Saturday, February 6, 2016

Penyakit Kurap "MANGE" Ternakan

Tidak kira, KUDA, LEMBU, KAMBING, ANJING dan KUCING...selalu mengalami masalah ini. penyakit kulit yang sangat kerap berlaku pada haiwan anda iaitu MITES/HAMA...penyakit tersebut dikenali sebagai "MANGE" secara general ataupun "KURAP" (rasa nye kebanyakan penyakit kulit orang melayu panggil kurap... disebabkan oleh parasit ataupun fungus...)
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Rawatan Kurap "MANGE" Ternakan & Haiwan
  ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
1) Penyakit : Kurap (Mange) Bagi Ternakan Lembu Dan Kambing
Kurap boleh terjadi disebabkan oleh kulat atau ektoparasit (mange)
Aetiology (Penyebab): Mange- Demodex Demartophilus

Tanda-tanda Klinikal:-
Keguguran bulu pada beberapa bahagian tubuh kadangkala disertai dengan kudis-kudis yang bernanah kerana parasit ini menggali lapisan kulit menyebabkan gatal dan kerosakan akar rambut
Gatal
Demartitis
Kulit melelas,berkerupin tebal ,bulu tanggal,
Lemah badan,anorexia,kurus.

Cara membuat diagnosa :
Ambil kikisan kulit dan masukkan ke glycerol untuk kajian makmal.

Rawatan Veterinar
Kurap yang disebabkan oleh kulat boleh disapukan dengan iodine sementara kurap yang disebabkan oleh mange pula dikehendaki untuk rawatan dengan ubat serangga seperti 1% larutan malathion yang membunuh parasit dewasa. Rawatan ini hendaklah diulang tiap-tiap 10-14 hari selama 3 kali
Atau Inj.Ivomex dan dipping dengan bahan insecticide.

Pengawalan:-
Sumber yang bersih dari ladang dan tidak berpenyakit .Perlu asing segera ternakan berpenyakit dan dipping dengan ’insecticide’ e.g taktic.. Adalah disyorkan cara yang berkesan dengan melakukan operasi kurap-spray kandang dan mandi ternakan dengan racun taktic.(Insecticide)


Rawatan Cara Tradisional merawat masalah kurap  
pada haiwan atau ternakan seperti lembu atau kambing
600 gm belerang ditumbuk halus & dicampurkan dengan 1 botol minyak tanah & ¼ botol minyak masak.  Kemudian digosok kepada kulit yang terlibat pada tiap-tiap hari selama 1-2 minggu

2) Penyakit : Kurap (Mange) Bagi Haiwan Kucing dan Anjing
- "MANGE" secara general merupakan serangan fungi yang menyebabkan kurap iaitu kulit berkuping-kuping, mengeras dan merekah. Kurap boleh membawa maut jika tidak dirawat, terutama jika terkena pada bahagian muka, iaitu di sekeliling mata dan mulut, sehingga mengganggu pergerakan dan pemakanan.


*- Lice-mites-hidup bawah kulit-gatal

Terdapat 2 jenis mites:
1. Non-burrowing mites (hama yang tidak menggali masuk ke dalam lapisan kulit) - contohnya - ear mites pada kucing (Otodectis cynotis).
a) Kutu telinga disebabkan oleh sejenis parasit yang dikenali sebagai Psoroptes Cuniculi. Ia mempunyai kitaran hidup selama 21 hari, dan telurnya menetas dalam masa 4 hari sahaja. Biasanya ia hanya menjangkiti satu telinga sahaja, dan jika tidak dirawat ia boleh merebak ke telinga yang satu lagi, seluruh kepala, tengkuk , bawah perut dan juga bahagian badan lain yang lemah. Kesan luka dari garuan itu adalah sumber makanan bagi parasit tersebut.

Sintom dan tanda tanda kritikal : gatal telinga,sering mengaru telinga dan mengoyang goyang kepala dengan kerap dan mungkin tanpa henti. Pada peringkat awal sedikit kupingan nipis akan kelihatan di dalam telinga. Kupingan yang berwana kelabu-kekuningan sebenarnya adalah ratusan dan mungkin jutaan parasit, sel kulit dan darah.

Rawatan : Jika diperingat awal dan ringan… cuci telinga dengan mengunakan kapas yang dibasahkan dengan miyak mineral atau minyak zaiton, biasanya 2-3 kali rawatan ia akan pulih. Jika semakin serius dapatkan rawatan daripada Veterinal.

*Biasanya suntikan IVERMECTIN akan diberikan. 3 kali suntikan dalam masa 14 hari. Biasanya selepas rawatan kerak akan tertanggal dengan sendiri, Perlu diingat suntikan hendaklah diambil dengan berjadual ini adalah kerana kitaran hidup Kutu telinga adalah 21 hari
*IVERMECTIN tidak membunuh telur , jadi suntikan sebanyak 3 kali dalam 14 hari mampu membunuh larva dari telur yang menetas.
*IVERMECTIN yang dilarutkan didalam air dan diguna terus kepada telinga yang dijangkiti kurang berkesan untuk merawat gejala ini berbanding dengan kaedah suntikan dan oral.

b) Cheyletiella Paracitoctorax biasanya hanya berada dipermukaan kulit dan paling biasa pada kucing dan anjing .Ia juga dikenali sebagai ‘walking dandruf’ . Kitaran hidupnya adalah selama 5 minggu. Kutu hama betina bertelur dan melekatkan telur di bulu kucing dan anjing atau rambut , 3 ke 4mm dari kulit.
Sintom dan tanda tanda kritikal : wujud keruping dibahagian tengkuk kucing dan anjing dan kelihatan seperti lapisan kelemumur. Dan menyebabkan kegatalan pada kucing dan anjing. Dan kehilangan atau keguguran bulu berlaku.
Rawatan : Dapatkan suntikan IVERMECTIN di klinik veterinar

2. Kurap - Burrowing mites (hama yang menggali masuk ke dalam lapisan kulit) - contohnya, hama seperti dalam gambar di atas...Mereka bukan sahaja menggali terowong, bahkan bertelur dan membesar di dalam lapisan kulit yang digali. Hama betina dewasa akan menggali terowong dan bertelur di dalamnya. Dalam tempoh 5-8 hari, telur tersebut akan menetas menjadi "larvae" dan sterusnya membesar menjadi dewasa dan membiak semula didalam terowong yang baru...Proses pembiakan mengambil masa lebih kurang 3 minggu. Hama ini hanya memakan sisa-sisa kulit yang tertanggal, cairan tisu badan dan ada juga yang menghisap darah sepanjang proses untuk menjadi dewasa.. Kurap adalah masalah jangkitan yang serius dan jika tidak dirawat lebih awal akan menjadi kritikal.

Sintom dan tanda tanda kritikal : Kawasan yang paling kerap dilihat mengalami masalah adalah kepala , bahagian bawah badan dan kaki.Jangkitan akan mula kelihatan pada mulut dan hidung, kemudian merebak ke sekitar kepala, leher dan kadang kandang badan. Kurap akan menyebabkan arnab mengaru dengan kuat dan menyebabkan jangkitan kurap merebak dan menyebabkan bulu jatuh dan kulit kelihatan berair dan menjadi kerak apabila kering. Kerak terbut mudah merekah dan berair dan boleh menyebab jangkitan yang lebih serius menyebabkan arnab kurang daya tahan , lemah dan mati dalam beberapa minggu sahaja.

Rawatan : Dapatkan rawatan Veterinar dengan segera. Biasanya suntikan IVERMECTIN akan diberikan. 3 kali suntikan dalam masa 14 hari. Bersihkan sangkar dengan penyah kuman, dan biarkan selama beberapa hari sebelum digunakan semula, ini adalah kerana parasit dari kurap boleh bertahan selama beberapa minggu tanpa perumah. Asingkan kucing atau anjing yang terkena jangkitan daripada kucing atau anjing yang lain. Ini bagi megelakan daripada wabak berjangkit.

-Sebenarnya ivermectin dapat dipergunakan untuk membasmi cacing dan ektoparasit seperti kutu.Tetapi ivermectin hanya membunuh cacing/ kutu dewasa, tidak membunuh telurnya. Oleh kerana itu diperlukan setidaknya 3 kali suntikan ivermectin dengan jarak 3-4 minggu. Perlu diingatkan, suntikan ivermectin harus dilakukan dengan hati-hati pada kucing umur kurang dari 4 bulan dan tidak disyorkan pada anak kucing berumur kurang dari 2 bulan, karena dapat menyebabkan keracunan dan mengganggu perkembangan ginjalnya.. .Bagi kucing dewasa, suntikan ivermectin perlu dilakukan 2-4 kali setiap tahun..

-Penggunaan ubat secara "oral dan injectable" diamalkan secara berkala walaupun sebenarnya tidak digalakkan-Kaedah mandian turut diterapkan supaya ubat/racun yang digunakan akan lebih menyerap masuk ke dalam terowong-terowong yang dibuat oleh hama-hama tersebut.




-Sebenarnya ada ubat spray anti kutu dan hama-hama yang dijual di petshop-petshop, seperti Accurate dan Frontline. Namun harus diperhatikan aturan pemakaian setiap ubat spray anti kutu , tapi biasanya ubat spray anti kutu ini tidak dianjurkan digunakan pada kucing dibawah umur 2 bulan. Ubat spray anti kutu di sembur di kulit pangkal kepala di bahagian belakang supaya kucing atau anjing tidak boleh menjilat bahagian tersebut. Jika mengunakan ubat spray anti kutu seperti Accurate dan Frontline membasmi kutu ianya hanya boleh bertahan kesannya selama 1 bulan. Kemudian perlu diulang 1 bulan kemudian dan seterusnya tiap bulan..

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

Tuesday, March 18, 2014

PEMBERSIHAN PERALATAN TENUSU


PEMBERSIHAN PERALATAN TENUSU

PEMBERSIHAN PERALATAN TENUSU
PENGENALAN:
Aktiviti pembersihan merupakan aktiviti penting di dalam setiap operasi yang melibatkan peralatan tenusu.  Peralatan yang tidak dibersih dengan baik merupakan tempat pembiakan bakteria.  Di dalam pemperosesan yang berkapasiti tinggi (e.g. 10,000 liter/hour), jika berlaku kesilapan di dalam   pembersihan akan mengakibatkan kerugian yang besar.

TAHAP KEBERSIHAN
1.FIZIKAL
2.KEMIKAL
3.BACTERIOLOGICAL
4.STERILITY

TAHAP KEBERSIHAN DIMAKSUDKAN SECARA

1.FIZIKAL
MEMBERSIHKAN  SEMUA KEKOTORAN YANG DAPAT DILIHAT (VISIBLE DIRT)DARI PERMUKAAN (SURFACE)

2.KEMIKAL
MEMBERSIH KOTORAN YANG DAPAT DILIHAT TERMASUK KOTORAN/SISA MIKROSKOPIC(TIDAK DAPAT DILIHAT DENGAN MATA KASAR) YANG DAPAT DIKESAN MELALUI RASA DAN BAU

3. BACTERIOLOGICAL
DI HASILKAN DARI PROSES DISINFEKTANT YANG DAPAT MEMBUNUH SEMUA PATHOGENIC BAKTERIA, TIDAK KESELURUHAN MIKROORGANISMA

4.STERILITY
PEMUSNAHAN KESEMUA MIKROORGANISMA



 

 
 
 

Sunday, June 17, 2012

Spesimen dan ujian Makmal Veterinar

Seperti kita tahu,Makmal Diagnosa Veterinar diwujudkan untuk menjalankan perkhidmatan diagnosis Bakteriologi, Biologik, Hematologi & Biokimia Klinikal, Histopatologi, Serologi , Parasitologi, Post Mortem, Kesihatan Umum, dan Virologi..
Pemilihan specimen untuk dihantar kepada Makmal Diagnosa bergantung jenis penyakit yang disyaki dan juga dari tanda-tanda penyakit yang di tunjukkan oleh haiwan atau ternakan. Pada kebiasaannya, pemeriksaan post mortem tidak dapat memberi gambaran tentang penyakit sebenar. Dalam keadaan tersebut banyak specimen perlu dihantar supaya berbagai ujian dapat dijalankan bagi mendapatkan keputusan yang memuaskan..
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Spesimen dan ujian Makmal Veterinar
  ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Pada kebiasaannya , dua set specimen diperlukan
1-Dimasukkan bersama air batu (ice) untuk digunakan bagi mengasingkan bakteria dan virus
2-Satu set lagi didalam 10% formalin-saline.
Jangan sesekali letak specimen yang bercampur dengan formalin ke dalam air batu (ice) kerana ini akan merosakkan sel-sel organ tersebut
Jikalau terdapat karkas yang disyaki disebabkan kuman bacteria dan keadaanya terlampau decompose atau terdapat banyak pencemaran terhadap organ, sebahagian dari tulang panjang boleh dihantar. Ini kerana sumsum tulang merupakan organ terakhir sekali dicemari oleh bacteria..
Rekod
Semua specimen-spesimen yang dihantar ke Makmal Diagnosa dilabel dengan jelas tentang:
1-Jenis Spesimen, masa pengambilan, jenis ternakan dan bahan pengawet
2-Semua perkara yang bersangkutan dengan spesimen hendaklah ditulis dengan jelas didalam borang-borang  yang disediakan
3-Jika spesimen post mortem maka perlulah di sertakan sekali laporan pemeriksaan
a)Penyebab kematian ternakan
b)Sejauh mana keadaan jangkitan yang dihidapi ternakan
c)Punca penyakit ternakan
Makmal Veterinar
Secara umumnya Makmal Veterinar berfungsi sebagai menjalankan diagnostik penyakit ternakan melalui ujian Spesimen  Parasitologi, Hematologi, Bakteriologi.
Menjalankan penyelidikan serta mengeluarkan maklumat terkini dalam bidang sains ternakan.

Menjalankan diagnostik Parasitologi:
(analisa darah melalui calitan darah nipis, calitan darah basah dan dan calitan darah tebal bagi mengesan parasit)
   Mengesan kehadiran cacing dari tinja ternakan melalui ujian Mc Master,
   Mengesan kehadiran endoparasit melalui sampel otak dan darah,
   Mengesan ektoparasit melalui kikisan kulit
Menjalankan diagnostik Hematologi:
   Analisa darah melalui Pack cell volume,
   Kiraan sel darah merah,
   Kiraan sel darah putih,
   Anggaran kandungan Hemoglobin dan
   Kiraan perbezaan sel darah putih. 
Menjalankan diagnostik Bakteriologi:
Pengasingan dan identifikasi bakteria dari organ, susu, air, tinja, nasal swab, vaginal swab dan fetus.
Panduan Pengambilan dan penghantaran
spesimen makmal veterinar
1)Spesimen Bakteriologi
Spesimen patut diambil dalam tempoh 24jam selepas kematian
Spesimen hendaklah dikirimkan dalam keadaan segar serta dingin didalam thermos berisi ais
Spesimen berupa cairan edema dari rongga badan, nanah atau exudates  boleh diambil dengan contoh swab, pippet atu sringe yang distril kemudian dihantar dengan bekas berisi ais
2)Spesimen Virologi
Alatan spesimen perlu disterilkan dulu dengan autoclave oven atau rebus jangan guna alcohol
Virus/ bacteria boleh lebih tahan lama jika spesimen dibekukan
Spesimen yang dikirim mestilah berada dalam keadaan segar serta didinginkan didalam thermos berisi ais
Spesimen perlu dihantar cepat beserta tanda-tanda klinikal untuk memudah kenal pasti penyakit
Spesiment darah dihantar dalam EDTA atau Heprin
3)Spesimen Serologi
Contoh darah diambil guna plain venoject ( tanpa antiagulant)
Dikirim dalam tempoh 24jam dibekukan atau didinginkan
Jika wabak penyakit adalah lebih baik dihantar serum berpasangan yang diulang 2 minggu kemudian
4)Spesimen Histopathologi
Spesimen perlu diambil secepat mungkin selepas ternakan mati
Kelambatan menyebabkan urai diri menggangu pembacaan menggunakan mikroscop
Contoh spesimen
Rumen, buah pinggang, hati, otak, kandungan perut (Spesimen dipotong 1-2cm dengan ketebalan 0.5cm dimasuk dalam 10% formalin) Kadar formalin ialah 10 kali isipadu spesimen.
5)Spesimen Mycologi
Spesimen diambil seperti dermatophytes perlu diambil bulu secara cabut saja atau cara skin scrapping yang dalam hingga keluar darah dihantar tanpa bahan pengawit
6)Spesimen Parasitologi
Contoh najis mestilah segar dan diambil daripada rektum dan bukan dari lantai supaya dapat dikenali ternakan man yang diambil
Pengambilan semple tinja
Mesti  diambil baru 10gram dari rectum guna glove atau plastik
Kaedah Ractal Pinch bagi ujian Bakterialogi johns atau salmonella hantar dalam ais (5°C) ke makmal dalam 24 jam
Jika lebih 24jam tambah sama isipadu 10% formalin tetapi ianya hanya untuk ujian parasitologi
 Pengambilan semple Ektoparasit
 Ektoparasit mestilah diawet dengan cara berikut:
1)Parasit yang dewasa, larva dan telur yang melekat pada bulu/ rambut hendaklah dimasaukkan dalam alkohol 70%
2)Kutu-kikisan kulit kedalam alkohol 70% atau formalin 5%
3)Hama/Mites diawetkan menggunakan alkohol 70% atau formalin 5%
 Pengambilan semple Endoparasit
1)Menyediakan calitan darah nipis, dikeringkan dan difikasi dengan Methanol.
2)Menyediakan calitan darah tebal untuk Microfilaria, surra
3)Najis diawetkan menggunakan Buffer Formalin 10% atau NACl 10%
4)Serangga bersayap diletakkan dalam botol tertutup setelah dibunuh menggunakan Benzene Chloorm, Ether atau Kalium Cynide.

5)Nematod dan tapeworm patut dibersihkan menggunakan air garam biasa( Normal Saline) dan disimpan dalam 70% Methylated Spirit
7)Spesimen untuk pemeriksaan klinikal Pathologi
Ini termasuk pemeriksaan hematologi, serum Chemistry dan air kencing
Contoh air kencing dihantar ke makmal didalam bekas berisi ais
Untuk Hematologi contoh darah dihantar dengan secepat mungkin
8)Spesimen untuk pemeriksaan Toksikologi
Spesimen patut mempunyai latar belakang, tanda-tanda penyakit hasil laporan Post Mortem
Organ boleh dihantar mengunakan 10% Formalin

Bagaimana Cara Pengambilan Contoh Spesimen
A.Pengambilan Semple Darah Ternakan
Pengambilan sample darah mengunkan Venoject tiub Pengambilan darah melalui vena ekor (coxygea).
Venoject tiub ada beberapa fungsi:
Tiub plain- Ujian Serologi/ Protozua
Tiub Heprin- Ujian Virologi
Trypsin ethylen diamin tetra acetic acid (EDTA)- Ujian Toksilogi dan ujian kehadiran parasit dalam darah


Ujian yang dijalankan
1.Hematoma
2.Kultur
3.Serologi

Spesimen yang diambil
1.Keseluruhan darah
2.Smear
3.Serum
4.Plasma
Ujian pada sample keseluruhan darah
1.Spesimen Virologi
2.Ujian hematology / Complete Blood Count ( CBC)
3.Diagnosis Protozoa darah / Thin Blood Smear
-Guna anti Coagulant (EDTA)
-Simpan dalam bekas sejuk
-Jangan dingin beku

Ujian sample serum
-Bagi ujian spesimen Serologi
-Guna Plain Tube biarkan darah Clot ( beku)
-Minima 1 ml
-Masukkan darah beku dalam bekas dan dihantar dalam keadaan sejuk
-Centrifuge dan asingkan darah beku dari serum dalam keadaan dingin beku
Ujian bagi sample Smear
-Tujuan mengesan Protozoa dalam darah
-Smear diatas Slide Microskop
-Keadaan kering dan dengan methanol

B.Pengambilan Semple Tinja  Ternakan
Ujian yang dijalankan
1.Parasitologi
2.Virologi
3.Bakterialogi
Cara pengambilan spesimen tinja adalah 
-Spesimen tinja perlulah segar baru diambil, anggaran 10grm
-Kaedah rectal pinch untuk ujian bakterialogi bagi penyakit Johnes dan Salmonela
-Hantar bungkusan dalam ais 5° C kemakmal dalam masa 24 jam
C.Pengambilan Semple Susu Ternakan
Ujian yang dijalankan ialah Bakterialogi
Cara pengambilan spesimen susu adalah
1.Cuci ambing susu ternakan dan asingkan aliran pertama
2.Dapatkan sekurang-kurangnya 10ml susu
3.Simpan dalam keadaan sejuk
4.Hantar secepat mungkin
D.Pengambilan Semple Urin/ air kencing Ternakan
Ujian yang dijalankan
1.Parasitologi
2.Bakterialogi
Cara pengambilan semple urin
1.Gunakan bekas yang disteril
2.Simpan dalam keadaan sejuk
3.Dapatkan sekurang-kurangnya 2mg/100ml toluene atau 5ml
4.Boleh gunakan Chloroform boleh digunakan sebagai pengawet
E.Pengambilan Semple kulit ternakan
Ujian yang dijalankan adalah Bakterialogi 
Ujian kultur bakteria
Cara pengambilan semple kulit
1.Kikisan lesi (bahagian abnormal)
2.Ambil cecair Vesicular
3.Simpan dalam keadaan sejuk
4.Juga boleh digunakan untuk diagnosis penyakit FMD
 F.Pengambilan Semple Rembesan / cecair lelehan Ternakan
Ujian yang dijalankan adalah Bakterialogi
Cara pengambilan semple dari cecair lelehan adalah
1.Gunakan swab kapas dibasah dengan medium perantaraan
2.Hantar ke makmal pada suhu 4° C
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment