Permanian beradas (Artificial Insemination) ialah suatu cara pembikan ternakan di mana lembu betina sewaktu datang berahi dikahwinkan tanpa menggunakan lembu jantan tetapi secara suntikan mani beku. Mani beku ini diperolehi dari baka-baka jantan terpilih dan bermutu tinggi.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Permanian Berhadas Lembu / Kambing
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Kebaikan-kebaikan yang diperolehi
-Dianggarkan sebanyak 30,000 suntikan melalui air mani beku dapat dihasilkan dari seekor lembu baka.
-Pengendalian permanian beradas adalah amat mudah serta cepat. Ianya dapat dilakukan ditempat yang jauh yang tiada terdapat lembu-lembu baka yang sesuai
- Mengelakkan penggunaan lembu baka yang bermutu rendah dan kurang libido
- mengurangkan , mengawal perebakan penyakit berkaitan dengan pembiakan seperti vibrosis, Trichomoniosis, brucellosis, Metritis dan penyakit kelamin lain
-Mani beku disimpan didalam nitrogen cecair dan tahan bertahun-tahun dimana penggunaannya boleh dilaksanakan bila-bila masa yang diperlukan walaupun lembu tersebut telah mati
- Boleh mengelakan kecederaan pada lembu betina disebabkan saiz atau kerakusan lembu-lembu jantan
-Mani beku terjamin dari segi mutu dan bebas dari sebarang penyakit
- Senang untuk menyimpan rekod dan penganalisaan baka
Biasanya seekor lembu betina mencapai taraf baligh bila berumur dalam lingkungan 18 bulan. Tindakan hormon pembiakan seperti Follicular Stimulating Hormone ( FSH), Leutanizing Hormone (LH) akan memberi rangsangan kepada terjadinya berahi (On Heat) dan ovulation kepad lembu tersebut.Bagi setiap seekor lembu betina jangka masa bagi satu-satu lingkaran nafsu berahi ialah diantara 18 -24 hari. Ianya akan berulang lagi selepas tempuh ini sekiranya ternakan tidak bunting. Proses ini akan bermula semula selepas ianya melahirkan anak dan akan berterusan hingga ke peringkat umur tua
Perlunya mengesan pusingan berahi
Adalah mustahak bagi penternak mengetahui lembu yang betul-betul tiba pusingan berahi. Penternak mesti mengesan sekurang-kurangnya 2 kali dalam sehari. Adalah lebih senang jika lembu-lembu dilepaskan di padang ragutan bagi mengesan berahi. Kalau diikat sudah tentu lembu tersebut tidak dapat memanjat diantara satu dengan yang lain..
Tanda tanda berahi
-Gelisah dan mengembek
-Nafsu makan berkurangan
-Suka memanjat lembu/ kambing lain
-Kerap berdampingan dengan bebiri jantan
-Kemaluan membengkak dan kemerahan
-kerap terkencing
-Keluar cairan/ lendir dari kemaluan
-Suka mengoyangkan ekornya
-Rela dirinya dipanjat dan dikahwini
-Apabila dijalankan pemeriksaan ( Rectal examination) bahagian rahim keras dan tegang
Ada kalanya lembu berahi tidak akan menunjukkan sebarang tanda ( Silent heat) perkara ini boleh diatasi dengan menggunakan lembu jantan yang telah dikasi ( Vassectomised) sebagai teaser atau pengesan
Jangkamasa Berahi
Jangka masa berahi ini wujud selama 24 jam. Lembu yang sihat dan tidak bunting akan datang biang tiap-tiap lebih kurang 21 hari..
Pada umur berapa lembu patut dibiakkan?
Dengan penjagaan sempurna anak-anak lembu akan bersedia untuk dibiak dengan cara permanian berhadas apabila umur antara 15-18 bulan.Jika lembu dara (heifer) yang masih muda mesti mempunyai berat badan 200kg. Jika bentuk badan masih kecil , mungkin kelak akan timbul masalah semasa bunting dan ketika hendak beranak.
Pastikan lembu tersebut tidak bunting Tuan punya ternakan mungkin tahu jadi keterangan yang lengkap perlu diambil dari tuan punya ternakan sebagai pengesahan.. Cara yang praktik untuk menentukan sama ada lembu tersebut bunting atau tidak , perlu melakukan pemeriksaan kesuburan dengan merasa kedua –dua tanduk rahim. Jika salah satu tanduk rahim tersebut besar dari satu lagi jangan suntik lembu itu. Kemungkinan lembu tersebut telah bunting.
Waktu suntikan
Jika tanda pada sebelah pagi permanian dibuat di sebelah petanghari tersebut dan jika tanda tersebut dilihat pada sebelah petang permanian akan dilakukan pada awal pagi esoknya. Masa yang diambil oleh sperma untuk sampai ke ovum sesingkatnya ialah 2 ½ minitdari waktu ia disuntik. Jangkamasa hidupnya ialah 24 jam masa yang diambil sperma menyesuaikan diri dalam saluran ovari adalah 6 jam sebelum ia berfungsi dalam persenyawaan. Untuk mendapat kejayaan dalam rancangan permanian berhadas ini lembu-lembu betina hendaklah disuntik sekurang-kurangnya 60 hari selepas melahirkan anak.
Perkara penting
Sediakan tempat yang sesuai dimana lembu boleh diikat dan pemeriksaan boleh dilakukan. Sebaik-baiknya sediakan pasung bagi tujuan permanian berhadas tersebut
Pemeliharaan air mani beku
Air mani beku selalunya disimpan didalam tangki nitrogen dimana satu pengawasan yang teliti perlu diambil bagi menjamin yang disimpan itu adalah didalam keadaan baik dan memuaskan
Perkara yang perlu diambil perhatian ialah
-Straw- straw mestilah disimpan paras nitrogen cecair
-Peperiksaan paras nitrogen mestilah dibuat 2 hari sekali
-Airmani beku yang berlainan jenis mesti disimpan didalam gobelet dan corong yang berasingan dan hendaklah dicatit dengan terang dan betul
- Tangki untuk kegunaan luar mestilah mengandungi air mani beku yang mencukupi untuk kegunaan 2 hingga 3 hari
-Apabila hendak mengeluarkan straw-straw daripada corongnya ( canister) corong itu hendaklah boleh diangkat hingga kemulut tangki dan mesti dilakukan dengan cepat iaitu dalam masa kurang 5 saat.
-Jika Straw yang berisi mani beku itu dikeluarkan dari nitrogen cair dan di dedahkan keudara dari 2 atau 3 saat. Ia mesti digunakan dan tidak boleh dimasukkan semula ke dalam tangki.
Teknik suntikan
Teknik yang digunakan ialah recto-vaginal methods.
-Dalam cara ini sebelah tangan penyuntik samaada kiri atau kanan digunakan untuk masuk melalui dubur ( rectum) untuk memegang bahagian-bahagian organ peranakan ( Cervic). Terlebih dahulu sejenis bahan pelicin disapukan pada sarung tangan yang hendak digunakan. Bahan pelicin tersebut disapukan terlebih dahulu pada bahagian luar dubur sebelum memasukkan genggaman tangan ke dubur .. korek dan keluarkan sebahagian tahi yang terdapat didalam usus besar..Kemutan akan dapat dirasa setelah tangan dimasukkan, biarkanlah kemutan itu berlaku sebelum suntikan diteruskan
- Masukkan tiub (catheter) suntik kedalam badan rahim melalui lubang cervic yang telah dipegang . Masukkan hujung tiub itu menghala keatas bibir faraj dengan anggaran 20 – 30 darjah.
-Ini dapat mengelakkan termasuk tiub itu ke dalam saluran kencing ( Urethral opening)
-Tangan yang memegang cervik itu hendaklah membantu memasukkan tiub itu perlahan-lahan melepasi cervic . Kadangkala hujung tiub itu boleh tersangkut atau tersekat pada lipatan di hujung pertemuan faraj dengan cervic.
-Jika terdapat bunyi kasar ( grating) menunjukkan tiub itu telah melepasi kedalam cervic.
-Biasanya ini senang dilakukan dengan tangan kanan
-Air mani akan disuntik dalam badan rahim selepas saja tiub suntikan tersebut melepasi lubang cervic. Air mani jangan di suntik terlalu jauh kedalam saluran rahim kerana ia mungkin akan sampai ke tanduk rahim ( horn)
-Terdapat juga beberapa kejadian dimana sebilangan kecil lembu-lembu yang susah untuk di masukkan tiub suntikan kedalam badan rahim ( body of uterus). Sekiranya perkara ini berlaku suntikan hendaklah dilakukan seberapa jauh kedalam cervic
Setelah dipermanikan lembu tersebut
Setelah lembu dipermanikan di minta memastikan ternakan tidak dilepaskan untuk meragut dengan lembu lain. Ini adalah bagi memastikan yang lembu jantan di kawasan tersebut tidak boleh mengahwini lembu yang telah dipermanikan dan menyebabkan keguguran berlaku..Setelah tiga minggu penternak-penternak perlu mengesan sekali lagi pusingan berahi lembu tersebut. Ini adalah kerana kemungkinan lembu yang disuntik tersebut datang berahi lagi maksudnya kat sini permanian berhadas tersebut tidak berjaya. Seekor lembu akan mengawan semula diantara 17 hingga 24 hari selepas suntikan dilakukan jika sekiranya suntikan tersebut tidak berhasil. Sekiranya seekor lembu tidak menunjukkan tanda-tanda mengawan antara 60 hingga 90 hari ( 3 bulan) lembu itu dianggap bunting..
Permanian Berhadas pada baka kambing
Program pembiakbakaan kambing juga boleh dilakukan melalui kaedah Permanian Beradas (Artificial Insemination) untuk kacukan Boer atau Jamnapari yang bermutu dengan mengekal ciri-ciri yang ada.
Air mani kambing jantan akan dimasukkan kedalam uterus betina menggunakan alat-alat yang khusus .AI (Artificial Insemination) mempunyai banyak kelebihan kerana ar mani yang diambil daripada baka jantan kambing yang berkualiti tinggi dapat di gunakan oleh banyak kambing betina.
Salam tuan,
ReplyDeleteSaya amat berminat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pembiakan kambing secara komersial seperti ini. Oleh itu, pohon dicadangkan kepada saya kursus yang boleh saya sertai secara berterusan dan komprehensif sehingga melayakkan seya menjalankan perusahaan ini.
( 013-9837079 )
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam tuan..
ReplyDeleteSaya berminat dengan permanian beradas...
Boleh tak saya dapatkan nmber tlifon tuan atau tuan whatsaap saya 0199908438 ....
Dear Dr. Bukan:
ReplyDeleteABC GENETICS is one of the world’s leading artificial insemination
organizations specialized in Red Holstein and Brown Swiss breeds. For
over 30 years, we have provided highly fertile semen as well as
first-class services to achieve our goal of supplying breeders with the
world’s top genetics at a fair price. Today, semen from ABC GENETICS
sires is distributed in over 50 countries worldwide.
Currently, we are in the process to find distributors of our products in
your country since we have received a lot of requests through our website
about our Red Holstein and Brown Swiss Polled options from Malaysian
dairy producers and Holstein breeders. Therefore, we invite you to
explore our company and products here: http://www.abcgenetics.com
Finally, please let me know if you are interested in being our products
distributor in Malaysia so I can send you a business proposal
and if you have any other questions or suggestions, please do not hesitate
to contact me.
Sincerely,
Martín Cisneros
ABC GENETICS
729 North Midvale Boulevard Ste.#1
Madison, WI 53705- USA
CP - 31, 1299 Crans-près-Céligny, Vaud, Switzerland (near Geneva)
Tel: +1 608-209-4401(USA) +41(0)787831133(Switzerland)
Email:mcisneros@abcgenetics.com Skype:martin.cisneros40
www.abcgenetics.com http://www.facebook.com/ABCGenetics
salam tuan,
ReplyDeletesaya berminat dengan bembakaan lembu kaedah pemanian berhadas..boleh wassup saya secepat mungkin di nombor ini:0122391042..(saniy)..
Salam tuan,jika ada kursus berkaitan pemanian berhadas,sila inform sy..0195004654
ReplyDeleteSalam tuan, saya berminat untuk menghadiri kursus pemanian berhadas,,,sila informkan kepada saya jika ada kursus ya tuan.0109050906
ReplyDeleteA
ReplyDeleteSalam ..ada tak sesiapa yg boleh jalankan perkhidmatan mandian hadas lembu terutama dari baka Limosin dan Charolais terutama di Negeri Perak?Dan biasanya berapakah anggaran untuk sekali suntikan tersebut?Terima kasih..
ReplyDeletesaya berminat 0194970480
ReplyDeleteWasup saya 0166941876.saya Berminat untuk kursus ini
ReplyDelete
ReplyDeleteSalam tuan, saya berminat untuk menghadiri kursus pemanian berhadas,,,sila informkan kepada saya jika ada kursus ya..saya amat berharap daripada pihak tuan/puan..xkira dimana pun kursus dijalankan...0145316626
Salam tuan, saya berminat untuk menghadiri kursus pemanian berhadas,,,sila informkan kepada saya jika ada kursus ya tuan.0163167848
ReplyDelete