Saturday, June 20, 2009

Mari Melawat Klinik Haiwan

Klinik Haiwan

Klinik Veterinar Johor Bahru telah ditubuhkan pada 1939. diawal penubuhannya, Klinik Veterinar ini lebih dikenali sebagai Rumah Sakit Haiwan. Klinik Veterinar Johor Bahru telah ditukar nama pada 1 November 1993. Penukaran nama ini adalah selari dengan objektif dan fungsi yang turut berubah dari masa kesemasa sebagai pusat veterinar. Klinik Veterinar Johor Bahru menyediakan perkhidmatan untuk rawatan dan pengurusan haiwan kesayangan kepada orang ramai.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan
a) Rawatan
b) Kemudahan tumpangan
c) Pembedahan (kecil – mandul / kasi)
d) Pencegahan penyakit (vaksinasi)

Klinik haiwan terbahagi kepada 6 bahagian.
1. Pendaftaran
2. Rawatan (dressing, POP, vaksin dan lain-lain)
3. Makmal
4. Pembedahan (spaying , castraction and doking )
5. Farmasi
6. Kurungan haiwan (bording)

PENDAFTARAN
Maklumat-maklumat pelanggan di ambil seperti nama pemilik haiwan, kad pengenalan, latar belakang dan sejarah haiwan kesayangan mereka.Kad rawatan diberi bagi memudahkan rawatan ulangan dan lanjutan dilakukan

RAWATAN

1-Menyediakan perkhidmatan rawatan yang mesra dan cekap keatas haiwan kesayangan.
2-Menjalankan pemeriksaan fizikal dan klinikal.
3-Sampel untuk kajian makmal.
4-Merawat penyakit biasa dan berjangkit mengikut keadaan haiwan kesayangan tersebut.
5-Rawatan kebanyakan dilakukan berdasarkan simtomatik treatment
6-Penyakit yang agak berbahaya perlu dilakukan ujian berdasarkan keperluan yang perlu untuk 7-mengenal pasti dan pengesahan penyakit tersebut.
8-Haiwan yang benar-benar memerlukan penjagaan rapi yang disimpan diklinik ini.
9-Bagi kes kemalangan teruk, pembela dinasihatkan supaya membuat x-ray terlebih dahulu dimana-mana klinik swasta dan seterusnya mendapat rawatan yang diperlukan.
10-Pada amnya haiwan yang dirawat disini mengalami penyakit yang berulang.
11-Permandulan-kawal pembiakan tabii, pembedahan keatas kes yang serius (kecil/besar)
Kesedaran kebajikan haiwan.
12-Khidmat nasihat-cara pemeliharaan yang betul, pemakanan selepas rawatan. (yang melibatkan pembedahan ) pemberian ubatan dan rawatan sendiri.

Teknik Pemeriksaan Rawatan
a) Observation ( pemerhatian)
b) Palpation ( sentuh/raba)
c) Percussion (ketuk)
d) Auscultation (goncang dan dengar)
e) Centesis (cucuk dengan jarum untuk tengok isi kandungan contoh absess)
f) Temperature (suhu badan)
i. 37.5 0C – 38.5 0C normal
ii. > 0.5 Demam (kucing)
iii. > 1.0 Demam (anjing)
g) Prognosis – very grave, guarded
h) Diagnosis
Pernafasan: 15 – 30/minit
Jantung: 60 – 120/minit
410C – hyperthermia
420C – heat StrokeAlat Mengekang Binatang
Bilik Rawatan
Pemvaksinan (immune belt)
1) Dilakukan kepada haiwan kesayangan untuk pencegahan dan pengawalan penyakit biasa dan berjangkit daripada merebak.
2) Ini adalah mengawal dan mencegah penyakit yang biasa menyerang haiwan kesayangan tersebut.
3) Penyakit yang popular dikalangan anjing ialah distemper, hipertittis, leptopirosis, common influenza dan lain-lain lagi.
4) Vaksin amat perlu bagi mengelak penyakit serta dapat mengawal penyakit daripada merebak.

Vaksin haiwan kesayangan contohnya anjing (anti distemper) 6:1 /anti rabies
ø Canine distemper – Paramyoxirus (demam, diarrhea, penafasan)
ø Canine parvovirus – batuk, muntah dan berak darah yang berbau busuk
ø Canine herpesvirus (kuman yang merata tempat)
ø Kennel cough (batuk) bronchotracheitis - penyebab canine adenourus type II
ø Canine babesiosis (kulit mengerutu dan bulu tanggal serta berdebu)
ø Canine Seborrhea (pendarahan banyak berlaku bila berlaku traumatic injury)
Vaksin Anjing
Rabies 2 tahun sekali (anjing)
Parvoviral 6 – 9 minggu 9 (selepas dari itu tak perlu vaccine)
6:1- umur 13 minggu suntikan kedua selepas 2 – 4 minggu (ulang setahun sekali)
Vaksin kucing feline Chlamydia 4:1
i. Feline distemper ( pan leucopenia )
ii. Feline entritis ( cirit birit )
iii. Filine influenza ( selsema )
iv. Feline hepatitis ( penyakit hati )
Nota :- Vaccine pertama umur: 9 – 12 minggu (berdasarkan kebesaran tubuh)
Ulangan (Buster) umur: 2 – 4 minggu
Vaksin Kucing
Program Nyah Cacing

i. Hari pertama 6 minggu selepas kelahiran
ii. Ulang selepas 2 minggu
iii. Ulang lagi selepas 3 minggu selepas pemberian kedua
iv. Umur bawah 1 tahun lakukan 3 bulan sekali
v. Umur atas setahun lakukan 6 bulan sekali
Pembiakan Kucing
1) Induced Ovulation ( bila penis masuk baru telur gugur dalam ovari )
2) Heat 7- 12 hari
3) Bunting 62 -65 hari
4) Cerai susu 4 – 6 minggu

Pembiakan Anjing
1) Heat 2 kali setahun
2) Proestrus ( awal berahi ) 4 hari dari vulva begkak dank eras
3) Estrus – rembesan darah – ( 2-3minggu )
4) Pembiakan mating – hari 7-12 hari selepas rembesan darah
5) Metestrus ( organ pembiakan dalam mula megecut ) 1-2 bulan
6) Anestrus 2-3 bulan
MAKMAL
Menjalankan kajian penyakit yang tidak dapat di kenalpasti dan untuk mengesahkan penyakit yang berjangkit.Contoh ujian yang biasa dilakukan ialah ujian air kencing (urin), ujian darah dan fical


Pembedahan
- Pembedahan berdasarkan keadan haiwan tersebut.
Contoh pembedahan yang biasa dilakukan ialah Castration, Spaying, Hernia, abscess, hematoma dan sebagainya.
- Doking pada anak anjing dilakukan ketika ia berumur 3 – 4 minggu.
- Castration pada kucing jantan sesuai dilakukan ketika berumur 6 bulan
- Spaying pula dilakukan seelok-eloknya setelah beranak sekali
- Walaubagaimanapun ada pilihan bagi mereka yang tidak memerlukan pembedahan iaitu mencegah kehamilan menggunakan Supprestral® atau Magcat®
- Bagi castration harga dikenakan adalah RM 35.00 untuk seekor kucing dan RM 80.00 untuk seekor anjing
- Spaying RM 50.00 untuk seekor kucing dan RM 150.00 untuk seekor anjing. Termasuk cream sapu dan antibiotic untuk seminggu.
- Bagi pembedahan yang sukar seperti potong kaki dan kemalangan bayaran dikenakan mengikut kos ubatan yang digunakan

FARMASI

1. Ubat untuk haiwan yang telah dirawat perlu diberi oleh penjaga haiwan itu sendiri.
2. Prosedur pemberian ubat dijelaskan kepada pelanggan. Terdapat ubat didalam bentuk pil, sirap dan krim.
KURUNGAN HAIWAN (Boarding)

1. Perkhidmatan penjagaan haiwan terutamanya anjing/kucing yang perlu penjagaan rapi selepas pembedahan.(dikenakan bayaran dan dimasukan kedalam hasil dalam negeri .)
2. Bayaran adalah mengikut jenis haiwan dan tempoh penyimpanan. Ini kerana bagi menampong kos makanan serta rawatan lanjutan .
3. Bagi kucing setiap seekor dikenakan bayaran sebanyak RM 5.00 sehari termasuk makanan
4. Anjing pula dikenakan sebanyak RM 10.00 /ekor/ hari. Makanan biasanya dibeli oleh pembela anjing itu sendiri
PERMANDULAN.
1. Bagi mengawal populasi kawalan pembiakan tabii diperlukan bagi mengawal genetic.
2. Pembedahan kecil dilakukan seperti kasi dan pembuangan ovari bagi haiwan betina dilakukan. Ini bagi menjaga genetic baka yang baik dan menghasilkan baka yang bermutu serta mengekalkan baka asli.
3. Bagi kes yang serius dan memerlukan pembedahan yang besar mahupun kecil, haiwan tersebut akan melalui beberapa prosedur bagi dibolehkan pembedahan tersebut dijalankan.
4. Kebanyakan pembedahan yang melibatkan keperluan sedative digunakan. Ia perlu dilakukan oleh seorang Doktor Veterinar.

Baka-Baka Anjing

















Baka-Baka Kucing