Saturday, August 21, 2010

Ternak itik Telur


▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Penternakan Itik Telur

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Soalan Dari Email
Salam ,k.shikin nak tanya pasal masalah bela itik ni. Akak dan abang long dah mula bela itik telur sejak awal tahun lagi_ dalam 100 ekor aje (ada tanah lapang kat belakang rumah tu jadi cubalah bela itik pulak). Alhamdulillah dah mula bertelur sejak 2 bulan lepas. Sehingga minggu lepas dah bertelur dekat 50 ekor . Masalah nya sejak semalam jumlah telurnya dah menurun dari 23 biji dan hari ni hanya 11biji sahaja. Boleh tak bagitau k.shikin apa masalahnya tu . Kami tidak ada menukar jenis pemakanannya sejak itik itu mula bertelur. Bagaimana akak boleh mengatasi masalah tersebut.T.Kasih banyak2 ya

K.shikinBeranang, Selangor

Jawapan Kami
Terima kasih pada Kak shikin... Kami dah jawab... Sorry agak lambat sikit ye... apa pun jawapannya ada bahagian paling bawah sekali tuuuu.... Mungkin makanan nya tak berapa sesuai cubalah ikut panduan tersebut dibawah...
Terdapat 2 jenis makanan yang sesuai untuk itik telur.
1. Makanan komersil
2. Makanan campuran sendiri
1. Makanan Komersil
Ialah makanan yang dikeluarkan oleh kilang pembuat makanan ternakan yang mana ianya mempunyai zat-zat keperluan mengikut umur dan jenis ternakan.
2. Makanan Campuran Sendiri
Satu rumusan makanan yang mengandungi zat-zat keperluan dari bahan-bahan yang murah didapati dan diadun sendiri bagi penghasilan dan kesihatan yang baik.Bahan-bahan:-Beras hancur (temukut), dedak padi, baja ikan, baja udang, serbuk kacang soya, layer premix vitamin dan galian, batu kapur, jagung, synthetic pigment dan lain-lain .Anggaran seekor itik memerlukan makanan seperti berikut Bagi itik telur, mengawal makan perlulah dilakukan sejak umurnya 7 minggu. Kawalan makanan boleh juga dilakukan dengan melihat berat badan itik tersebut berat yang sesuai bagi itik yang sedang bertelur ialah diantara 1.3 kg hingga 1.75 kg. (bagi itik Khaki Cambell berat maksima ialah 1.95 kg).
Panduan Ternak Itik Telur....
Baka Itik telur yang sesuai kita ternak

(a) Khaki Campbell kacukan Thailand
(b) Kortlang Khaki Campbel(c)Indian Runner (d)Cherry Valley C2000 (e)Itik Jawa Panduan Menternak Itik Penelur
Itik merupakan sejenis ternakan yang produktif. Ianya lebih cepat membesar dan lebih banyak bertelur daripada ayam.Itik lebih tahan (resistant) daripada kebanyakkan penyakit ayam dan boleh dibela dikawasan kawasan yang tidak sesuai untuk ternakan lain dan tidak memilih makanan.
Walaupun itik telah lama wujud di Negara ini namun kebanyakkan masih di bela mengikut cara lama.Bagi menggalakkan ternakan yang lebih produktif, risalah ini akanan memberi gambaran yang ringkas mengenai pembelaan itik penelur dengan cara yang lebih teratur.
Kawasan
Kawasan yang paling sesuai untuk ternakan itik ialah kawasan sawah padi yang berdekatan dengan pantai.Kawasan ini dapat memberi kemudahan untuk mendapatkan bekalan ikan baja, dedak padi ..

Perumahan
Bangsal dibina mengikut bilangan itik. Berikut adalah cadangan keluasan lantai bangsal yang diperlukan oleh itik mengikut peringkat umur.

Biasanya itik penelur dibela secara bebas, dimana itik-itik tersebut dibiarkan dari reban ke kawasan yang berpagar di tepinya. Luas kawasan yang berpagar ialah 2-5 kaki persegi seekor
Baka
Seperti ayam ,itik penelurjuga banyak jenisnya, tetapi antara yang banyak mengeluarkan telur ialah
(a) Khaki Campbell
(b) Indian Runners
(c) Taiwan Tsaiya

Itik khaki Campbell merupakan itik penelur yang paling produktif masa kini.

Itik Khaki Campbell
Diantara cirri-ciri itik penelur khaki Campbell adalah seperti berikut
(a) Produksi 5% -23 minggu
(b) Produksi 52 minggu -H.D 285 biji
(c) Berat telur 52 minggu - 65-70grm
(d) Produksi telur 52 minggu -H.H 78%
(e) Jumlah makanan 52 minggu-60kg

Perindukan
Alat-alat yang diperlukan
(a) tempat makanan (rentas 12”) – 2 buah / 100 ekor anak itik
(b) Tempat minuman ( 3 gelen)- 2 buah / 100 ekor anak itik
(c) Alat pemanasan (30,000 BTU) untuk 300 ekor atau 4/5 buah lampu hurticane untuk jumlah yang sama
(d) Pembentung ( kadbod atau kawat jaring setinggi 12”)
(e) Lampu
(f) Alas lantai( habuk kayu/ sekam padi)

Persediaan sebelum ketibaan anak itik
(a) bersihkan reban
(b) Tutup dinding perindukan dengan kertas/ guni( sebaik-baik buat seperti bidai supaya boleh di gulung apabila cuaca panas dan turun semula apabila sejuk
(c) Buat lingkaran bulatan ( pembentung)- rentas 10’ bagi setiap 500 ekor
(d) Tabur habuk kayu dan sekam padi setinggi 3”-4 ”
(e) Pasang alat pemanas atau lampu sekurang –kurangnya 2 jam sebelum anak-anak itik di masukkan
(f) Sediakan tempat makanan dan minuman di dalam lengkungan bulatan.
Ketibaan anak itik
(a) Periksa dan kira anak-anak itik yang diterima
(b) Asingkan yang mati dan yang sakit
(c) Takai yang cacat
(d) Timbang
(e) Rekodkan
(f) Celup paruh anak itik dalam air
(g) Perhatikan keadaan anak itik


Pengurusan anak itik
Dari 0-2 minggu
(a) pasang alat pemanas/ lampu waktu malamhingga awal pagi
(b) Jika menggunakan alat pemanas hendaklah di pasang jua supaya mennyenang kan
(c)Air bolehdi campur dengan vitamin. Pastikan air sentiasa ada
(d) Tukar habuk kayu bila basah
(e) Makanan hendaklah sentiasa ada. Gunakan makanan Duck Starter Crumble
(f) Gulung/ buka tirai apabila panas ( tengah hari hingga petang)
(g) perhatikan anak itik, ubah suai tinggi / rendah alat pemaas supaya anak-anak itik mendapat kepanasan yang bersesuaian.
(h) Besarkan lengkungan bulatan selalu
(i) Elak kan dari terperanjat
(j) Lepaskan 10-14 hari pembentung dan penutup dinding di buka..

Umur 3-4 minggu
(a)Letak bekas air atas kawat jaring
(b)Minggu ketiga diberi makanan Duck starter di campur dengan Duck grower
(c)Tambah sebuah lagi tempat makanan bagi setiap 100 ekor
(d) Pada minggu ke empat baaru di berikaan sepenuhnya makaan Duck Grower
Umur 5-16 minggu
(a) pada minggu ke 5 itik boleh di biarkan keluar di kawasan yang berpagardiwaktu siang hari
(b) Sebaik-baiknya kawal makanan itik supaya itik tidak terlalu cepat besar.

Anggaran makanan

Umur (minggu) Anggaran makanan
1 minggu 15 grm
2 minggu 31grm
3 minggu 40grm
4 minggu 61grm
5 minggu 78grm
6 minggu 80grm
Makanan dikawal
7 minggu 71grm
8 minggu 72grm
9-11 minggu 74grm
12-13 minggu 76grm
14-17 minggu 78grm
18-20 minggu 90grm
20 minggu 95grm
21 minggu 100grm
22 minggu 110grm

Catuan makanan adalah untuk mengawal berat badan. Berat badan itik Khaki Campbell mestilah seperti berikut Minggu/Berat (kg)

7minggu-1.325kg
9minggu-1.506kg
11minggu-1.612kg
13minggu-1.717kg
15minggu-1.823kg
17minggu-1.898kg
19minggu-1.928kg

(a)Jika kurang berat badan tambah makanan.
(b)Jika terlebih berat makaan... Janga kuragkan makanan dan jangan ditambah makanan
(c)Jika dalam satu kumpulan banyak perbezaan ( kecil/besar) asingkan

Apabila itik bertambah besar gunakan 4 tempat makanan bagi setiap 100ekor
Tempat minuman bolh juga ditukar kepada jenis palong

Umur 16 minggu ke atas
(a) Siapkan tempat sarang untuk itik bertelur
(b) Satu petak untuk 4-6 ekor itik
(c) Tukar makanan kepada Duck layer Pallet (16 minggu keatas)
(d) Cahaya boleh ditambah untuk pengeluaran telur yang makima dalam jangka masa yang minima.

Penambahan Cahaya Untuk Itik Penelur
Umur(minggu) Siang Lampu Jumlah Cahaya
0-20 minggu -12jam – 12 jam
21 12jam -½- 12 ½ jam
22 12jam -¾- 12 ¾ jam
23 12jam- 1- 13 jam

Daripada minggu ke 22 keatas tambah cahaya sebanyak ¼ jam seminggu hingga berjumlah 16 jam pada minggu yang ke 34. Teruskan dengan jumlah 16 jam sehari (cahaya) hingga akhir hayat.

Apabila itik mula bertelur bolehlah gunakan anggaran makanan seperti berikut

Minggu Pengeluaran Pengeluaran H.D (%) Makanan 100ekor sehari/kg
1 minggu 5 12
2 minggu 20 13
3 minggu 45 14
4 minggu80 16
7 minggu 88 18
9 minggu 92 19
11 minggu 90 19
14 minggu 91 19
20 minggu 86 19
37 minggu 80 18
38 minggu79 16
43 minggu 76 15
52 minggu 72 14

Untuk mendapatkan telur yang bersih, tambahkan habuk kayu yang baru ke dalam sarang setiap petang

Biarkan itik di luar reban pada siang hari dan masukkan semula pada waktu malam. Supaya reban lebih kering dan bersih
Kutip Telur di waktu pagi

Perhatian
(a) menukar-nukar makanan itik boleh menjejaskan pengeluarannya
(b) Tempat minum mestilah cukup dalam bagi membolehkan itik menyelam keseluruhan kepala kedalam air
(c) Itik bertelur di waktu pagi. 5% telur boleh dikutip menjelang 7.00 pagi
(d) Elak itik dari terperanjat atau ketakutan
(e) Itik yang dikejar-kejar boleh jadi lumpuh
(f) Itik boleh bertelur lebih dari 1 ½ tahun
Makanan

Oleh kerana itik memerlukan makanan yang banyak, adalah lebih murah jika makanan di campurkan sendiri. Berikut adalah contoh makanan itik penelur

(a) Beras Temukut- 60 kg
(b) Dedak padi – 16 kg
(c) Ikan baja – 1 ½ pikul (basah)
(d) Kapor – 1 kg
(e) Vitamin dan Galian – 0.5 kg

Berikut adalah makanan campuran makanan itik penelur yang diamalkan oleh penternak-penternak itik di kedah untuk 500 ekor/ sehari

(a) 50kg Beras temukut
(b) 20 kg- Dedak padi
(c) 60 kg-ikan baja

Cara pemberiannya
Beras temukut di masukkan dalam palung.. Ikan baja di pilih.. Ikan kecil di berikan mentah di waktu pagi dan selebihnya ( biasanya separuh) di masak untuk di berikan pada waktu petang.

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬


Sempena Ramadan ini Kami cuba Berikan resepi untuk dicuba..
Gulai Telur Itik
Bahan-bahannya
5 biji telur itik
5 ulas bawang merah-Blend
2 ulas bawang putih-Blend
2 sudu ciliboh sebiji kelapa-ambil santan
1 paket(50sen)rempah cap bunga ros (ini pentig..kalo rempah lain x kaw)
garam & serbuk perasa.
sedikit terung dan kacang panjang.

Cara2nya
1. Tumis cili boh hingga naik minyak. Masukkan bahan yg dimesin.Masukkan rempah dan sedikit air.
2. Masukkan santan..tunggu hingga mendidih, perlahankan api dan pecahkan telur..
3. Masukkan garam & serbuk perasa.
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

19 comments:

  1. terima kasih atas info nya, saya insya allah akan memulai beternak itik tolong bantuan nya, luas tanah 20 x 30 m. berapa ekor itik boleh untuk luas tanah segitu. terima kasih atas infonya terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  2. akak boleh saya tahu no tel .saya berminat dengan projek itik ni..kalau boleh saya nak datang ke tempat akak nak belajar selok belok menternak itik ni..

    ReplyDelete
  3. Ada tak penerangan yang lengkap dengan kos untuk memulakan projek serta kos operasinya? Yusri - yusrima@gmail.com

    ReplyDelete
  4. itik saya tak bertelur2 lagi.. dah 16 minggu dah.. camana la nak bagi dorang ni bertelur?

    ReplyDelete
  5. Salam Eik. Itik bertelur pada minggu ke berapa ?

    ReplyDelete
  6. kat mane sy nak dapatkan supplier telur itik mentah species khaki campbell dekat area selangor/ kl ye?

    ReplyDelete
  7. Dimana boleh sy dptkan anak itik khaki campbell ye..brspa harga seekor???

    ReplyDelete
  8. mana nak dapat dedak itik??please reply at hamizanhakim@ymail.com

    ReplyDelete
  9. Jawapan..molting..lg dua minggu telur itik akan bertambah balik

    ReplyDelete
  10. Jawapan..molting..lg dua minggu telur itik akan bertambah balik

    ReplyDelete
  11. dimana nk beli makanan idik telur (dedak itik)
    0179561644
    REPLAY KT NOMBIR TU

    ReplyDelete
  12. Di mana boleh saya dapatkan anak itik telur untuk saya mulakan ternakan percubaan?

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum nak tanya untuk umur itik 4 minggu keatas berapa persen makanan duck grower perlu d campur dengan mknan lain cth pollard atau kena bagi 100persen duck grower

    ReplyDelete
  14. Sy nk Tanya smpai umur berapa, sekam padi digunakan untuk tempat brmlm itik

    ReplyDelete