Sunday, February 28, 2010

Penternakan Pelbagai Unggas


▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

ANEKA UNGGAS

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

“Nice market”
memenuhi keperluan sebahagian kecil pengguna sahaja
Pengeluaran biasanya untuk daging
Hasilan lain : telur, kulit, bulu, minyak
Saiz dan bilangan penyertaan/pengusaha adalah sedikit

Penternakan AYAM KAMPUNG
Produk : daging, telur
Pengeluaran tidak melebihi 3 juta ekor setahun
3 jenis :
1. Ayam kampung tradisional
2. Ayam kampung kacukan
3. Ayam warna

Ayam kampung tradisional
16 minggu : 1.2 ke 1.5 kg
RM 7 ke RM 9 se kg berat hidup
Ayam kampung kacukan
10 ke 12 minggu : 1.2 ke 2.0 kg
RM 4.50 ke RM6 se kg berat hidup
Ayam warna
8 minggu : melebihi 1 kg (spring chicken)
RM4.0 se kg berat hidup

Ciri komersil
Bulu merah, slim, kaki panjang, balung sikat, keting kuning
Usaha komersil :
Ayam kampung kacukan - sistem separa lepas
Ayam warna - pelihara macam ayam daging
Faktor penting :
Kawalan penyakit : sampar, IB, IBD
Penternakan ITIK
Permintaan :
daging itik dipengaruh kaum china
itik serati diminati melayu
telur : permintaan kebanyakannya dalam bentuk telur asin
Jenis :
Jurusan daging : Pekin, Cherry Valley, Muscovy/Serati, Mule/Kacuk
Jurusan penelur : Khaki Campbell

ó Itik Pekin
50 ke 60 hari : 2.4kg berat bersih
Itik Muscovy/Serati/Nila
70 ke 90 hari : Jantan 4.7kg; Betina 2.3 kg (berat bersih 3.2 kg purata)
jual dahulu betina
ó umur matang 27 minggu
ó bertelur umur 30 minggu
Itik kacuk/mule
anak dari : Itik serati jantan x itik pekin betina Penternakan PUYUH
Jurusan : daging, penelur
Baka terbaik bagi penelur dan daging ialah baka ‘IKTA ‘


Penternakan ANGSA
Biasanya/tradisi dipelihara sebagai hiasan/penjaga rumah
Baka :
Angsa China
Angsa Rhine : sesuai untuk daging




Penternakan AYAM BELANDA
Usaha komersil tempatan mendapat saingan dari daging A.B. yang diimport dalam keadaan beku
Ayam Belanda perlu tempoh yang panjang untuk pelihara sebelum disembelih (sehingg melebihi 16 minggu)
Banyak saiz dalam pasaran


Penternakan AYAM MUTIARA
Biasanya dipelihara sebagai haisan
Kebolehan terbang tinggi
Suara nyaring : boleh dijadikan “watchdog” dan kadang-kadang bunyi menjadi gangguan

Penternakan KUANG KALUNG
Berasal dari China
Daging enak
Dikomersilkan di US dan Eropah bagi keperluan sukan buruan (menembak)
Penternakan BURUNG UNTA
Dari famili Ratitidae (BU, Emu, Rhea, Kasawari)
10 ke 12 bulan : 90 - 120 kg berat hidup
Produk dari seekor BU
30 - 35 kg daging
kulit : 1.2 ke 1.5 meter persegi
bulu : 1.5 ke 1.8 kg/peringkat


Penternakan BURUNG EMU
Produk :
Daging
Kulit
Bulu
Minyak
10 ke 12 bulan : 60 - 70 kg berat hidup


Penternakan BURUNG MERPATI
Daging merpati dari usaha penggemukan anak merpati (squab)
Anak dipelihara berasingan dari ibu setelah mencapai umur 7 ke 10 hari
Makanan berprotein tinggi disuapkan kepada anak dalam bentuk berair 3 kali sehari
Anak disembelih pada minggu ketiga atau keempat



Penternakan CHUKAR PARTRIDGE
Di Eropah : usaha komersil dilakukan bagi membekalkan burung untuk tujuan sukan buruan
Mudah dibiakkan secara berpasangan


Penternakan RUAK – RUAK
Ada potensi untuk dimajukan
Daging enak
Mudah dibiakkan dalam sangkar

Penternakan AYAM HUTAN
Adalah nenek moyang bagi ayam moden
Diperolehi dari liar oleh mereka yang memburu
Ada potensi untuk diusahakan untuk sukan buruan di Malaysia


Penternakan BURUNG PUNAI
Punai boleh dibiakkan dalm kaptiviti
Berpotensi di usahakan untuk penghasilan anak bagi tujuan “squab”


Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks...

Penternakan Rusa

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Penternakan Rusa

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬


MENGENAL RUSA
Penternakan rusa merupakan suatu perusahaan yang masih baru di negara kita Malaysia. Tanggapan bahawa rusa adalah hidupan liar menjadikan rusa antara perusahaan yang masih kurang mendapat tempat sepenuhnya di hati para penternak, khususnya golongan belia negara. Keadaan ini menjadikan bekalan untuk produk rusa khususnya daging dan tanduk (antler/velvet) rusa sering mengalami masalah kekurangan stok. Apabila masalah ini timbul, maka harga pasaran semasa rusa sering mengalami kenaikan, khususnya rusa hidup (baka rusa).

Dalam aktiviti penternakan rusa, terdapat beberapa jenis rusa dan sub spesisnya. Antaranya seperti rusa sika (Cervus nippon), sambar (Cervus unicolor), red deer (Cervus elapus), Wapiti atau Elk, Fallow deer (Dama-Dama), chital (Axs-Axis), dan rusa timor atau exotic (Cervus timorensis). Namun begitu, terdapat tiga jenis rusa utama yang diternak, khususnya di Malaysia. Antaranya ialah : -

Timorensis (Exotic) :
Merupakan jenis rusa yang kerap diternak, khususnya negara Malaysia. Rusa ini sering menjadi pilihan kerana sifatnya yang mudah menyesuaikan diri pada keadaan persekitaran, khususnya iklim khatulistiwa negara. Selain itu, tanduknya (velvet) yang berguna dalam perubatan masyarakat cina sering mendapat permintaan yang tinggi dari kalangan pengamal perubatan. Akibat kurangnya penternakan rusa mengakibatkan kurangnya bekalan velvet kepada aktiviti perubatan dan ini membawa kepada kenaikan harga velvet dalam pasaran tempatan. Kadar kelahiran yang tinggi turut menjadikan temorensis sering menjadi pilihan utama penternak untuk diternak, malah kadar kematiannya juga rendah jika dibandingkan dengan jenis rusa lain seperti axis.

Sambar :
Sambar merupakan jenis rusa yang lebih besar badannya jika dibandingkan dengan temorensis dan mempunyai tanduk yang lebih menarik. Namun, sambar ialah rusa yang mendapat perlindungan dari pihak kerajaan Malaysia. Untuk menternak rusa jenis ini, lesen diperlukan dari pihak perhilitan negara kerana jenis ini jarang didapati dan kini masalah kepupusan menghantui rusa jenis sambar.

Axis-Axis :
Axis-Axis merupakan rusa yang sukar untuk didapati kerana harganya yang terlalu tinggi. Badan/bulunya yang berbintik merupakan antara tarikan utama rusa jenis ini dan faktor ini mempengaruhi harga pasaran rusa jenis axis-axis. Dianggarkan, harga seekor anak rusa jenis axis-axis mampu mencecah RM3000.00 keatas dan harganya yang tinggi mempengaruhi perkembangan penternakan rusa jenis axis-axis negara. Selain itu, jenis axis-axis ialah rusa yang lebih gemarkan iklim sejuk dan ini memyebabkan rusa jenis ini kurang bersesuaian untuk diternak dalam negara beriklim khatulistiwa seperti Malaysia. Kadar kematian anak yang tinggi jika dibandingkan dengan jenis timorensis juga membawa kepada masalah kurangnya penerokaan aktiviti penternakan rusa jenis ini. Namun begitu, zoo atau hotel-hotel terkemuka kerap menternak rusa jenis axis-axis sebagai daya tarikan kepada pengunjung dan ini jelas mengambarkan bahawa rusa jenis axis-axis lebih sesuai untuk diternak dengan tujuan membangunkan aktiviti pelancongan negara dari aktiviti pengeluaran produk rusa secara komersial.

Mengenal Rusa dari mata kita
Order : Artiodactyla
Sub-order : Ruminoatia
Famili : Cervidae
Genus : Cervus
Spesies :
1. Rusa Mauritius Cervus Timorensis

2. Rusa Sambar- Cervus Unicolor Equiinus & Cervus Unicolor Brooke
3. Rusa Axis Cervus Axis Axis
4. Rusa Merah Cervus Elaphus
5. Rusa Sika Cervus Nipon Nipon
6. Rusa Fallow Cervus Doma Doma

0PENDAHULUAN
Antara tabiat biasa dan habitat rusa adalah seperti berikut :-
Rusa gemarkan kawasan yang sunyi seperti kawasan habitat asalnya dalam hutan (semulajadi). Persekitaran kawasan ternakan dengan mengekalkan sifat rimbanya yang redup dan sunyi adalah amat penting untuk penternakan rusa ;
Rusa lebih kerap berjalan di tepi-tepi pagar, iaitu dalam lingkungan 4 kaki dari tepi pagar. Keadaan ini menjadikan rusa jarang untuk berada di tengah-tengah padok atau kawasan pemagaran. Tabiat yang gemar berjalan dalam lingkungan ini menjadikan rumput mudah mati akibat sering dipijak oleh rusa ;
Untuk mengekalkan kawasan ternakan seperti rimba asal, pokok-pokok besar dan renek juga seharusnya dikekalkan dan jangan ditebang. Hal ini kerana pokok-pokok ini mampu menjadi pelindung kepada rusa untuk berteduh dari hujan atau panas kerana rusa tidak perlukan kandang ;
Pokok-pokok yang ingin ditanam untuk tujuan berteduh dan makanan haruslah dibalut terlebih dahulu sebelum benar-benar matang kerana tabiat rusa yang gemar mengigit kulit kayu dan mengesel tanduk pada batang pokok boleh menyebabkan pokok tersebut mati sebelum mencapai tahap matang ;
Persekitaran seperti anak sungai, parit kecil atau kolam kecil adalah amat digalakkan untuk disediakan kerana rusa gemar berkubang dan berendam dalam air, maka kemudahan ini perlu disediakan ;
Perhubungan antara manusia (penternak) dan rusa perlu dipupuk seperti menyediakan pondok kecil dalam kawasan ragutan rusa dan penyediaan tapak makanan rusa ditempat-tempat khas agar masalah liar rusa dapat dikurangkan.
1. Haiwan herbivora
2. Hidupan liar yang di lindungi : Akta Perlindungan hidupan Liar No.76 Tahun 1972 pindaan No. 337 Tahun 1976.
3. Di New Zealand, Australia, Amerika Syarikat, dll negara rusa di pelihara secara komersial untuk:
Daging
Tanduk lembut (Velvet)
Tanduk (Antler)
Kulit
4. Daging rusa mendapatkan pasaran yang baik kerana protin tinggi, kalori dan kolestrol rendah

PEMELIHARAAN
Antara faktor mengapa kita harus memilih rusa sebagai pilihan haiwan ternakan dari haiwan ternakan lain ialah :-
Rusa mempunyai kadar melahirkan anak yang tinggi dalam setahun, iaitu antara 80% - 90% .Anak rusa yang lahir mempunyai kadar risiko kematian yang rendah dalam setahun, iaitu antara 2% - 5% .Rusa adalah haiwan ternakan yang tahan lasak dari cuaca semasa seperti hujan dan panas. Ketahanan ini sekali gus menjamin kepada pengurangan kos permulaan pelaksanaan projek penternakan rusa kerana rusa tidak memerlukan kandang seperti kambing atau lembu sebagai tempat berteduh. Namun begitu, rusa hanya perlukan pokok sebagai tempat berteduh dari panas mahupun hujan, khususnya pokok-pokok renek ;
Rusa merupakan haiwan ternakan yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi terhadap serangan penyakit jika dibandingkan dengan ternakan lain seperti ayam, malah ketahanannya hampir memastikan bahawa rusa tidak perlukan suntikan tambahan untuk memastikan kesihatannya terjamin. Namun begitu, langkah berjaga-jaga masih perlu diambil agar masalah penyakit tidak mengganggu pertumbuhan dan tumbesaran rusa ;
Rusa juga merupakan haiwan ternakan yang tidak memilih rumput sebagai makanannya. Namun begitu, rumput seperti guinea grass (panicum maximum), green panic, brachiaria decumbens, brachiaria humidicola, napier dan guatemala adalah digalakkan untuk diberi makan kepada rusa. Selain itu, makanan tambahan seperti hampas soya, dedak, daun petai belalang, daun ubi, acacia, hibiscus, nangka, cempedak, lundai, ara, pisang, betik atau bijian palet yang dicampur dengan multi-vitamin juga boleh diberikan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu ;
Mengikut kajian semasa yang dilakukan oleh badan-badan pembangunan pertanian negara, rusa juga ialah haiwan ternakan yang lebih cekap menukarkan rumput kepada daging jika dibandingkan dengan ternakan kambing atau lembu .Dressing percentage rusa juga hanya dalam linkungan 60% .Daging rusa adalah daging yang mempunyai lemak dan kolestrol yang rendah serta amat enak dimakan dan sering mendapat tempahan dari hotel-hotel terkemuka dan restoran-restoran tempatan mahupun luar negara .Selain itu, perusahaan penternakan rusa juga merupakan perusahaan yang cepat berkembang jika dibandingkan dengan perusahaan penternakan lain ekoran kelahiran anak rusa yang tinggi dan kematian yang rendah. Malah, penternakan rusa juga tidak memerlukan kawasan tanah yang terlalu luas seperti bebiri atau lembu kerana penggunaan keluasan penternakan rusa amat bergantung kepada cara penternakan rusa dilakukan, sama ada secara ladang (lepas bebas) atau secara potong dan bawa (cut and carry) .Membantu membangunkan industri ketiga negara, iaitu industri pelancongan negara. Penglibatan aktiviti pelancongan dalam penternakan rusa secara tidak langsung sebenarnya suatu kaedah yang mudah dalam mempromosikan penternakan rusa dan sekali gus meningkatkan ekonomi sara diri para penternak dan memajukan ekonomi negara .dan
Penternakan rusa juga mampu menyahut cabaran kerajaan dalam memelihara dan memulihara kadar pertumbuhan rusa agar masalah kepupusan rusa dapat diatasi ekoran masalah pemburuan haram yang berleluasa

Keperluan asas:-
1. Kandang
2. Pagar perimeter
3. Pagar padok / petak
4. Kandang semi konkrit / papan
5. Bilik gelap
6. Crush
7. Lorong sempit
8. Alat penimbang
9. Pintu khas
10. Holding yard
Pagar Perimeter
-Tinggi pagar 2.1 meter, sebaiknya 2.4 meter tinggi untuk rusa chital
-Tiang pagar persegi 15 sm X 15 sm atau bulat berdiameter 15 sm.
-Jarak antara tiang – 9 meter
-Panjang 3 meter, dan ditanam 90 sm
-Jenis ‘ Chain Link’ atau ‘Cyclone’
-Jika ‘Chain Link’, tanam 15 sm dalam bersimen konkrit.

Pagar Padok / Petak
Gunakan pagar cyclone
-Ketinggian 1.8m
-Tiang pagar persegi 10sm X 10 sm atau bulat dengan diameter 10sm.
-Tinggi 2.5 meter, ditanam sedalam 75 sm
-Jarak antara tiang pagar – 5 meter
-Pintu padok keluar masuk utama boleh sampai antara 4 – 4.5 meter.
Keperluan Asas
Takung air minum
-Simen konkrit, tong , culvert
-Bekas makanan sama ada Kayu, simen konkrit
-Kandang berbumbung
-Kolam mandian rusa (Sebuah kolam berukuran 9m x 3m x 1.5m)
-Kawasan Rumput

Pastura ditanam rumput
Rumput Bracharia decumbens Setaria splendide atau Setaria kazaungula ,Setaria nandi atau Panicum maximum

- Tanaman teduhan, Petai belalang, Pokok kesenai & Pokok teduhan

Kawalan dan jagaan
- Dipelihara secara separa bebas
- Dibiar meragut setiap padok 6-7 hari
- Stocking rate 1 hektar untuk 20-24 ekor rusa.
Memberi makan
a) Konsentret 1.5 kg seekor
b) Daun petai belalang, nagka, kesenai, senduduk, ubi keledek, cempedak 8 – 10 kg sehari seekor.
c) Meragut rumput pastura, Bracharia decumbens

Kenaikan berat badan

Rusa sambar, berumur 5-6 bulan diberi makan konsentrat
-750gm sehari, meningkat berat badan 0.3kg/ekor/hari.
- Tanpa konsentrat kenaikan berat badan 0.125kg/ekor/hari.
- Pemberian konsentrat dan garam jilat boleh memudahkan proses penjinakan ternakan rusa.
-Air minuman bersih secukupnya.

Pembiakan
Rusa adalah haiwan ternakan yang mempunyai kadar kelahiran tahunan yang tinggi, khusunya rusa jenis timorensis (exotic) disamping kadar kematian yang rendah, iaitu 2% - 5%. Namun begitu, rusa juga mempunyai musim mengawan dan musim melahirkan anaknya yang tersendiri.Antara musim mengawan bagi rusa ialah antara bulan Januari hingga bulan Mac. Sementara jarak atau tempoh bunting (gestation period) bagi seekor rusa betina ialah antara 5 hingga 10 bulan bergantung kepada jenis rusa. Namun begitu, musim mengawan merupakan musim yang perlukan komitmen dan perhatian yang tinggi dari para penternak kerana musim ini kerap berlaku pergaduhan dan pertarungan diantara rusa jantan dan rusa betina. Bagi mengatasi masalah pergaduhan ini, langkah pencegahan seperti pengasingan rusa baka dan rusa jantan yang lain perlu dilakukan.Bagi mengetahui sama ada baka rusa betina bunting atau sebaliknya, kaedah pemerhatian melalui rectal palpation dan menimbang berat badan rusa adalah cara yang paling mudah dan paling berkesan.
- Musim pembiakan Julai-September
-Kadar kelahiran rusa sambar boleh meningkat 60% ke 85%, setelah rusa pembiak diberi makanan tambahan.
-Kadar kelahiran rusa merah, 30%
-Kitaran berahi – 17-18 hari
-Lama berahi – 2hari
-Masa kebuntingan – 235 hari
- Kebuntingan dapat dikenal
a) Palpasi per rektal
b) Kenaikan berat badan
c) Perubahan saiz di bahagian abdomen
d) Ambing susu membesar
e) Vulva membesar
Penjagaan anak
Berat lahir 8 – 10 kg
- Bangun selepas 20 – 30 minit dilahirkan
-Anak rusa suka menyembunyikan diri dalam rumput / semak, lebih kurang 10 hari
-Pusat disapu iodine, elak jangkitan kuman
-Pemberian susu gantian


ASPEK EKONOMI

1. Baka
2. Daging
3. Tanduk lembut (Velvet)
4. Tanduk (Antlers)
5. Kulit
6. Ekor
7. Sinews
Penternakan rusa mampu menghasilkan pelbagai produk kepada pembangunan industri negara. Antara produk yang mampu menyumbang kepada kepesatan ekonomi negara dan golongan penternak itu sendiri ialah seperti berikut :-
DAGING :
Digunakan secara meluas sebagai makanan yang mempunyai protein yang tinggi disamping mengandungi lemak dan kalori yang rendah. Daging rusa juga mempunyai pasaran yang luas melalui permintaan yang tinggi dari hotel-hotel terkemuka negara, restoran-restoran dan para pemborong tempatan mahupun luar negara.
KULIT :
Digunakan sebagai barangan perhiasan dan turut digunakan dalam pembuatan industri barangan kulit yang tinggi mutunya seperti beg, kasut, baju dan lain-lain produk.
ANTHER/VELVET (TANDUK) :
Digunakan secara meluas dalam bidang perubatan, khususnya ubat tradisi cina dan mendapat permintaan yang tinggi dari negara Asia dan Timur Tengah seperti Jepun, China, Korea, Arab dan Malaysia sendiri. Kegunaan velvet dalam perubatan juga terbukti secara saintifik dimana velvet menggalakkan spermatogenesis dan pengeluaran testosterone, pengeluaran sel darah merah (erothrocyte) dan hemoglobin, meningkatkan kekuatan dan kecerdasan badan dan juga menggalakkan pertumbuhan berat badan (pig and chicken). Tanduk rusa turut dijadikan sebagai barang perhiasan, terutama dalam menghiasi dinding kediaman.
TULANG, PENIS, EMBRYO, TESTES :
Digunakan dalam campuran bahan-bahan lain sebagai ubat-ubatan.
GIGI :
Dieksport keluar negara seperti Jerman untuk dijadikan sebagai barangan perhiasan yang dikenakan dengan berlian sebagai cincin, subang dan lain-lain.
LIGAMEN & TENDON :
Digunakan sebagai bahan perubatan untuk pasaran dalam dan pasaran luar negara seperti di negara jiran, terutama Thailand.
EKOR :
Digunakan sebagai barangan perubatan terutama untuk domestik pasaran dalam dan luar negara seperti Hong Kong.
Pemotongan Velvet

1. Dipotong sekali setahun
2. Nilai velvet (A,B,C,D)
3. Dipotong apabila mencapai
4. Gunakan bius setempat
5. Ikat pangkal tanduk dengan getah
6. Potong dengan ‘embryotome wire’ diatas 1 sm dari koronet.
7. Simpan dalam chiller / freezer
Pemproses Velvet

1. Pembungan bulu dengan membakar
2. Hiris nipis ½ sm
3. Keringkan pada suhu 45-65 dengan menggunakan ketuhar.
4. Digiling / tumbuk / kisar halus sehingga menjadi serbuk
FAKTOR MENGELAKKAN JANGKITAN PENYAKIT RUSA

1. Mengurangkan kontak langsung antara haiwan sakit dengan haiwan sihat.
2. Mengelakkan penyebarluaskan organisme infektif.
3. Mengelakkan atau mengurangkan tekanan.
4. Mengawal nutrisi ( pemberian nutrisi seimbang)
5. Elakkan pastura yang tidak sesuai.
6. Elakkan makanan tambahan yang tercemar.

PENGURUSAN TERNAKAN UNTUK MENGELAKKAN PENYAKIT
1. Pilih ternakan bebas penyakit.
2. Kuarantin atau asingkan ternakan berpanyakit.
3. Elakkan akan dan dewasa dalam kawasan ragutan yang sama.
4. Periksa dan rawat rusa yang baru masuk stok

MENGELAKKAN PENYEBARLUAS ORGANISME INFEKTIF
1. Melaksanakan amalan kesihatan yang dapat mengurangkan kontaminasi tinja.
2. Kurangkan debu dan lumpur.
3. Kurangkan kesesakan stok.
4. Kurangkan vektor penyakit.

ELAKKAN TEKANAN
1. Kurangkan kesesakan
2. Elakkan terlalu banyak penanganan.
3. Elakkan pengurusan/pertukaran pengurusan yang mendadak.
4. Elakkan kemungkinan kemalangan/trauma.

PENGAWALAN NUTRISI
1. Elakkan pertukaran makanan mendadak
2. Elakkan terlebih atau kurang makanan.
3. Amalkan makanan seimbang.
4. Elakkan tumbuhan/rumput yang berpotensi untuk menyebabkan keracunan makanan.

PENYAKIT BERJANGKIT
Walaupun rusa merupakan haiwan ternakan yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi tehadap serangan penyakit, namun rusa juga tetap mempunyai masalah kesihatan dan serangan penyakitnya yang tersendiri. Antara penyakit yang sering menghantui aktiviti penternakan rusa ialah :-
Serangan Kutu : Rusa yang diternak secara bebas khususnya mudah dihinggapi kutu terutama apabila tiba musim hujan pada hujung dan awal tahun. Masalah ini dapat diatasi dengan menyembur ubat kutu (Asuntol) dengan selang masa sekali dalam tiga minggu.
Sakit Mata :Lebih kerap berlaku dalam kalangan anak-anak rusa. Antara puncanya ialah mata anak rusa mudah tercucuk rumput sehingga menyebabkan mata luka dan berair. Masalah ini dapat ditangani dengan rawatan awal melalui choramphenicol
Luka-Luka :Sering berlaku terhadap mana-mana rusa tanpa mengira peringkat umur. Antara puncanya ialah rempuhan pada pagar, akibat objek tajam seperti sisa dawai duri, kaca, zink, paku, besi atau akibat masalah gigitan kutu. Untuk menghindari masalah ini, objek tajam perlu dikeluarkan dan dibersihkan dari tempat tinggal rusa dan penggunaan gusanex spray atau negusunt powder mampu untuk menangani atau merawat luka pada badan rusa.
Bisul :Bisul sering menyerang bahagian kaki, pangkal paha dan juga celah kuku rusa. Untuk mengetahui sama ada masalah ini menghantui kesihatan seharian rusa, pemerhatian diperlukan terutama apabila rusa berjalan.
Cacing :Masalah kecacingan rusa hanya dapat diketahui melalui ujian najis, dimana analisa terhadap najis rusa di makmal perlu dilakukan dari semasa ke semasa. Untuk mengatasi masalah ini, rawatan ubat cacing menggunakan synantic perlu diberikan dengan selang masa sekali dalam tiga bulan.
Parasitic :Ectoperasite (kutu, tick dan lice), internal parasite dan longworm.
Bacterial :Salmonelosis, tuberculosis ceptospirosis, brucellosis, H. S. pasteurellosis, pneumonia, johnnes disease dan meliodiosis.
Viral :Malignant catarrhal fever, foot and mounth disease, dan bovire viral disease.
Proto Zoal :Babesiosis, toxoplasmosis dan anaplasmosis

Kecacingan (endoparasit)
Menyebabkan penurunan berat badan dan kematian pada rusa-rusa muda (Mylrea etal.,1991)

Tanda-tanda : Diarea, depresi, terbaring dan tidak ceria. Jumlah telur cacing (FEC) >200 EPG = singnifikan.

Pengawalan : Pengurusan pembiakan yang baik akan menghasilkan anak yang miliki berat lahir yang optima.< kg =" resiko">
Pasteurellosis

Kematian kerana jangkitan septicaemia. Disebabkan oleh Pasteurella multocida
Pencegahan : Pemvaksinan HS
Kurangkan stress
Mendapat perlindungan yang baik dan pemakanan yang seimbang.

Clostridial
Tetanus ( Clostridium tetani )
Suntikan 2 doses pada umur muda dengan jarak 4-6 minggu.
Enterotoxaemia ( Clostridium perfringen Type D )

Tuberkulosis

Disebabkan oleh Mycobacterium bovis.
Kuman masuk melalui paru-paru, saluran pencernaan dan luka yang terbuka.
Paru-paru terdapat masa padat yang encapsulated.

Tanda-tanda : Berat badan menurun, kekurusan, berhenti makan, batuk, susah
bernafas dan diarea.Limfe nodus membengkak dan membesar, bernanah terutama di bahagian atas leher dan dada.

Lesi : Retropharygeal di bahagian leher dan kepala membengkak dan bernanah.

SEBARANG TANDA ABSES (PERNANAHAN) HENDAKLAH DIPANDANG PENTING UNTUK PENYAKIT TUBERKULOSIS

PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT

Trauma
Penyebab utama kematian dan serangan penyakit ( English, 1921).
Trauma oleh sendiri dan antler.Buck yang terlalu agresif menyebabkan
kecederaan kepada rusa yang lain. Kawalan : Peningkatan teknik pengendalaian rusa mengurangkan kejadian
kecederaan
Memotong tanduk pada setiap tahun.

Kematian Perinatal
Kadar kematian perinatal dapat terjadi pada 78% dari 144 induk. Lebih dari
separuh mati kerana kebuluran atau terdedah kepada penyakit. 67 % kematian
terdiri dari anak berat kurang dari 3 kg pada minggu pertama, dengan kekerapan
kejadian pada anak rusa berumur 48 jam.

Kurang Makan Seimbang
Kekurangan pemakanan yang seimbang dapat menyebabkan kerugian ekonomi dengan meningkatkan kerentanan sesuatu penyakit :

Contohnya : Kematian induk sesudah beranak
Kematian pejantan sesudah rutting.
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks...