Sunday, April 15, 2012

Penggunaan Pagar Eletrik (ELECTRIC FENCE)


Projek integrasi diantara tanaman kekal dan ternakan yang di wujudkan beberapa tahun lalu telah membuka mata kepada ramai peneroka mahupun penternak untuk mengesahkan dan menceburi projek ini secara komersial
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Penggunaan Pagar Eletrik
(ELECTRIC FENCE)
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Satu system yang lebih sistematik perlu diwujudkan demi keselarasan, kesejahteraan atau keharmonian diantara
-Tanaman kekal dan ternakan
-Peneroka dan pengurusan ladang
-Penternak dan masyarakat sekitar
-Pengurusan ternakan dan pengurusan ladang tanaman

Tujuan memperkenalkan pagar eletrik diprojek integrasi
-Supaya satu system perladangan yang baik dapat diwujudkan
-Kos yang murah dan efektif dapat menarik minat lebih ramai peneroka dan penternak
***Untuk keluasan kawasan 10 ekar, kos pagar eletrik mudah alih ialah diantara RM 1100.00 hingga RM 2400.00
-Ringan dan mudah alih dari satu plot ke plot yang lain
-Kawalan pergerakkan ternakan yang lebih efektif bagi ragutan berjadual jika pemilihan dan 1.pemasangan pagar dilakukan dengan betul
2.Kos yang rendah jika dibandingkan dengan pagar-pagar jenis tetap
3.Keselamatan ternakan lebih terjamin seperti kurangnya mendapat kesan luka-luka kawat duri, ternakan melompat keluar,merentas pagar, menghindarkan ternakan dari ternakan baja-baja dan juga racun rumput rampai
4.Menjimatkan tenaga buruh dimana bilangan pekerja Cuma seorang atau dua orang sahaja bagi tujuan pengendalian
5.Pengendalian ladang dari keluar dan masuk kedalam kawasan yang telah dipagar


Kebaikan
1.Kerja-kerja membaja dan meracun lebih mudah dilakukan
2.Ragutan bergilir-gilir dapat diwujudkan dimana dapat menghasilkan ternakan yang berkualiti tinggi ( kesihatan , tumbesaran dan lain-lain)
3.Sistem pembiakan bakaan dapat dikawal dan meningkatkan hasil ternakan yang berkualiti tinggi iaitu dimana dapat mengelak pembiakan sekeluarga
4.Kutipan hasil dari tanaman kekal lebih teratur atau terancang dapat meningkatkanpengeluaran hasil ladang
5.Tidak memerlukan kemahiran atau pengetahuan yang tinggi bagi mengendalikan pagar eletrik
6.Sangat fleksibel, dapat dipagar dengan mudah walaupun keadaan mukabumi yang tidak rata atau berbukit-bukau
7.Dapat menyekat pergerakan ternakan kekawasan jalan raya dan dengan ini dapat mengurangkan risiko berlakunya kemalangan jalanraya yang disebabkan oleh ternakan
8.Dapat meningkatkan ekonomi penternak atau peneroka

Faktor-faktor bagi memilih system pagar eletrik yang betul
-Keluasan tanah yang telah dipagar
-Panjang wayar yang perlu dipasang
-Jenis ternakan yang dipelihara
-Keadaan muka bumi iaitu yang kering kontang kurang berkesan jika dibandingkan dengan tanah lembab
-Cara pemasangan yang betul
-Cara memilih jenis enegizer yang tepat
-Bahan-bahan yang mesti menepati spesifikasi aliran eletrik dan penebat

Terdapat 2 Jenis Pagar Eletrik
1) Pagar Eletrik Mudah Alih
2) Pagar Eletrik Jenis Kekal

A)Peralatan Sistem Pagar Elektrik Mudah Alih


B)Peralatan Sistem Pagar Elektrik Tetap


Kompenen-kompenen Pagar eletrik jenis mudah alih
-Bateri basah 12 V
-Enegizer yang menggunakan kuasa bateri
-Poly wire yang disalut bersama wayar plastik dan wayar nikrom yang tahan karat dan ringan. -Mudah di gulung dan tidak mudah putus
-Tiang yang diperbuat dari besi kecil dan penebat plastik tahan dari haba dan air
-Voltmeter digunakan untuk memeriksa keberkesanan dan kebocoran arus pada pagar
-Panca bumi- Mesti diperlukan sekurang-kurang satu unit


Penggunaan pagar eletrik
Bateri boleh cas semula (13 plate, 12 Volt)
Tiang bertebat (1.5 m)
2 set polywire (500 m )
Penggulung wayar
Alat uji voltan
Pengecas




Satu set pagar eletrik cukup untuk kawasan seluas 4 ha (10 ekar) yang boleh memuat 100 ekor lembu. Saiz pedok bergantung kepada jenis dan kuantiti foraj yang ada.
Tiang polywire digunakan bagi setiap 30 m. Selain dari jenis yang ada dipasaran. Jenis lain juga boleh asalkan bukan dari bahan getah berkarbon
Semasa memasang pastikan polywire tidak menyentuh sebarang bahan pengalir karan.
Volt 4.5 Kv sudah mencukupi untuk mengawal ternakan.

Bilangan bahan yang diperlukan bagi keluasan seluas 10 ekar
-Enegizer yang sesuai- 1 unit ( hanya menggunakan 1 enegizer bagi setiap satu system)
-Tiang pagar (80 hingga 100 batang)
-Poly wire maksimum 4 gulung X 500 meter
-Rel- 1 unit bagi setiap gulung ( poly wire yang berukuran 500 meter)
-Volt meter –1 unit
-Panca bumi – 1 unit
-Bateri 13 plate- 2 unit ( 1 unit untuk digunakan dan 1 unit lagi untuk dihantar membuat charging)

Bagai mana pagar eletrik berfungsi
Arus eletrik tinggi yang dihasilkan oleh energizer perlu dasalur melalui terminal khas ke pagar yang telah sempurna dipasang. Energizer akan menghasilkan denyutan/ pulse setiap 1-2 saat sepanjang masa, setiap denyutan arus eletrik adalah diantara 3000 hingga 6000 volt Apabila ternakan tersentuh pagar yang mempunyai arus eletrik , arus eletrik akan memasuki ke bumi melalui badan ternakan yang akan balik (return) ke energizer melalui paip panca bumi dan terminal bumi Proses ini hanya mengambil masa lebih kurang 0.1 saat dan kejutan ataupun Shock akan berlaku pada waktu yang sama.Kejutan kuat ini akan memberi satu keadaan yang amat kurang selesa ataupun keadaan yang resah kepada ternakan , dengan ini ternakan akan cuba mengelak diri dari tersentuh pagar eletrik ini. Ternakan perlu tersentuh sekurang kurang 2-3 kali sebelum mereka benar-benar tahu wayar tersebut mempunyai arus eletrik.
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

16 comments:

  1. Sdra Afzainizam. Saya nak tanya kalau kebun 5 ekar di Batu Kikir, Kuala Pilah. Berapa kos semua siap pasang pagar elektrik (jenis kekal utk kambing/bebiri)? -Sahlan (0193125336)

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Berapa kah kos semua siap pasang pagar eletrik jenis boleh alih utk kebun tanaman kelapa sawit 6 ekar di kg chalok rahmat.setiu.terenggganu.dan kawasan tanah rata..iwan (0199898910)

    ReplyDelete
  3. salam..minta tolong call saya 0192254534 sbb sy tak nampak ada no untutk dihubungi...terima kasih

    ReplyDelete
  4. salam tuan.sy nak pagar utk kambing di tanah seluas dua ekar.mintak tunjuk ajar apa barang2 yg diperlukandan berapa unit...

    ReplyDelete
  5. tlg hubungi sy tuan 0126384579

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum. Tlg hubungi saya untuk pagar letrik 2 ekar. Berapa untuk semua peralatan termasuk tiang. Buleh whatsapps saya di 0123330371. Timokasih

    ReplyDelete
  9. Tlg hubungi saya untuk pasang kebun sawit muda(sebulan) 36 ekar...berapa kos

    ReplyDelete
  10. Tlg hubungi saya untuk pasang kebun sawit muda(sebulan) 36 ekar...berapa kos

    ReplyDelete
  11. Asalamualaikom. ...nak tanya kat mana boleh kita beli benda2 ni semua...shamsul 0196421314

    ReplyDelete
  12. Asalamualaikom. ...nak tanya kat mana boleh kita beli benda2 ni semua...shamsul 0196421314

    ReplyDelete
  13. Mohon jasa baik pihak tuan utk hubungi sy... 0192782373

    ReplyDelete
  14. brape kos keseluruhan siap seluas 5 ekar untuk pgr dr babi,lembu,kambing dan kera....wassaf saya 01133097920/01140512819

    ReplyDelete
  15. brape kos keseluruhan siap seluas 5 ekar untuk pgr dr babi,lembu,kambing dan kera....wassaf saya 01133097920/01140512819

    ReplyDelete