Terdapat pelbagai jenis kucing terdapat di serata dunia, di  antaranya biasa kita dengar ialah Persian, Siamese, Burmese dan pelbagai  lagi. Ruangan ini memperkenalkan kita kepada pelbagai jenis kucing yang  ada.  
 
Abyssinian
 Apabila dilihat sepintas lalu rupa baka  Abyssinian adalah seperti kucing semasa zaman Mesir kuno. Badannya yang  sederhana panjang, bertulang biasa tetapi mempunyai otot yang kuat. Kaki  pula panjang dan kurus
 
American Bobtail
 Baka American Bobtail adalah bersifat keras  , baka yang kelihatan keras sesuai dengan persekitaran dimana ia  berada.Badannya yang sederhana ke besar dengan bulu yang padat, panjang  dan tak terurus.Bulunya terdiri daripada pelbagai warna dan corak.Baka  American Bobtails jantan boleh mencapai berat sehingga 5 paun manakala  betinanya bersaiz kecil sedikit.
  American Curl
  Ciri-ciri unik baka American Curl adalah  telinganya. Jika dilihat kita mungkin tersilap menganggap ia adalah baka  Scottish Fold ataupun baka American Curl, tetapi bila diperhatikan  dengan teliiti terdapat perbezaan pada telinga dan badannya. Badannya  yang sederhana, seimbang dan berotot sederhana. Bulunya terdiri daripada  pelbagai warna dan corak
 
 American Shorthair
  Baka American Shortair mempunyai badan yang  sederhana sehingga ke besar, padat, berotot dan kuat. Bulunya pendek,  padat dan tebal. Warna bulunya terdiri dari pelbagai dan bercorak dua.
  
Balinese  Baka Balinese adalah seperti gabungan baka  Siamese yang ditambahkan dengan bulu sederhana panjang dan berkilat.  Badannya yang sederhana, kaki yang panjang dan ekor yang panjang.  Bulunya yang sederhana panjang dan lembut mempunyai pelbagai warna  berbucu seperti baka Siamese.
 
Bengal 
  Baka Bengal mempunyai badan yang sederhana  sehingga ke besar, berkilat, berotot dengan bahagian belakang yang  tinggi sedikit daripada bahu. baka Bengals betina secara puratanya  mempunyai berat dari 7 hingga 11 paun semasa matang dan jantan secara  puratanya berat dari 11 hingga 18 paun bila membesar. Bulunya yang  pendek dan padat dengan rasa yang lembut, pelbagai corak dan warna serta  bersinar-sinar.
  
Birman
  Baka Birman dipercayai berasal dari Burma  Badannya yang besar dan panjang. Bulunya berwarna bucu biru, bucu  cokelat dan bucu lilac.
 
 
 
Bombay 
 Dengan teldapat pelbagai baka yang ada pada  waktu ini, baka Bombay direka berdasarkan kepada baka Harimau Akar  Domestik. Walaupun hitam berkilat dan matanya yang kuning, ia mudah  menjadi binatang peliharaan. Badannya yang sederhana dan padat serta  kepala yang bulat. Bulunya yang berkilat, pendek, hitam dengan mata  kuning sehingga keemasan.
 
British Shorthair
 Baka British Shorthair dianggap sebagai  baka yang paling lama sekali wujud. Badannya yang sederhana, dengan  bentuk padat, kuat dan seimbang. Bulunya yang pendek dan padat, datang  dengan pelbagai warna, terdapat juga warna biru
  
Burmese 
 Baka Burmese adalah berorientasikan  manusia. Badannya yang sederhana, berotot dan padat, dengan berkepala  bulat dan mata yang berwarna kuning kepada emas. Bulunya yang pendek  dengan warna biru dan perak.
 
California Spangled
 Seperti baka Bengal, baka California  Spangle adalah baka yangdicipta melalui kaedah sains.  Ia seperti  harimau akar kecil yang panjang, tetapi badan yang berotot dan bertompok  bujur, bulat, petak atau segitiga.  Bulunya berwarna gangsa, emas,  biru, cokelat, hitam, merah, hitam arang , perak dan putih. Tompoknya  mudah dibezakan kerana ia berwarna gelap.

 Chausie
 Badannya yang besar dengan tulang yang  kukuh, dada yang lebar dan otot yang kuat dengan kaki yang sederhana  panjang. Bulunya terdiri daripada warna hitam, hitam asap sehingga  bayang-bayang keperakkan, hitam dengan bucu perak, bucu emas sehingga  merah pucat pada telinga, kaki dan ekor.
 
Cornish Rex
 Baka Cornish Rex adalah antara yang baka  tertua daripada ketiga-tiga jenis baka Rex. Badannya terdiri daripada  kecil sehingga ke sederhana dengan lengkung di belakang, kaki yang kuat  dan panjang berserta pinggang berotot. Bulunya yang pendek dan beralun  di dalam pelbagai warna padat, berbayang, tabby, mempunyai dua warna,  pelbagai warna dan bercorak bucu.

  
 Devon Rex
 Baka Devon Rex selalu dibandingkan dengan  baka pixie. Ia terhasil daripada mutasi kucing bangsal sehingga bulunya  menjadi beralun. Badannya yang sederhana panjang tetapi kuat dan berotot  dengan kaki yang panjang dan kurus. Bulunya yang beralun pendek berada  didalam pelbagai warna dan corak.
   Egyptian Mau
 Baka Egyptian Mau berasal daripada kucing  liar afrika. Badannya yang sederhana panjang, dengan otot yang terbina.  Kaki belakangnya lebih panjang sedikit daripada depan. Saiz kepalanya  yang sederhana dan bulat.

   Exotic Shorthair
 Sesiapa yang inginkan personaliti kucing  seperti baka Persian akan mendapati baka ini adalah pengganti yang  sesuai. Badannya yang pendek, lebar dan kuat sehingga ke dada, dengan  otot yang kuat, kakinya yang pendek dan kuat. Bulunya yang padat dengan  bulu halus yang tebal di dalam pelbagai corak dan warna.
   
Havana Brown
 Baka Havana Brown adalah baka yang dicipta  dari kacukan kucing berbulu hitam dengan kucing berbaka Siamese  bercoklat. Badannya yang sederhana, berotot dan kurus. Bulunya berwarna  cokelat, pendek dan berkilat.
  
Himalayan
 Baka Himalayan mempunyai bentuk badan yang  sama dengan baka Persian dari saiz sederhana sehingga besar, kaki yang  pendek, dada yang lebar dan kuat. Bulunya yang panjang dan tebal, dengan  tekstur yang biasa dan berkilat dan ia juga boleh terdiri daripada  pelbagai warna.
 
Japanese Bobtail
 Baka Japanese Bobtail berasal dari Jepun.  Disana ia dibela berkurun lamanya. Ia kuat, sihat dan mempunyai  rintangan yang kuat terhadap penyakit.  Badannya yang panjang, bersaiz  sederhana mempunyai otot yang kuat.  Bulunya yang pendek dan sederhana  panjang, lembut  dengan tidak mempunyai bulu halus. Manakala yang  berbulu panjang, bersederhana hingga ke panjang dan lembut. Terdapat  bulu berwarna tiga, dua, tabby dan padu.
  Javanese
 Ia dikategorikan sebagai baka yang bijak.  Badannya yang panjang dan berkilat dengan bersaiz sederhana, kaki kurus  dan panjang dengan gabungan tulang biasa dan otot padat, dengan kata  lain ia adalah kucing yang berbadan sasa. Bulunya yang biasa dan  bersutera, sederhana panjang dan kurang bulu halus menunjukkan  ciri-cirinya. Warnanya terdiri seperti kucing berbaka Balinese dengan  pelbagai warna pelangi.

Korat
 Baka Korat berasal dari negaraThailand.  Badannya yang separuh pendek dengan ketara di pinggang, berotot dan  melengkung. Warnannya yang biru keperakkan berpunca dari hujung bulunya  yang berwarna perak..
Maine Coon Badannya yang bersaiz sederhana sehingga  besar, berotot dan berdada lebar dengan perwatakkan yang seimbang. Bulu  Baka Maine Coon adalah berat dan tidak terurus, tetapi pendek pada bahu  dan panjang pada perut di belakang kaki. Ekornya pula panjang.  Baka  Maine Coon datang dalam pelbagai warna seperti warna kura-kura dan warna  ceria, tidak termasuk corak. Ia adalah kacukkan antara kucing baka  domestik Amerika dan kucing berbulu panjang seperti Angora.
 
Manx
 Baka Manx adalah bulat dan kuat pada  perwatakkannya, dengan otot yang kuat, padat dan bersaiz sederhana. Ia  mempunyai dua jenis bulu yang mana bulu halusnya pendek dan padat atau  bulu biasanya bersederhana panjang dari belakang kaki sehingga ke lutut,  ia juga dikenali sebagai Cymric. Kedua-dua bulu panjang dan pendek  boleh terdiri daripada pelbagai corak dan warna tidak termasuk bucu
 
Munchkin
 Baka Munchkin adalah kucing biasa dengan  kaki yang pendek. Seperti baka Sphynx yang mana mungkin disukai atau  tidak apabila pertama kali bersemuka dengannya.
 
Norwegian Forest Cat
 Sekali pandang kita dapati baka Norwegian  Forest Cat ini kelihatan seperti Main Coon dan ini tidak pelik kerana  kedua-duanya berasal dari kawasan yang dingin. Dipanggil oleh orang  tempatan dengan panggilan ‘Wegies’. Ia merupakan kucing yang menawan  dimana bulunya yang panjang memerlukan kurang disikat jika dibandingkan  dengan kucing berbulu panjang yang lain walaupun ia mempunyai bulu yang  tebal. Panjang badannya yang sederhana, otot yang pejal dan seimbang  serta struktur tulang yang kukuh merupakan ciri-ciri badannya. Manakala  bulunya yang berganda dengan bulunya diselubungi dengan bulu panjang,  berkilat dan lembut. ‘Wegies’ juga mempunyai warna bulu yang pelbagai  tetapi tidak seperti warna buku kucing berjenis Himalayan atau berwarna  cokelat, lavender/lilac

Ocicat
 Berasal daripada kacukkan antara kucing  jenis baka Abyssinian, baka Siamese dan baka American Shorthair, baka  Ocicat secara umumnya adalah kucing domestik yang mempunyai bulu seperti  kucing liar. Ia mendapat jolokan Ocicat kerana ia seperti kucing baka  Ocelot iaitu kucing liar yang berada di Amerika Tengah dan Selatan.  Badannya yang boleh mencapai saiz sederhana sehingga besar, ia mempunyai  tulang yang kuat, pembinaan otot dan berwatakkan seperti olahragawan,  pinggang yang pejal, keras serta kepanjangan badan yang kukuh dan  menyeluruh. Manakala bulunya yang pendek, lembut dengan corak bertompok  dengan tanda yang tertentu pada kepala, tulang belakang, kaki dan ekor.  Ocicat mempunyai banyak warna bulu termasuk tawny, cokelat, cinnamon,  perak dan biru.
 
Oriental Shorthair
  Seperti kucing baka Siamese, bulunya boleh  terdiri daripada pelbagai jenis warna pelbagai sehingga menghasilkan  baka Oriental. Personaliti baka Oriental ini adalah menarik seperti  bulunya dan akan senantiasa menemani kita sepanjang hari. Badannya yang  panjang dan berkilat, boleh melentur dan bergerak tetapi berotot.  Bulunya yang pendek, bertekstur sederhana dan lembut, hampir kepada  badan dan mempunyai lebih kurang 300 warna yang berbeza. 
Persian
  Badannya  yang sederhana ke besar, adalah seperti kucing baka ‘Cobby’. Kakinya  yang pendek, lebar dan kuat pada dada, berada pada keadaan sekata dibahu  dan otot. Walaupun dengan rupanya yang gebu, kucing baka Persian ini  mempunyai otot yang bagus dengan tiadanya punca-punca kegemukkan.  Bulunya yang panjang dan tebal, tekstur yang biasa, berkilat dan kuat.  Warnanya boleh terdiri daripada pelbagai warna dan corak.
 Pixie-Bob Asal usulnya yang tidak diketahui  menjadikannya ia misteri. Ia terhasil daripada kacukkan antara baka  American Bobcat dan kucing liar atau kucing bangsal. Ia menyerupai  bobcats dengan otot, badan dengan bulu yang berdiri tegak daripada badan  dengan warna kuning cerah kepada pelbagai warna, muka yang berbentuk  seperti pear, telinga seperti kucing baka Lynx. Ekornya yang pendek,  dengan sepanjang dua inci dan berada di bawah. Ia kucing yang mempunyai  keunikan tersendiri dimana ia boleh mempunyai maksimum sebanyak 7 jari.

Ragdoll
 Baka Ragdoll adalah kucing besar dengan  tulang yang kukuh, badan berotot dengan kaki yang sederhana panjang.  Kucing jantan boleh mencecah sehingga 25 paun dan betina sehingga 20  paun seperti kucing yang lain ia mengambil masa selama tiga tahun untuk  mencapai saiz yang sempurna. Bulunya yang sederhana panjang, dengan bulu  halus yang banyak, bulu pendek pada kaki depan dan panjang pada kaki  belakang. Terdapat pelbagai warna bulu yang ada pada Ragdoll seperti dua  warna, tapak kaki berwarna putih dan bercorak kelabu.
  
Russian Blue
 Bertulang biasa, panjang , kukuh dan  berotot dengan kaki bertulang biasa yang panjang. Bulunya yang pendek,  padat, biasa dan bercampur dengan warna biru. Bulu halus berwarna  keperakkan dihujung menjadikannya ia berkilat.
 
Savannah
 Baka Savannah adalah kacukan antara baka  African Serval dan kucing domestik. Walaupun ia adalah baka yang baru,  ia selalu dilihat di hutan-hutan.
  

Scottish Fold
 Perbezaan yang ketara bagi  baka Scottish  Fold adalah telinganya dimana ia melipat kebelakang dan kebawah. Ia  adalah kucing yang sesuai untuk dibela. Ia adalah kacukan antara kucing  baka American Shorthair dan baka British Shorthair. Kebanyakkan warna  yang selalu didapati adalah seperti corak tabby, kulit kura-kura dan  calico.

Siamese
 Baka Siamese adalah bersaiz sederhana,  bulunya berkilat dengan garisan kecil berwarna, bergerak senang walaupun  berotot. Sifatnya yang ketara ialah bucu yang bercorak gelap pada  telinga, muka, ekor dan kaki. Warna seperti cokelat, biru, lilac dan  kelabu adalah warnanya yang biasa.
 
Siberian
  Baka Siberian adalah seperti kacukkan tiga  baka iaitu baka Maine Coon, baka Norwegian Forest Cat dan baka  Siberian. Bulunya yang tebal terbina bagi melindunginya daripada musim  sejuk. Belakangnya yang sederhana panjang yang mana sedikit melengkung,  pinggang berotot dan perut bulat yang padat. Bulunya yang sederhana  panjang, dengan bulu pada pada bahu dan bawah dada yang tebal dan  sedikit pendek. Corak bulunya mungkin berbeza dengan warna yang mana  digabungkan dengan bayang dan corak.
Somali Baka Somali mempunyai ciri-ciri suka  bermain seperti baka Abyssinian. Ia suka menemani manusia dan senantiasa  dibela. Badannya yang seimbang, daripada saiz sederhana ke besar.  Dengan otot yang terbina walaupun bergerak dengan bebas. Bulunya yang  sederhana panjang, lembut dan bersutera dengan corak, merah, biru atau  pucat serta ekor yang kembang merupakan cirinya yang khusus.
 
 Sphynx
 Dengan badan yang tanpa bulu, telinga besar  dan berbadan kecil menjadikan kita pelik. Walaubagaimanapun ia adalah  kucing yang bijak dan suka menemani. Ia adalah kucing yang jarang  dijumpai. Badannya yang sederhana, keras dan berotot dengan dada bulat  yang lebar. Manakala belakangnya sedikit melengkung. Bulunya adalah  biasa dan seperti tiada. Warna bulunya adalah seperti pigmen kulitnya  dan hanya terdapat sikit bulu pada badannya
Tonkinese Tiada yang setara dengan keaktifan baka  Tonkinese yang mana personalitinya adalah seperti warna bulunya.  Terhasil dari kacukkan kucing baka Burmese dan baka Siamese ia mewarisi  ciri-ciri kedua-dua baka tersebut. Baka Tonkinese adalah peneman yang  sesuai, bijak dan ingin tahu. Badannya yang sederhana, padat dan  berotot, pendek, kakinya yang kurus sesuai dengan badan dengan kaki  belakangnya lebih kuat daripada kaki depan. Bulunya yang sederhana  pendek, biasa, lembut dan bersutera, hampir kepada badan dengan warna  berbucu seperti warna memerang asli, memerang biru.
  
Turkish Angora
 Baka Turkish Angora adalah kucing berbaka  secara biasa, berasal dari kucing baka Manul yang dibela oleh orang  Tartar, yang kemudiannya berhijrah ke Turki dan dianggap sebagai  khazanah oleh Negara tersebut. Jika kita ingin memiliki baka Turkish  Angora, ia dianggap sebagai salah satu baka kucing yang terpandai,  setia, aktif dan ceria. Badannya yang seimbang dan bersaiz sederhana  dengan pinggang kurus yang panjang serta kaki yang panjang. Bulunya yang  berkilat dan biasa, sederhana panjang dan berkilau. Walaupun berwarna  putih ia juga boleh mempunyai pelbagai jenis warna dan corak.
 
 Turkish Van
 Seperti baka Turkish Angora, baka Turkish  Van juga berasal dari timur tengah, tetapi ia adalah baka yang berbeza.  Kedua-duanya dianggap sebagai khazanah Negara. Baka Turkish Vans  dianggap sebagai baka kucing yang jarang ditemui, Badannya yang  sederhana panjang, seimbang dan sekata dengan berciri kukuh, kakinya  yang sederhana panjang dan berotot sesuai dengan badannya. Bulunya yang  separuh panjang, lembut dengan tidak mempunyai bulu halus. Ia biasanya  mempunyai warna putih dengan pelbagai warna di kepala dan ekor