Thursday, March 15, 2012

Tanaman Rumput Ternakan



Rumput ragutan adalah merupakan sumber makanan utama bagi ternakan ruminan kerbau, kambing , lembu dan bebiri. Dengan adenya berbagai zat, maka kesihatan ternakan bergantung kepada zat-zat yang di perolehi dalam rumput.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tanaman Rumput Ternakan
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ciri Ciri Pastura yang diingini
-Hasil sepanjang masa ( kandungan bahan kering)
-Nilai zat yang tinggi, terutama kandungan proton kasar
-Mempunyai nilai penghadaman yang baik ( mudah dihadamkan)
-Tahan lasak iaitu tahan kepada keadaan yang buruk seperti kemarau dan ragutan berlebihan serta mudah pula dari segi penjagaan
-Kadar pembesaran dan pertumbuhan semula ( selepas potong atau diragut) yang cepat
-Kadar daun berbanding batang adalah tinggi
-Mudah bercampur dengan spesis lain terutama kekacang
-Berekonomik untuk di usahakan
-Lazat iaitu digemari oleh ternakan

Penyediaan Tanah
Sebelum kerja-kerja menyediakan tanah dijalankan:
1. Dibersihkan dari sebarang tumbuhan, batang-batang pokok, tunggul kayu
2.Perparitan perlu dibuat sekiranya kawasan berair
3.Rancangan teliti mendapat maklumat kesesuaian tanah/ struktur tanah
-Sumber air dari parit/ tasik kekerapan hujan
-Kerja-kerja pembersihan, bajak diawal musim kering
-Struktur daratanatau bukit

4.Proses penyediaan tanah
-Bajak piring- baliktanah membunuh rumpai
-Bajak sikat- memecah tanah
-Bajak piring kedua
-Membunuh saki baki rumpai dan memecah tanah kepada ketulan kecil
-Bajak putar / Harrow/ Rotovator- peringkat akhir sebelum menanam, memecah ketulan lebih kecil dan meratakan tanah.
-Semua dijalankan diawal musim kemarau

5. Kapur ditabur
-Hanya ditabur apabila kemasaman tanah rendah atau apabila kekacang ditanam bersama.
-Nilai pH tanah dikehendaki 5.0-7.0
-Kerja mengapur dibuat setelah tanah siap disediakan dan dilakukan 2 minggu sebelum menanam

6.Pembajaan
-Perlu dilakukan bagi memastikan hasil dan mutu pastura sentiasa tinggi.
-Pembajaan dilakukan (pembajaan permulaan) dibuat beberapa hari iaitu pada masa penanaman dilakukan.

7.Penanaman benih
-Dilakukan diawal musim hujan
-Boleh menggunakan Seed drill bersama biji benih,Irrigator atau Spinkler membantu pengairan air tanpa bergantung kepada hujan

Peranan jentera dalam penghasilan rumput ragut dan foder
Jentera digunakan untuk kerja-kerja berat yang memakan masa, mempercepatkan perjalanan, memudahkan sesetengah kerja yang dahulunya sangat payah dan memainkan peranan bagi kemajuan dari segi ekalan makanan ternakan.


Disk Plough / Bajak piring
kegunaan:
Proses bajak pertama
1.Menjadikan permukaan tanah Furrow Slice
2.Mematikan rumpai dan membalikkan tanah dan akar / batang kayu
Cara: Potong, Angkat, Balik Tanah
Pemasangan: 3Tp linkage / tarikan tractor

Rotovetor/ Bajak putar
Kegunaan:
1.Kembur tanah
2.Campur tanah dengan bahan organic ( baja)
3.Ratakan tanah/ haluskan tanah, kurang hakisan tanah, kawalan serangga
Pemasangan: 3Tp linkage /PTO
Kuasa: PTO Shaft

Harrow
Kegunaan:
1.Cincang Furrow Slice
2.Ratakan tanah
3.Kawalan rumpai
Cara: Cincang, rata & kawal
Pemasangan: 3Tp linkage / tarikan tractor

Spinner Broad Caster
Kegunaan: Tabur baja/ biji benih
Pemasangan: 3Tp linkage /PTO
Kuasa: PTO Shaft

Forage Harvestor
Kegunaan: Potong rumput ( 1 tan makanan ternakan)
Pemasangan: 3Tp linkage /PTO
Kuasa: PTO Shaft

Rotaslashers Service Cut
Kegunaan: Potong rumput
Pemasangan: 3Tp linkage /PTO
Kuasa: PTO Shaft/ tarikan tractor

Water Pump( Pum Air)
Kegunaan:
Memindah air dari tekanan rendah kepada tekanan tinggi
Operasi: Sedut, putar, pam keluar air
Pemasangan:3Tp linkage /Mudah alih PTO atau tetap
Kuasa: Enjin petrol/ diesel, PTO atau kuasa eletrik

2 cara menanam
1.Biji benih
2.Secara tampang

Biji benih
Ditabur dengan tangan atau penggunaan mesin
1.Seedavator
2.Speener Brot Caster dengan mencampurkan biji benih dan baja
3.Seed Drill

Kadar umum
-Biji benih rumput 3-6 kg/ hektar
-Biji benih kekacang 2-5 kg/ hektar
Jika pastura campuran ( rumput dan kekacang) nisbah kekacang haruslah tidak lebih 40% dari rumput


Keratan Tampang
Tampang dari keratan batang , Stolon, anak
Ciri-ciri pastura yang tidak berbunga atau bercambah
-Keratan batang ditanam ikut baris samada cucuk atau baring
-Atau Tabur rata dengan Rotovator ke dalam tanah
-Menanam menggunakan anak dilakukan pada rumput atau pastura yang tidak berbiji benih dan bukan dari jenis menjalar.


MASA PALING SESUAI UNTUK DIPOTONG ATAU DIRAGUT
la boleh dilakukan beberapa hari sebelum berbunga. Keadaan ini dapat dianggarkan iaitu apabiia sebahagian kecil dari rumput dipetak mula berbunga.
Untuk memudahkan pengurusan, boleh juga berdasarkan jangkamasa rehat di antara setiap pemotongan/ragutan, iaitu purata 4-5 minggu.

KADAR PEMBAJAAN PERMULAAN
Kadar secara umum bagi rumput tulin (tidak bercampur kekacang) ialah N:P:K = 60:30:30, iaitu 60 kg. Nitrogen/hektar : 30 kg. Phoshorus/ha : 30 kg. Kalium/ha.
Jika kawasan berkenaan adalah tanah baru dibuka, hanya baja phosphate perlu ditambah untuk menggalakkan pertumbuhan akar. Baja Triple Super Phosphate (TSP) dengan kadar 250 kg/ha. adalah mencukupi.
Untuk petak kekacang atau rumput bercampur kekacang, kadar pembajaan adalah P : K = 30 : 30

Berikut adalah kadar pembajaan pengurusan secara am yang disyorkan untuk beberapa bentuk pengurusan:
1. Rumput tulin - pengurusan secara ragutan: Kadar baja (kg/hektar/tahun) ialah 150 - 200 N (326-345 Urea), 40 - 60 P (199-298 TSP), 50-100 K (100-200 MP).
2. Rumput tulin - Pengurusan secara potong dan angkut: Kadar baja (kg/hektar/tahun) ialah 200 - 300 N (435-652 Urea), 40 - 60 P (199-248 TSP), 100 - 150 K (200-300 MP).
3. Rumput bercampur kekacang - Pengurusan secara ragutan: Kadar baja (kg/hektar/tahun) ialah 40 - 50 P (199-248 TSP), 50 - 100 K (100-200 MP).
4. Rumput becampur kekacang - Pengurusan secara potong dan angkut: Kadar baja (kg/hektar/tahun) ialah 50 - 60 P (248-298 TSP), 150 - 200 K (300-400 MP).
5. Petai Belalang / Ipil-ipil : Kadar baja (kg/hektar/tahun) ialah 40 - 60 P (199-298 TSP), 50 - 100 K (100-200 MP).
Penggunaan semula najis ternakan dan air basuhan kandang adalah baik dan sangat digalakkan.

Setiap hari, ternakan anda meffiedukan pastura/foder segar sebanyak 10% daripada berat badan mereka.
Sebelum diberi kepada ternakan, foder boleh dipotong-potong pendek menggunakan mesin mencincang foder (forage chopper).

Purata hasil bahan kering beberapa jenis pastura/foder yang dipotong pada setiap 6 minggu adalah seperti berikut:
Rumput Signal = 25.5 Purata Hasil Bahan Kering (tan / hektar / tahun)
Rumput Para = 12.1 Purata Hasil Bahan Kering (tan / hektar / tahun)
Rumput Guinea - cv. Colonio = 18.6 Purata Hasil Bahan Kering (tan / hektar / tahun)
Rumput Guinea - cv. Hamil = 17.6 Purata Hasil Bahan Kering (tan / hektar / tahun)
Rumput Napier - Local = 23.2 Purata Hasil Bahan Kering (tan / hektar / tahun)
Rumput Napier - Uganda = 16.9 Purata Hasil Bahan Kering (tan / hektar / tahun)
Rumput Slendida = 17.6 Purata Hasil Bahan Kering (tan / hektar / tahun)
Rumput Kazungula = 18.2 Purata Hasil Bahan Kering (tan / hektar / tahun)

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

1 comment: