Saturday, November 26, 2011

Baka-baka Anjing Terhad ( Restricted Dog)


Anjing yang kebiasaannya dilatih untuk menjalankan tugas-tugas tertentu seperti anjing tentera, Polis, Kastam atau Pengawal. Haiwan ini bertindak berdasarkan arahan tertentu. Segelintir dari baka ini tidak dilatih tetapi sifat semulajadi menurut kata serta setia kepada arahan pemilik. Justeru itu anjing tersebut tergolong dalam kategori ini dimana anjing-anjing ini tidak dipelihara sebagai haiwan kesayangan tetapi untuk mengawal harta persendirian atau individu dan juga anjing tugasan ( working dog )

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Baka-baka Anjing Terhad ( Restricted Dog)

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬



Alaskan Malamute
Negara asal : Amerika Syarikat
Ketinggian: 58-71 cm
Berat: 39-57kg
Perilaku: Aktif, bersemangat

Alaskan Malamute suatu baka yang staminanya tinggi untuk kelajuan seperti kebanyakan baka anjing yang lain.. Bulunya tebal mebolehkan memberi perlindungan dirinya . Warna bulu berbeza -beza iaitu kelabu terang , agak hitam gelap, warna keemasan dan seakan warna merah hati. baka ini dinamakan sempena puak Mahemut ( orang Inuit) yang tinggal di kawasan barat laut Alaska. Mereka hidup secara berpindah randah dan anjing ini digunakan untuk menarik serta mengangkat barangan milik mereka dari satu tempat ke tempat lain.Berdasarkan kepada saiz dan kekuatan yang dimilikinya.Baka ini mengekalkan sifat semula jadi yang agrasif apa bila bersama anjing lain. Tetapi manja dan penyayang terhadap manusia yang menjaganya..



American Staffordshire Terrier
Negara asal : Amerika Syarikat
Ketinggian: 43-48 cm
Berat: 18-23kg
Perilaku: Bijak

American Staffordshire Terrier kelihatan seperti Stafford Bull Terrier iaitu asal usul keturunanya tetapi ianya lebih tinggi, berat dan besar. Anjing ini sangat kuat tetapi tidak merbahaya kepada manusia. American Kennel Club telah mengiktiraf baka ini sebagai baka yang lain/ terpisah pada tahun 1936



Dogue de Bordeaux / French Mastiff
Negara asal: Perancis
Ketinggian: 58-69cm
Berat: 36-45kg
Perilaku: Berani

Dahulu kala berasal dari Stok Mastiff, Dogue de Bordeaux merupakan baka yang sangat kuat, mempunyai struktur muka dan kepala yang melengkung. Kepalanya mungkin sebagai terbesar dalam golongan canine.. Pembiakbakaan secara teliti telah menstabilkan baka anjing ini. Sebuah program pembiakbakaan khas telah diwujudkan pada tahun 1960an



Estrela Mountain Dog / Coa da Serra da Estrela
Negara asal: Portugal
Ketinggian: 62-72 cm
Berat: 30-50kg
Perilaku: Setia, aktif

Dua jenis bulu khusus dikaitkan dengan Estrela Mountain Dog. Bulu yang lebih panjang dan lebat berbanding dengan bulu yang sama tetapi lebih halus. Saiz yang besar dan salakan yang kuat boleh menjadikan anjing ini sebagai lawan yang hebat tetapi lazimnya merupakan anjing yang mesra. Baka ini dinamakan sempena wilayah Estrela yang terletak di Protugal tengah.. Baka ini digunakan sebagai penjaga ternakan haiwan. Merupakan anjing yang tidak mempamirkan
nalurinya. Sepertimana baka lain anjing ini perlu menjalani latihan padu..



German Shepherd Dog/ Deutsher Scaferhund, Alsatian
Negara asal: Jerman
Ketinggian: 57-62cm
Berat: 34-43kg
Perilaku : Bijak

Ciri fizikal badan yang agak memanjang dan susuk tubuh yang tegap, German Shepherd Dog adalah baka yang paling popular di dunia. Banyak digunakan dalam pelbagai situasi seperti operasi mencari, menyelamat dan membimbing orang buta. Baka German Shepherd Dog pertama kali di pamerkan di sebuah pertunjukan di Hanover, Jerman pada tahun 1882.



Groenendael / Chien de Berger Belge
Negara asal: Belgium
Ketinggian: 56-66cm
Berat: 28 kg
Perilaku: Patuh, Setia

Berbulu hitam merupakan ciri mudah untuk membezakan Groenendael dengan 3 baka yang lain ianya diklasfikasikan dibawah anjing Belgian Shepherd. Anjing ini mempunyai ciri-ciri yang hampir sama tetapi berlainan dari segi warna dan bulu panjang. Di Amerika Syarikat Groenendael merupakan satu-satunya baka yang dianggap sebagai Belgian Shepherd, Tuervuren dan Mallinois sebagai baka yang berbeza di bawah nama masing-masing.



Malinois
Negara asal: Belgium
Ketinggian: 56-66cm
Berat: 28kg
Perilaku: Patuh, Setia

Malinois merupakan satu-satunya anjing belgian shepherd yang berbulu pendek. Baka ini dikatakan baka tertua yang berasal dari kawasan sekitar Malines di Belgium. Baka ini memperoleh warna dewasa sepenuhnya apa bila mencapai umur 18 bulan.



Miniature Bull Terrier
Negara asal: Great Britain
Ketinggian: 25- 35 cm
Berat: 11-15 kg
Perilaku: Berani

Miniature Bull Terrier ialah versi baka yang terkecil dalam keluarga Bull Terrier. Kepalanya hampir rata pada bahagian atas dan melengkung ke bawah hingga ke bahagian muncung. Baka ini banyak digunakan pada era 1800an.
Miniature Bull Terrier mesra ketika bersama manusia , namun sebaliknya apabila berada di dalam kelompok anjing lain.



Neapolitan Mastiff / Mastino Napoletano
Negara asal: Itali
Ketinggian: 65-75cm
Berat: 50-68 kg
Perilaku: Pelindung, Sentiasa berjaga-jaga

Neapolitan Mastiff mempunyai pergerakan yang perlahan, berat, gaya berjalan seakan-akan beruang, kepalanya juga sangat besar. dari bahagian kepala kulit yang berlipat-lipat ( dewlaps) di bahgian leher yang kelihatan multi-chinned dan dagu berlapis. Walaupun mempunyai perilaku agresif dalam pertarungan anjing, baka ini sebenarnya tenang dan mesra terutama pada orang yang dikenalinya. Keturunan baka ini mungkin berasal dari baka Molossus semasa pemerintahan Roman. Kekuatan yang hebat digunakan untuk petempuran dan ada juga digunakan sebagai anjing pengawal .



Rafeiro do Alentejo / Portuguese Watchdog
Negara asal: Portugal
Ketingian : 76cm
Berat: 43-50kg
Perilaku: Sentiasa berjaga-jaga, berdikari

Rafeiro do Alentejo mempunyai badan seperti St. Bernard tetapi kepala seperti beruang. Merupakan baka terbesar bagi baka-baka Portuguese dan anjing yang mengerunkan. Baka ini berasal dari wilayah Alenejo bahagian selatan Portugal. Spanish Mastiff mungkin menyumbang kepada keturunan baka ini, begitu juga dengan Estrela Mountain Dog. Anjing ini mempunyai sifat agrasif semula jadi dan sifat berdikari yang jelas.



Rottweiler
Negara asal: Jerman
Ketinggian: 58-69cm
Berat: 41-50 kg
Perilaku: Pelindung

Mempunyai kekuatan dan otot yang kuat dan baka ini tenang, expresi yang berkeyakinan. Baka ini dibangunkan di Rottweil, Jerman digunakan sebagai penunjuk arah dan penjaga ternakan. Pada masa ini Rottweiler merupakan salah satu daripada lima baka paling popular di Amerika Syarikat. Baka ini mempunyai naluri yang kuat dan akan berkelakuan ganas apabila di ganggu.



Staffordshire Bull Terrier
Negara asal: Great Britain
Ketinggian: 36- 46cm
Berat: 11-17kg
Perilaku: Berani, mempunyai keingnan yang sangat tinggi

Baka Staffordshire Bull Terrier yang mempunyai bulu yang licin mengambarkan kekuatan dan ketangkasan yang dimilikinya. Warna bulunya mempunyai pelbagai jenis. Baka ini berasal dari Staffordshire, England dan keturunannya menunjukkan kacukan dengan baka Bulldog dan beberapa baka Terrier yang lain.. Walaupun dibiak asalnya untuk anjing pertarungan, namun ketaatan dan kesetiaan adalah terbukti.



Tervuren/ Belgian Tervuren, Chien de Berger Belge
Negara asal: Belgium
Ketinggian: 56-66cm
Berat: 28kg
Perilaku: Patuh, Setia

Tervuren tergolong dalam kumpulan anjing Belgian Shepherd yang serupa dengan Groenendael namun berbeza dari segi warna bulu. Bagi membezakan rupa, fokus lebih tertumpu kepada warna dimana warna bulu Tervuren adalah lebih gelap di hujung yang boleh dilihat daripada belakang, sisi badan dan bahu terutama pada jantan dewasa. Tervuren betina mempunyai bulu yang lebih pendek.

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

3 comments: