malaysia. Para askar tersebut belajar tentang pelatihan anjing dengan mendalami pengetahuan khusus K9 Kem Tentera Udara Sungai Besi. Anjing Pengesan juga digunakan pada jabatan-jabatan lain seperti Bomba dan Kastam
Baka Anjing Terkawal di bawa masuk ke Malaysia


Baka Anjing Terlarang di bawa masuk ke Malaysia




Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks.