Friday, July 29, 2011

Penternakan Kambing Tenusu


Susu Kambing..
Susu kambing merupakan makanan semulajadi hampir kepada makanan sempurna yang berkhasiat dan penuh dengan kesegaran. Kandungan kalsium dan vitamin yang tinggi dan kurang laktosa berbanding susu ternakan domestik yang lain. Struktur kimianya adalah bersamaan dengan susu ibu.

* Tanpa bahan pengawet dan segar dari ladang.
* Telah menjalani proses pempasteuran dan homogenasi.
* Diproses menggunakan teknologi pemprosesan susu terkini.
* Mudah dihadam kerana globul lemaknya lebih kecil.
* Kaya dengan protein, enzim dan vitamin A.
* Dipercayai mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah

Diperakui oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu kambing mampu mengubati
- Demam Kuning
- Eczema (Penyakit Kulit)
- Gastrik
- Athma (Lelah)
- Insomnia
- Ulcer
- Hepatitis A
- Menambahkan selera makan (kanak-kanak)
- Blue Babies (Kecacatan Jantung Bayi)
- Sakit Jantung (peringkat awal)
- Penyakit Buah Pinggang
- Memulihkan tenaga batin
- Perawatan kulit (Ultraviolet)
- Mudah dihadam kerana globul lemaknya lebih kecil

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Garis Panduan Amalan Penternakan
Kambing Tenusu Yang Baik

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

-Amalan penternakan yang baik memastikan kualiti dalam semua aspek penternakan. Ini akan meningkatkan keyakinan pengguna terhadap end product iaitu susu kambing
-Lokasi ladang dan infrastruktur
Ladang hendaklah ditempatkan tidak kurang 0.5 km dari sebarang rumah kediaman
-Kawasan persekitaran ladang perlu dipagar, jarak antara kandang kambing dan pagar mestilah tidak kurang 10 m
-Jarak antara system pengolahan sisa dan pagar juga mestikurang dari 10 m
-Kemudahan seperti bilik rehat pekerja tandas dan pejabat dibina 60 m dari pejabat


-Bekalan foraj dan kosentrat
Kosentrat yang diperolehi dan dikeluarkan dari stor direkod mengikut batch
-Amalan system FIFO dipraktik di ladang
Pastura dan foraj di selia dengan baik

PEMBINAAN KANDANG
Kandang boleh dibuat di atas tanah ataupun secara berlantai. Pembinaan kandang yang berlantai tinggi dari tanah adalah disyorkan kerana mempunyai sistem pengedaran udara yang baik dan juga senang dicuci.

Lantai
* Di dalam pembinaan kandang, lantai yang dibuat hendaklah:
* tahan lama - misalnya tahan dari semburan bahan kimia dan air kencing
* mudah dicuci
* tidak licin
* tidak mencederakan
* tidak mudah lembab
* Lantai hendaklah dibuat dari bahan yang sesuai seperti beroti yang berukuran 1.5 s.m. (tebal) dan 3.5 s.m. (Lebar), buluh atau batang pinang yang dibelah, anak-anak kayu dan juga papan biasa. Supaya kencing dan najis senang jatuh ke bawah, kayu atau papan lantai diatur dengan jarak 1.2 - 1.8 s.m. tiap-tiap satu. (Jika terlampau luas berkemungkinan kaki anak kambing akan tersepit).
* Luas kawasan lantai untuk satu ekor kambing dewasa ialah di antara 0.7 - 1.4 meter persegi (8 - 15 kaki persegi).




Dinding
* Dinding hendaklah dibuat dari bahan yang tahan lasak. Ini adalah kerana kambing mempunyai tabiat suka menanduk, menggigit dan menggeser dinding. Bahan-bahan yang boleh digunakan ialah buluh, kayu bulat (kayu hutan) dan papan.
* Dinding boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
* Dari lantai sehingga kira-kira 1 m ke atas boleh dibuat daripada papan, dengan jarak yang lebih rapat antara 1.5 - 2.0 s.m. yang memerlukan ruang yang agak tertutup untuk mengelakkan kesejukan.
* Di atasnya boleh digunakan kayu beroti, buluh atau nipah dan anak-anak kayu. Jaraknya di antara satu dengan yang lain 9 - 12 s.m.

Palung Makanan

Palung makanan boleh dibuat sama ada di bahagian luar ataupun bahagian dalam iaitu di sepanjang jalan tengah. Lebar palung bahagian bawah ialah 0.3 m dan 0.45 m di bahagian atas. Bagi kandang yang tiada palung makanan, rumput boleh diikat atau digantung di tengah-tengah kandang kira-kira 0.5 m dari paras lantai. Bekas abuk (konsentrat) boleh dibina di bawah palung rumput atau di mana-mana tempat di dalam kandang atau diisi di dalam besen. Air yang cukup dan bersih hendaklah disediakan di dalam baldi atau besen.

Bagi merendahkan kos membina kandang kambing, bahan-bahan digunakan mestilah murah dan tahan lama. Sumber-sumber asli seperti buluh, kayu bulat, nipah rumbia dan sebagainya boleh juga digunakan. Kambing memerlukan ruang lantai 0.7 - 1.4 meter persegi ( 8 - 15 kaki persegi) untuk seekor. Kandang untuk penternakan secara komersil memerlukan kos yang tinggi.

Keluasan untuk seekor kambing hanya 4’X2’ biasanya dengan keluasan 10’X10 dapat memuatkan 15 ekor kambing.

Pengurusan ternakan
Pembiakan
-Campurkan baka jantan dan betina dengan nisbah 1: 15. Umur bibit betina 14 bulan dan penjantan 18 bulan
-Kesan ternakan bunting pada peringkat umur kebuntingan 3 bulan
Ternakan yang tidak bunting di buat pemeriksaan dan rawat asing singkir ternakan tak ekonomik utk kelhiran anak

CARA PEMBIAKAN

I. Pembiakan boleh diadakan dengan dua cara iaitu:
· membiak dengan menggunakan baka jantan
· membiak melalui permanian beradas

Di antara kebaikan yang boleh didapati melalui permanian beradas adalah:
· dapat mengawal penyakit kelamin pada ternakan
· kegunaan sepenuhnya baka-baka terpilih
· air mani dari baka yang baik boleh disimpan dan digunakan walupun baka tersebut telah mati
· mengurangkan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung dalam pemeliharaan baka-baka jantan

II. Disamping kebaikan dalam menjalankan pembiakan melalui permanian beradas, kesulitan yang mungkin timbul adalah:
· penentuan biang dan waktu permanian
· menentukan teknik-teknik semasa menyuntik air mani adalah betul
· boleh menyebabkan kerosakan pada alat peranakan jika teknik dilakukan tidak betul atau kasar
Buat masa ini pembiakan dengan menggunakan baka adalah disyorkan kerana permanian beradas bagi ternakan kambing masih belum digunakan secara meluas

Umur dan Berat Badan Untuk Mula Membiak
Kambing akan mula membiak apabila mencapai umur sembilan bulan. Namun begitu, pada umur ini, perkahwinan adalah tidak disyorkan kerana terlalu muda. Besar kemungkinan ianya tidak akan menghasilkan anak yang baik. Anak-anaknya nanti kebiasaannya kecil dan bantut. Umur yang biasa digunakan untuk membiak adalah di dalam lingkungan 1 tahun - 1 1/2 tahun di mana berat badan adalah di dalam lingkungan 20 - 25 kg. Pemberian makanan mempengaruhi tahap umur kematangan.

Pengenalan Berahi
Berahi menunjukkan betina sudah matang dan boleh dikahwinkan. Tanda-tanda berahi:
· tidak tenang (gelisah)
· mengibas-ngibaskan ekor dan menggosok-gosok badan ke kandang
· mengembek terus menerus
· sering kencing
· kemaluan membengkak/keluar lendir kemerahan
Lama masa berahi 12 - 48 jam dengan siklus (edaran) berahi 18 - 24 hari, puratanya 20 hari.

Jangka Masa Bunting
Tempoh kebuntingan kambing adalah selama antara 145 - 155 hari atau puratanya 151 hari. Mengikut perkiraan kasar, tarikh kelahiran anak-anak kambing dapat ditentukan dengan menggunakan carta di bawah ini:
Carta ini dibuat berdasarkan waktu bunting selama 150 hari (purata).

Jarak Kelahiran

Jarak kelahiran yang biasa didapati pada kambing-kambing di Malaysia adalah selama di antara 207 - 259 hari. Dengan kadar kelahiran kembar sebanyak 50% adalah dijangka purata anak yang boleh diperolehi dalam setahun ialah 1.3 atau 1.5 ekor untuk seekor ibu.


Kelahiran
-Asing ternakan bunting berat (peringkat bunting 5 bulan) dalam kandang khas
-Jalankan pemerhatian /pengawasan selepas terdapat tanda kelahiran (jangkaan 3 jam selepas tanda akan berlaku kelahiran)
-Biarkan kelahiran secara natural beri bantuan kepada kelahiran yang bermasalah (dystokia)
-Rawat tali pusat anak yang baru lahir
-Pastikan anak menyusu induk selepas 1 jam utk keperluan kolostrum dan biarkan anak bersama induk untuk tempoh tiga bulan hingga cerai susu
-Induk dikawinkan semula 45 hari-60 hari selepas melahirkan anak
-Rekod kelahiran



Pengendalian Susu
Pemerahan susu
-Jalankan ujian Califonia Mastitis Test bagi langkah pengesanan awal
-Bersihkan ambing susu mengunakan air dan keringkan
-Pasang teat cup dan proses pemerahan berjalan dengan pengawasan
-Selepas pemerahan selesai celup putting menggunakan iodine
Pempasteuran
-Susu mentah yang baru diperah disalurkan terus ke tangki Pasteur
-Proses pempasteuran dijalanan menggunakan suhu 64.8 selama 25 minit

Penyejukan
-Selepas Proses pempasteuran, susu dibiarkan sejuk ke paras 35°C selama 30 minit dan dipindaah ke tangki penyejuk
-Suhu dibiarkan turun kepaada 2 untuk proses selanjutnya

Pembotolan
-Proses pembotolan dijalankan secara manual, susu dibotolkan dan penimbangan dilakukan bagi memastikan jumlah isipadu adalah betul. Botol di tutup dan disealkan dengan plastik sealer

Label
-Label yang di gunakan adalah ditempah dan mempunyai nama syarikat, jenama, tarikh pelupusan, tarikh dikeluarkan, alamat syarikat dan kandungan susu.

Penyimpanan
-Susu yang dibotolkan disimpan didalam bilik penyejukan
-Rak khas yang tinggi 15 kaki dari paras lantai di sediakan bagi menempatkan susu tersebut
Suhu bilik penyimpanan adalah dibawah 4°C

Cerai susu dan pembesaran
-Asingkan anak berumur 3 bulan ke kandang pembesaran serta beri tanda pengenalan
( ear tag)
-Rekod pengenalan didaalam borang kelahiran.
-Asing anak jantan dan betina. Setiap pen dimuatkan20 ekor
-Beri makan rumput secara potong angkut dangoat pellet pada waktu malam
-Lepaskan ternakan pada waktu siang.
-Asing singkir
-Jalankan program asing singkir setiap tahun, atas alas an seperti berikut
a)Kecacatan fizikal ( kemalangan atau semula jadi)
b)Tidak produktif ( mandul)
c)Berpenyakit
Rujuk laporan makmal utuk status kesihatandan rekod kelahiran untuk pastikan pruduktif
Ternakan yang disingkir dijual atau dihapuskan mengikut kesesuaian

Pengenalan Ternakan
-Sistem pengenalan ternakan memudahkan program pegesanan dan rawatan serta pengurusan ternakan untuk mengenalpasti individu yang yang diperingkat rawatan antibiotik untuk mengelak residu antibiotik
-Sistem pengenalan digunakan pada anak-anak kambing setelah cerai susu, induk betina dan baka jantan

Biosekuriti
-Sebagai langkah keselamatan, keseluruhan kawasan ladang dipagar menggunakan Chain link setinggi 4 kakidan ditambah 2 line biasa di atas. Pagar ladang harus diselenggara dengan baik. -Hanya satu pintu masuk ke ladang disediakan dan sentasa tertutup.
-Pencelup tayar kenderaan seluas 8 kaki X 10 Kaki X 1 kaki dalam dibuat daripada konkrit dan disediakan dipintu masuk ladang. Bahan kimia yang digunakan adalah saada iodohpors, Quantenery Ammonium Compound atau klorin. Tukar bahan pencelup setiap minggu.
Pencelup kaki kekal disediakan di setiap pintu masuk kandang dibina daripada konkrit dengan keluasan 3 kaki X 4 kaki X 6 – 8 inci dalam bahan kimia yang digunakan adalah sama seperti pencelup kenderaan
-Setiap pekerja mestilah mempunyai tahap kesihatan yang baik. Pemeriksaan perubatan dilakukan sekurangnya sekali setahun. Pekerja disediakan kelengkapan khas seperti pakaian dan gum boot
-Ternakan yang baru sampai diletakkan dalam kandang yang berasingan
Kebersihan persekitaran dijaga, rumput disekitar kandang dan pejabat perlu dipotong 2 minggu sekali. Sisa makanan hendaklah dibuang dan dibersihkan setiap hari pelupusan sampah dan sisa hendaklah dilakukan sempurna
-Elak meminjam peralatan atau kenderaan daripada ladang lain menyemak prosedur bioskuriti dan kemudahan yang disediakan secara berkala untuk tentukan keberkesanannya
Peralatan dan perkakasan
-Bekas makanan dan bekas minuman diselengaraa dengan baik. Bilangan bekas makanan dan minuman adalah sesuai dengan posisi dan bilangan ternakan. Bekas makanan dan minuman ini diperbuat daripada PVC untuk memudahkan penyucian.
-Tangki menyimpan air dibuat daripada bahan yang tahan karat seperti Polytank dan mesti bertutup. Penimbang mestilah sentiasa mengikut standart yang ditetapkan. Mesin pemotong rumput perlu disediakan . Pam air bertekanan tinggi adalah perlu untuk tujuan penyucian kandang.

Perolehan baka ternakan
-Beli baka ternakan daari ternakan yang bebas dari penyakit ( brusellosis dan turbeculosis ) bagi mengenal pasti ladang tersebut jalankan Quality Assurance for Supplier
-Rekod nama ladang , nombor pengenalan ternakan dan semak rekod rawatan. Dapatkan salinan sijil kesihatan dan lain-lain dokumen yang berkaitan
-Sekiranya tiada rekod dari ladang pembekal, susu tidak akan dicampur dalam pemprosesan selama 4 hari
-Nombor pengenalan yang tertanggal atau hilang perlu diganti
Sekiranya memerlukan rawatan ubat cacing atau suntikan vaksin, Pembekal atau syarikat tersebut mestilah memaklumkan rawatan dan suntikan dilakukan sebelumnya , jenis ubat, tarikh pemberian, tempoh bebas kesan (Withdrawal period)

Program Kesihatan
-Pembasmian penyakit seperti Brusellosis, Tubeculosis, Meliodosis dan Caseous Lymphadenitis .
Rawatan kes mastitis, rawat terus hingga pulih
Beri tanda pengenalan ternakan yang diberikan rawatan, rekod dan susu diperah sehingga tempoh withrawal selesai.

Kambing yang sihat kelihatan:
Cergas, berselera maka, suka berkumpulan, bulu berkilat, kulit licin, tahi keras dan badan berisi
Kambing berpenyakit nampak monyok, tak lalu makan, mengasingkan diri, sering mengembek, bulu kering dan meremang, tahi ceret serta badan kurus
Antara penyakit yang biasa menyerang kambing ialah:


Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks.

4 comments:

  1. dulu pernah buat satu kertas kerja sebagai assignment rasmi one of subject di universiti...susu kambung sebenarnya sedap walaupun ramai yg tidak suka, dan agak mahal..

    jemput ke sini http://eddysyrol.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. boleh bg anggaran kos utk buat kandang kambing, pemerah susu kambing dan harga kambing induk jantan dan betina ? terima kasih.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete