Sunday, May 23, 2010

Pony dan kuda


▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tentang Poni dan Kuda...

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Poni
Poni ialah kuda yang kecil dengan ukuran ketinggian kurang daripada 14.2 hands tinggi. secara tradisinya poni dan kuda diukur dengan kaedah ukuran telapak tangan (hands hight) dan inci.
Berapa kecilkah seekor poni yang kecil?
Baka Falabella adalah baka yang kenit. ukurannya tidak melebihi 76sm (30 inci) atau 7 hannds 2 inci. Saiz baka Falabella adalah lebih kurang saiz anjing yang sederhana besar. Ia dipelihara sebagai binatang kesayangan. selain daripada itu, Poni itu tidak digunakan untuk di tunggang. Baka kedua kecil ialah Poni Shetland, purata ketinggiannya adalah 1 meter (39 inci)

Bagaimana cara untuk membiak Baghal (mule)?
Baghal (mule) adalah hasil persemanian diantara keldai jantan dan kuda betina. Baghal (mule)mempunyai kaki dan tapak kaki yang kuat.oleh itu binatang ini digunakan untuk membawa beban yang berat dikawasan permukaan yang tidak rata. Baghal (mule) tidak boleh menghasilkan baka.

Adakah kuda belang sejenis kuda?
Ya.. kuda belang dan kuda adalah daripada kumpulan mamalia yang sama yang dipanggil "Equidae" kuda belang hidup berkumpulan di Afrika. Jalur belang pada kuda tersebut adalah untuk penyamaran. Beberapa percubaan untuk menjinak dan menunggangnya telah dilakukan tetapi tidak berjaya. kerana mereka adalah terlalu liar

Perlukah kuda mempunyai teman?
Semua kuda dan poni adalah binatang yang hidup sekumpulan dipersekitaran yang liar. Mereka bergantung antara satu sama lain untuk teman dan keselamatan.Kuda dan poni yang jinak mempunyai hubungan yang rapat diantara satu sama lain dan juga dengan tuannya. Jika tiada kuda yang lain berdekatan, kuda biasanya akan berkawan rapat dengan binatang yang lain seperti kambing, kucing dan anjing.

Bolehkah poni di tunggang oleh golongan dewasa?
Kebanyakkan baka asli poni dari Britain seperti Exmoor, Fell dan New Forest boleh ditunggang oleh orang dewasa tetapi poni moden berbadan dan berkaki kecil dan kurus ( yang digunakan dalam pertunjukan) tidak sesuai untuk di tunggang oleh orang dewasa.Poni "Highland" yang tegap pula dibiak untuk mengambil penunggang. Walaupun kaki penunggang hampir menyentuh tanah semasa menunggang.


Baka kuda mana yang paling berat?
"kuda Shire" merupakan kuda yang paling besar dan berat. Ketinggian kuda ini melebihi 17.2 hands (178sm/70 inci) dan berat lebih kurang 1 tan. Kuda ini masih digunakan untuk menarik beban yang beart adalah kuda kerja atau tujuan tarik kereta kuda di bandaraya.Kuda ini juga digunakan dalan industri pembalakan untuk menarik balak-balak yang telah di tebang.

Kuda yang paling laju?
Kuda " Thorougbred" merupakan kuda yang paling laju di dunia. Kuda ini dibiak khas untuk berlumba sebab ia kuat dan ringan. Semua kuda "Thoroughbred" berketurunan dari tiga kuda jantan yang dibawa pada awal 1700an dari afrika utara ke britian. Tiga kuda jantan itu adalah " Byerley turk", "Darley Arabian" dan " Godolphin Barb"
Ketinggian kuda
Kuda yang paling tinggi didunia adalah kuda jenis Shire yang dikenali sebagai "king" tinggi kuda itiu adalah 19.2 hannds (198sm/78inci)
Poni-poni Shetland secara tradisinya diukur dalam ukuran inci dan tidak dengan ukuran hands..Pengenalan

Keperluan makanan
kuda sekarang telah ditetapkan sebagai nilai pukulrata untuk semua jenis kuda. Keperluan makanan bagi seekor kuda mungkin lebih atau kurang dari keperluan kuda biasa. Kebolehan kuda menggunakan makanannya dengan sepenuhnya berbeza-beza walaupun kandungan makanan adalah sama.

Pentingnya Memberi Makanan Seimbang
Pemberian makanan seimbang dan lengkap adalah salah satu faktor yang penting dalam menentukan prestasi seseekor kuda. Maka perhatian serius hendaklah diberi dalam menyediakan makanan kuda yang akan membekalkan segala keperluan khasiat makanan dan boleh digunakan secara efisen untuk mendapatkan prestasi yang maksima.

Seperti binatang lain, kuda juga memerlukan pemakanan asas iaitu, tenaga, protin, garam galian, vitamin dan air untuk fungsi sistem badan.

Tenaga
Kandungan tenaga adalah unsur utama dalam makanan kuda yang terlibat dalam latihan. Membekalkan tenaga yang mencukupnya adalah salah satu masalah dalam menyediakan makanan kuda terutamanya kuda yang terlibat dalam sukan. Tenaga diperolehi dari 3 sumber utama, iaitu karbohydrait, lemak dan protin.

Karbohydrait
Sumber utama tenaga kuda adalah karbohydrait seperti gula, chaff dan serat. Sumber utama adalah bijirin (kandungan tenaga tinggi), serat atau bahan makanan seperti chaff dan rumput kering (kandungan tenaga rendah).

Bijirin
Bagi kuda yang terlibat dalam kerja, bijirin merupakan sebahagian besar makanannya. Bijirin yang biasa digunakan adalah oats, barli dan jagung. Oats mengandungi serat yang paling tinggi dan tenaga penghadaman paling rendah, berbanding dengan barli dan jagung. Memandangkan oats mengandungi serat yang tinggi, rendah tenaga penghadaman dan ringan beratnya, ianya selalu dianggap bijirin yang paling selamat untuk makanan kuda.

Sebarang perubahan kepada makanan kuda (seperti memperkenalkan bijirin tenaga tinggi) hendaklah dilakukan secara beransur-ansur supaya mengurangkan risiko sakit perut.

Oleh kerana terdapat perbezaan dalam kekentalan bijirin, maka ianya hendaklah digunakan mengikut berat dan bukan mengikut isipadu.

Bahan Pelawas
Bahan pelawas (rumput kering, chaff atau pastura) adalah wajib dalam makanan kuda. Keperluan bahan pelawas bergantung pada aktiviti, iaitu kuda yang kerja ringan memperolehi keperluan tenaganya dari bahan pelawas manakala kuda yang kerja keras perlu dikurangkan bahan pelawas dan ditambah bahan bijirin.

Sebagai panduan, keperluan bahan pelawas kuda adalah dianggarkan 0.5 – 0.75 kg/100 kg berat badan.
Kesan-kesan penting ke atas kuda diberi makan chaff atau rumput kering bermutu rendah:

1) Mengurangkan tenaga yang diperolehi.
2) Merendahkan penghadaman semua bahan makanan.
3) Menambahkan ruang perut supaya kuda tidak kurang memakan.
4) Menambah berat perut, membebankan kuda pada waktu kerja.

Rumput kering yang bermutu perlu mengandungi bahagian besar daun, rendah bahagian batang dan bebas dari debu dan kulat.

Lucerne hay atau chaff adalah sumber pelawas yang baik untuk kuda yang bekerja kerana ianya mengandungi tenaga penghadaman tinggi, protin, kalsium dan vitamin. Rumput kering pastura/kekacang juga adalah sesuai sebagai bahan pelawas.
Minyak Dan Lemak Sebagai Sumber Tenaga
Minyak dan lemak adalah sumber tenaga yang mudah digunakan. Kebanyakan pemakanan kuda mengandungi 2– 6% lemak. Bagaimanapun kuda boleh menggunakan sehingga 20% lemak dalam makanannya. Lemak mengandungi 2.25 kali banyak tenaga berbanding dengan protin atau karbohydrait. 340 g minyak jagung dan minyak bunga matahari mengandungi lemak bersamaam 1 kg oats. Bagi kuda yang berlari pantas atau bekerja keras, lemak menjadi satu sumber tenaga penting tanpa menggunakan tenaga yang tersimpan didalam badannya.

Protin
Keperluan protin dalam makanan kuda bukan sahaja bergantung kepada kuantiti tetapi juga kualiti asid amino. Kuda sentiasa menggunakan protin untuk tumbuhan bahdan, pembiakan atau mengganti tissu yang cedera/lama. Protin diperlukan untuk membina otot dan banyak fungsi badan bergantung pada protin. Maka bekalan protin yang mencukupi dan berterusan amatlah penting.

Protin dibentuk dari lebih kurang 20 jenis asid amino. Kuda boleh ‘membuat’ separuh dari jumlah asid amino dan bahagian lain perlu disediakan dalam makanannya. Keseimbangan asid amino dalam makanannya adalah sangat penting kerana kekurangan sebahagian asid amino akan menjejaskan penggunaan asid amino yang lain oleh badan. Maka ini akan menyebabkan kuda kekurangan protin walaupun makanannya kaya dengan protin.

Pentingnya Protin Bermutu Tinggi Dalam Makanan Kuda
Memberi makanan yang mengandungi protin bermutu tinggi adalah perlu bagi pertumbuhan otot-otot dan tenaga kuda selain dari itu, pemberian protin bermutu tinggi adalah sangat penting untuk mengekalkan keadaan badan dan mengatasi ketekanan semasa bekerja. Tekanan menyebabkan badan menggunakan protin dan pengambilan protin perlu ditingkatkan untuk mengganti protin badan. Memberi makan protin bermutu tinggi juga meningkatkan mutu kulit/rambutnya. Satu lagi sumber protin ditambah kepada makanan selain dari sumber bijirin/rumput kering adalah penting untuk mengseimbangkan pengambilan protin.

Garam Galian
Kuda memerlukan sekurang-kurangnya 16 jenis garam galian dalam makanannya. Antara garam galian yang diperlukan dengan banyak adalah kaslsiumn, phosphorus, sodium, potassium, magnesium, chloride dan sulphur. Garam galian lain yang diperlukan sedikit sahaja iaitu menganese, zat besi, copper, cobalt, solenium, molybdenum, flourine dan iodine.

Pemberian garam galian dalam makanan kuda bukan sahaja bergantung kepada pengetahuan keperluan garam galian tetapi juga fahaman tentang penyerapan garam galian.

Garam Galian Dalam Makanan Kuda
Kebanyakan pastura berkualiti mengandungi tahap yang tinggi garam galian berbanding dengan bijirin. Kuda yang meragut pastura/rumput kering dan tidak bekerja, tidak perlu diberi tambahan garam galian dalam makanannya. Kandungan garam galian dalam bijirin adalah rendah berbanding dengan pastura. Maka kuda yang diberi makan bijirin perlu diberi tambahan garam galian. Ini adalah sangat penting bagi kuda muda (hingga umur 3 tahun) yang bekerja dan sedang membesar kerana keperluan garam galian adalah lebih tinggi seperti kalsium, magnesium, sodum, chloride, potassium, phosphorus, zinc dan copper.

Kekurangan dan tidak keseimbangan garam galian dalam makanan kuda boleh menyebabkan gejala seperti kaku sendi, retak tulang, tempang dan patah tulang. Salah satu kekurangan garam galian yang sering berlaku ialah kalsium dan phosphorus. Kuda yang diberi makanan bermutu tinggi seperti bijirin dan/atau bran dan pollard perlu diberi tambahan kalsium yang tinggi.

Ketidak seimbangan Kalsium dan Phosphorus, jika tidak diperbetulkan, boleh menjejaskan prestasi kuda. Kuda sebagai binatang yang berlari pantas dan bekerja keras, memerlukan tulang yang kuat dan tahan lasak. Maka bahan garam galian, khususnya kalsium dan phosphorus sentiasa perlu dibekalkan dengan secukupnya untuk membaharui dan menguatkan tulang.

Vitamin
Vitamin diperlukan untuk fungsi badan biasa. Keperluan ini dipenuhi dari sumber makanan semulajadi dan vitamin kumpulan B dibuat oleh bacteria dalam perut.
Pentingnya Vitamin Dalam Makanan Kuda
Adalah didapati kuda yang bekerja memerlukan lebih vitamin yang tertentu. Maka vitamin A, D3, E dan Kumpulan B boleh ditambah dalam makanan. Kekurangan Vitamin A mungkin berlaku jika kuda diberi makan rumput yang bering. Vitamin D dibuat oleh kuda apabila tertedah kepada cahaya matahari. Kuda yang dikurungi dalam stable mungkin menghadapi kekurangan Vitamin A dan D kerana kurang meragut tumbuhan hijau dan tidak terdedah kepada cahaya matahari. Vitamin Kumpulan B terlibat dalam penghasilan tenaga dan kuda yang aktif memerlukan lebih banyak vitamin ini yang tidak dapat menampung dari sumber badan bagi menambah dalam makanan.

Air
Kuda memerlukan air yang banyak. Kuda yang mempunyai berat badan 450/500 kg boleh meminum antara 20 dan 80 litre air bergantung pada jenis makanan dimakan, kegtiatan dan tempoh kerja dan cuaca. Kuda di iklim panas dan lembab memerlukan banyak ait untuk menurunkan suhu badan kerana peluh tidak berkesan. Kuda hendaklah sentiasa disediakan air yang bersih dengan secukupnya untuk menggalakkannya meminum mengikut keperluannya.

Jadual Makan
Untuk Memastikan Makan Yang Mencukupi

Syarat pertama ialah menyediakan makanan yang secukupnya dan seimbang untuk dimakan oleh kuda. Kurang pengambilan makanan, akan menyebabkan kurang bertenaga, protin, garam galian, vitamin dan badan akan menjadi susut dan kulit menjadi kering. Kuda yang berehat atau bekerja ringan akan memakan lebih kurang 2 kg bahan kering bagi 100 kg berat badan.

Program Makan
Kuda hendaklah diberi makan pada masa yang tetap (3-4 kali sehari) untuk mengelak dari sakit perut. Kuda diberi makan lebih kerap kerana ianya mempunyai perut yang kecil. Jika diberi makan banyak pada suatu masa akan menyebabkan merosot penghadaman dan penyerapan juga menyebabkan sakit perut.

Memberi Makan Mengikut Berat
Memang ada perbezaan besar dalam kekentalan bahan-bahan makan kuda, khususnya bijirin. Jika kuda diberi makan mengikut isipadu akan berlaku ketidakseimbangan. Maka untuk memastikan kuda mendapat semua keperluan, makanan hendaklah diberi mengikut berat. Selain dari itu bahan makan hendaklah dibuat analysis untuk memastikan ianya bermutu tinggi, dari masa ke semasa.

Keenakan
Makanan kuda yang baik mestilah enak. Ini adalah untuk menggalakan kuda memakan dengan rela dan menghabiskannya. Jika tidak kuda tidak akan mendapat khasiat makanan yang diperlukannya. Tekanan akan meningkatkan keperluan tenaga, protin dan vitamin. Maka perkara ini hendaklah diambilkira apabila menyediakan makanan untuk kuda yang bekerja.

Merehatkan Kuda
Sebab-sebab merehatkan kuda adalah banyak dan berbeza. Kebiasaannya kuda direhatkan kerana kecederaan, badan susut, hilang selera, membenarkan kuda membesar atau matang, tidak tahan lasak, dan luar musim seperti permainan Polo. Kuda yang direhatkan hendaklah diberi makanan bermutu dan secukupnya untuk membolehkan ianya menghadapi latihan/kerja selepas tamat tempoh rehat dengan lebih daya. Kuda yang dikurangkan makanan dalam tempoh rehat akan kembali dalam keadaan lebih teruk berbanding sebelum direhatkan. Lebih kurang 1 bulan sebelum kembali bekerja kuda hendaklah diberi makan bijirin berlebihan.

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

Thursday, May 20, 2010

Penternakan Rusa 2

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Penternakan Rusa 2

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Soalan dari
Siti Nadiaayu Saleh 16 May at 09:05 Report
boleh x kalau sy nak dapat maklumat tentang penternakan rusa?

KAMI JAWAB...
Menternak rusa cara komersial adalah amat cerah pada masa hadapan jika dibandingkan dengan menternak lembu. Daging rusa lebih sedap, kurang lemak dan rendah kalestrol. Dari segi penjagaan tidak memerlukan pekerja yang ramai. Adalah diharapkan perusahaan menternak rusa akan berjaya di Malaysia kelak.

Dalam aktiviti penternakan rusa, terdapat beberapa jenis rusa dan sub spesisnya. Antaranya seperti rusa sika (Cervus nippon), sambar (Cervus unicolor), red deer (Cervus elapus), Wapiti atau Elk, Fallow deer (Dama-Dama), chital (Axs-Axis), dan rusa timor atau exotic (Cervus timorensis). Namun begitu, terdapat tiga jenis rusa utama yang diternak, khususnya di Malaysia. Antaranya ialah : -Penternakan rusa mampu menghasilkan pelbagai produk kepada pembangunan industri negara.








Rusa Sambar- Cervus Unicolor Equiinus & Cervus Unicolor Brooke
Sambar merupakan jenis rusa yang lebih besar badannya jika dibandingkan dengan temorensis dan mempunyai tanduk yang lebih menarik. Namun, sambar ialah rusa yang mendapat perlindungan dari pihak kerajaan Malaysia. Untuk menternak rusa jenis ini, lesen diperlukan dari pihak perhilitan negara kerana jenis ini jarang didapati dan kini masalah kepupusan menghantui rusa jenis sambar.
Rusa Mauritius Cervus Timorensis
Merupakan jenis rusa yang kerap diternak, khususnya negara Malaysia. Rusa ini sering menjadi pilihan kerana sifatnya yang mudah menyesuaikan diri pada keadaan persekitaran, khususnya iklim khatulistiwa negara. Selain itu, tanduknya (velvet) yang berguna dalam perubatan masyarakat cina sering mendapat permintaan yang tinggi dari kalangan pengamal perubatan. Akibat kurangnya penternakan rusa mengakibatkan kurangnya bekalan velvet kepada aktiviti perubatan dan ini membawa kepada kenaikan harga velvet dalam pasaran tempatan. Kadar kelahiran yang tinggi turut menjadikan temorensis sering menjadi pilihan utama penternak untuk diternak, malah kadar kematiannya juga rendah jika dibandingkan dengan jenis rusa lain seperti axis
Rusa Axis Cervus Axis Axis
Axis-Axis merupakan rusa yang sukar untuk didapati kerana harganya yang terlalu tinggi. Badan/bulunya yang berbintik merupakan antara tarikan utama rusa jenis ini dan faktor ini mempengaruhi harga pasaran rusa jenis axis-axis. Selain itu, jenis axis-axis ialah rusa yang lebih gemarkan iklim sejuk dan ini memyebabkan rusa jenis ini kurang bersesuaian untuk diternak dalam negara beriklim khatulistiwa seperti Malaysia. Kadar kematian anak yang tinggi jika dibandingkan dengan jenis timorensis juga membawa kepada masalah kurangnya penerokaan aktiviti penternakan rusa jenis ini. Namun begitu, zoo atau hotel-hotel terkemuka kerap menternak rusa jenis axis-axis sebagai daya tarikan kepada pengunjung dan ini jelas mengambarkan bahawa rusa jenis axis-axis lebih sesuai untuk diternak dengan tujuan membangunkan aktiviti pelancongan negara dari aktiviti pengeluaran produk rusa secara komersial.
Rusa merupakan hidupan liar yang di lindungi :
Menternak Rusa Sambar ( harus mohon permit dari jabatan Mergastua nama baru PERHILITAN...Rusa dari hutan negara ini adalah dilindungi dibawah AKTA no 76 AKTA Perlindungan Hidupan Liar 1972

Antara tabiat biasa dan habitat rusa adalah seperti berikut :-
Rusa gemarkan kawasan yang sunyi seperti kawasan habitat asalnya dalam hutan (semulajadi). Persekitaran kawasan ternakan dengan mengekalkan sifat rimbanya yang redup dan sunyi adalah amat penting untuk penternakan rusa ;Rusa lebih kerap berjalan di tepi-tepi pagar, iaitu dalam lingkungan 4 kaki dari tepi pagar. Keadaan ini menjadikan rusa jarang untuk berada di tengah-tengah padok atau kawasan pemagaran.

Tabiat yang gemar berjalan dalam lingkungan ini menjadikan rumput mudah mati akibat sering dipijak oleh rusa ;Untuk mengekalkan kawasan ternakan seperti rimba asal, pokok-pokok besar dan renek juga seharusnya dikekalkan dan jangan ditebang. Hal ini kerana pokok-pokok ini mampu menjadi pelindung kepada rusa untuk berteduh dari hujan atau panas kerana rusa tidak perlukan kandang ;Pokok-pokok yang ingin ditanam untuk tujuan berteduh dan makanan haruslah dibalut terlebih dahulu sebelum benar-benar matang kerana tabiat rusa yang gemar mengigit kulit kayu dan mengesel tanduk pada batang pokok boleh menyebabkan pokok tersebut mati sebelum mencapai tahap matang ;Persekitaran seperti anak sungai, parit kecil atau kolam kecil adalah amat digalakkan untuk disediakan kerana rusa gemar berkubang dan berendam dalam air, maka kemudahan ini perlu disediakan ;menyediakan pondok kecil dalam kawasan ragutan rusa dan penyediaan tapak makanan rusa ditempat-tempat khas agar masalah liar rusa dapat dikurangkan.
Rusa adalah haiwan ternakan yang tahan lasak dari cuaca semasa seperti hujan dan panas. Ketahanan ini sekali gus menjamin kepada pengurangan kos permulaan pelaksanaan projek penternakan rusa kerana rusa tidak memerlukan kandang seperti kambing atau lembu sebagai tempat berteduh. Namun begitu, rusa hanya perlukan pokok sebagai tempat berteduh dari panas mahupun hujan, khususnya pokok-pokok renek ;Rusa merupakan haiwan ternakan yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi terhadap serangan penyakit jika dibandingkan dengan ternakan lain seperti ayam, malah ketahanannya hampir memastikan bahawa rusa tidak perlukan suntikan tambahan untuk memastikan kesihatannya terjamin. Namun begitu, langkah berjaga-jaga masih perlu diambil agar masalah penyakit tidak mengganggu pertumbuhan dan tumbesaran rusa ;Rusa juga merupakan haiwan ternakan yang tidak memilih rumput sebagai makanannya. Namun begitu, rumput seperti guinea grass (panicum maximum), green panic, brachiaria decumbens, brachiaria humidicola, napier dan guatemala adalah digalakkan untuk diberi makan kepada rusa. Selain itu, makanan tambahan seperti hampas soya, dedak, daun petai belalang, daun ubi, acacia, hibiscus, nangka, cempedak, lundai, ara, pisang, betik atau bijian palet yang dicampur dengan multi-vitamin juga boleh diberikan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu ; Seekor Rusa jantan mampu mengawan dengan 40 ekor Rusa betinaMusim mengawan berlaku bila tanduk Rusa jantan menjadi keras, Musim beranak Rusa betina antara bulan Oktober hingga Januari kerana tempoh rusa bunting adalah 8 bulan.Rusa jantan yang berusia 18 bulan ke atas sedia untuk disembelih.Rumput jenis Guinea dan Decumbens yang diimport dari Australia dan Thailand sesuai untuk pemakanannyaGaram mineral blok serta kulit jagung menambahkan serat dalam pemakanan rusa. Sebanyak 20 kilogram rumput diberikan kepada sekumpulan rusa ternak setiap hariPenyakit seperti trypanosomiasis dan kecederaan akibat berlawan sesame sendiri khususnya melibatkan rusa jantan ketika musim mengawanRusa yang sakit akan di rawat di klinik kesihatan yang bercantum dengan tempat penyembelihanRusa perlu menjalani pemeriksaan darah, tahap kecacingan, diberi antibiotic, vitamin dan lain-lain ubatan.Rusa yang diternak di kawasan bukit, dagingnya lebih bermutu tinggi, kerana aktiviti turun naik bukit memberikan senaman kepada rusa ini, .Kaedah PengurusanSistem pengurusan lading rusa terbahagi kepada dua iaitu ragutan terbuka yang mana rusa dibiarkan meragut rumput pasturan secara pusingan dengan kadar empat hingga lima ekorKeperluan utama diperlukan oleh penternak yang memilih lading konsep ini ialah penanaman rumput, pemagaran dan rumah klinik.Sistem pengurusan lading kedua ialah lading integrasi iaitu rusa diternak di bawah tanaman kekal seperti kelapa sawit, koko dan kelapa. Seperti system ragutan terbuka, ladang ini juga memerlukan pemagaran, rumah klinik + penyembelihan dan tumbuhan atas tanah antara tanaman kekal.
Jenis rumput yang sesuai:
MARDI digit Digitaria setivalva Setaria kazungula Setara sphacelata cv kazungula Rumput Kuda Panicum maximum Rumput gajah Pennisetum Kekacang sentro Centrocema pubescence Daun kayu dan herba:Nangka Artocarpus heterophyllus Cempedak Artocarpus integer Tempunik Artocarpus rigidusAkar kala Clidemia hirta Paku miding Stenochiaena palustris Kelempung air Ficus grassularoides Kelempung burung Ficus albaKopi liar Fagrea racemosaTelinga gajah Macaranga gigantean Kemam Bredilia monoica Tinjau belukar Greenia corymbosa
Jenis daun yang sesuai juga untuk Rusa:Mengkirai Trema sppTempinis Streblus elongatesCempaka liar Gardenia tubiferaLudai Croton argyratusTulang Daing Melletia atropurpureaSial menahun Pternandra coerulenscensSenduduk Melastoma malabathricumSemalu Mimosa pudicaLalang Imperata cylindricalRumput parit Axonopus compressusRumput kerbau Paspalum conugatum

3 ekar – 100 ekor rusa Timur jika secara paddock= 1 ekar untuk 6-10 ekor rusa jika secara grazing/ padang ragut rumput.Untuk kaedah grazing maka yang sesuai bagi permulaan adalah seluas 30 ekar luas kawasan grazing seperti cara ternak lembu.

Kawalan dan jagaan-

Dipelihara secara separa bebas- Dibiar meragut setiap padok 6-7 hari- Stocking rate 1 hektar untuk 20-24 ekor rusa. Memberi makana) Konsentret 1.5 kg seekorb) Daun petai belalang, nagka, kesenai, senduduk, ubi keledek, cempedak 8 – 10 kg sehari seekor.c) Meragut rumput pastura, Bracharia decumbens


Kenaikan berat badan
Rusa sambar, berumur 5-6 bulan diberi makan konsentrat-750gm sehari, meningkat berat badan 0.3kg/ekor/hari.- Tanpa konsentrat kenaikan berat badan 0.125kg/ekor/hari.- Pemberian konsentrat dan garam jilat boleh memudahkan proses penjinakan ternakan rusa.-Air minuman bersih secukupnya.
Pagar Perimeter-Tinggi pagar 2.1 meter, sebaiknya 2.4 meter tinggi untuk rusa chital-Tiang pagar persegi 15 sm X 15 sm atau bulat berdiameter 15 sm.-Jarak antara tiang – 9 meter-Panjang 3 meter, dan ditanam 90 sm-Jenis ‘ Chain Link’ atau ‘Cyclone’-Jika ‘Chain Link’, tanam 15 sm dalam bersimen konkrit.

Pagar Padok / Petak Gunakan pagar cyclone-Ketinggian 1.8m-Tiang pagar persegi 10sm X 10 sm atau bulat dengan diameter 10sm.-Tinggi 2.5 meter, ditanam sedalam 75 sm-Jarak antara tiang pagar – 5 meter-Pintu padok keluar masuk utama boleh sampai antara 4 – 4.5 meter.

Keperluan Asas Takung air minum-Simen konkrit, tong , culvert-Bekas makanan sama ada Kayu, simen konkrit-Kandang berbumbung-Kolam mandian rusa (Sebuah kolam berukuran 9m x 3m x 1.5m)-Kawasan Rumput
PENYAKIT BERJANGKIT
Walaupun rusa merupakan haiwan ternakan yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi tehadap serangan penyakit, namun rusa juga tetap mempunyai masalah kesihatan dan serangan penyakitnya yang tersendiri. Antara penyakit yang sering menghantui aktiviti penternakan rusa ialah :-
Serangan Kutu : Rusa yang diternak secara bebas khususnya mudah dihinggapi kutu terutama apabila tiba musim hujan pada hujung dan awal tahun. Masalah ini dapat diatasi dengan menyembur ubat kutu (Asuntol) dengan selang masa sekali dalam tiga minggu.
Sakit Mata :Lebih kerap berlaku dalam kalangan anak-anak rusa. Antara puncanya ialah mata anak rusa mudah tercucuk rumput sehingga menyebabkan mata luka dan berair. Masalah ini dapat ditangani dengan rawatan awal melalui choramphenicol
Luka-Luka :Sering berlaku terhadap mana-mana rusa tanpa mengira peringkat umur. Antara puncanya ialah rempuhan pada pagar, akibat objek tajam seperti sisa dawai duri, kaca, zink, paku, besi atau akibat masalah gigitan kutu. Untuk menghindari masalah ini, objek tajam perlu dikeluarkan dan dibersihkan dari tempat tinggal rusa dan penggunaan gusanex spray atau negusunt powder mampu untuk menangani atau merawat luka pada badan rusa.
Bisul :Bisul sering menyerang bahagian kaki, pangkal paha dan juga celah kuku rusa. Untuk mengetahui sama ada masalah ini menghantui kesihatan seharian rusa, pemerhatian diperlukan terutama apabila rusa berjalan.
Cacing :Masalah kecacingan rusa hanya dapat diketahui melalui ujian najis, dimana analisa terhadap najis rusa di makmal perlu dilakukan dari semasa ke semasa. Untuk mengatasi masalah ini, rawatan ubat cacing menggunakan synantic perlu diberikan dengan selang masa sekali dalam tiga bulan.
Parasitic :Ectoperasite (kutu, tick dan lice), internal parasite dan longworm.
Bacterial :Salmonelosis, tuberculosis ceptospirosis, brucellosis, H. S. pasteurellosis, pneumonia, johnnes disease dan meliodiosis.
Viral :Malignant catarrhal fever, foot and mounth disease, dan bovire viral disease.
Proto Zoal :Babesiosis, toxoplasmosis dan anaplasmosis
Kecacingan (endoparasit)
Menyebabkan penurunan berat badan dan kematian pada rusa-rusa muda Tanda-tanda : Diarea, depresi, terbaring dan tidak ceria. Jumlah telur cacing (FEC) >200 EPG = singnifikan.Pengawalan : Pengurusan pembiakan yang baik akan menghasilkan anak yang miliki berat lahir yang optima.
Pasteurellosis
Kematian kerana jangkitan septicaemia. Disebabkan oleh Pasteurella multocida Pencegahan : Pemvaksinan HSKurangkan stress.. Mendapat perlindungan yang baik dan pemakanan yang seimbang.
Clostridial - Tetanus ( Clostridium tetani )
Suntikan 2 doses pada umur muda dengan jarak 4-6 minggu.Enterotoxaemia ( Clostridium perfringen Type D )
Tuberkulosis
Disebabkan oleh Mycobacterium bovis.Kuman masuk melalui paru-paru, saluran pencernaan dan luka yang terbuka.Paru-paru terdapat masa padat yang encapsulated.Tanda-tanda : Berat badan menurun, kekurusan, berhenti makan, batuk, susahbernafas dan diarea.Limfe nodus membengkak dan membesar, bernanah terutama di bahagian atas leher dan dada.Lesi : Retropharygeal di bahagian leher dan kepala membengkak dan bernanah.
Pembiakan
Rusa adalah haiwan ternakan yang mempunyai kadar kelahiran tahunan yang tinggi, khusunya rusa jenis timorensis (exotic) disamping kadar kematian yang rendah, iaitu 2% - 5%. Namun begitu, rusa juga mempunyai musim mengawan dan musim melahirkan anaknya yang tersendiri.Antara musim mengawan bagi rusa ialah antara bulan Januari hingga bulan Mac. Sementara jarak atau tempoh bunting (gestation period) bagi seekor rusa betina ialah antara 5 hingga 10 bulan bergantung kepada jenis rusa. Namun begitu, musim mengawan merupakan musim yang perlukan komitmen dan perhatian yang tinggi dari para penternak kerana musim ini kerap berlaku pergaduhan dan pertarungan diantara rusa jantan dan rusa betina. Bagi mengatasi masalah pergaduhan ini, langkah pencegahan seperti pengasingan rusa baka dan rusa jantan yang lain perlu dilakukan.Bagi mengetahui sama ada baka rusa betina bunting atau sebaliknya, kaedah pemerhatian melalui rectal palpation dan menimbang berat badan rusa adalah cara yang paling mudah dan paling berkesan.
- Musim pembiakan Julai-September-Kadar kelahiran rusa sambar boleh meningkat 60% ke 85%, setelah rusa pembiak diberi makanan tambahan.-Kadar kelahiran rusa merah, 30%-Kitaran berahi – 17-18 hari-Lama berahi – 2hari-Masa kebuntingan – 235 hari- Kebuntingan dapat dikenal
a) Palpasi per rektal
b) Kenaikan berat badan
c) Perubahan saiz di bahagian abdomen
d) Ambing susu membesar
e) Vulva membesar
Penjagaan anak
Berat lahir 8 – 10 kg- Bangun selepas 20 – 30 minit dilahirkan-Anak rusa suka menyembunyikan diri dalam rumput / semak, lebih kurang 10 hari-Pusat disapu iodine, elak jangkitan kuman-Pemberian susu gantian
AKHIR KATA..Penternakan rusa ialah perusahaan baru yang belum lagi banyak diterokai secara komersial. Masih ramai orang menganggap bahawa rusa adalah binatang liar dan sukar dijinak. Menternak rusa ialah satu pelaburan terbaru serta cepat mengembang, menguntungkan dan juga kurang menggunakan keluasan tanah berbanding dengan ternakan bebiri atau lembu. THANKS
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks...

Friday, May 14, 2010

Penternakan Ayam Serama

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Penternakan Ayam Serama

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

FAKTA: AYAM SERAMA
Nama serama dikatakan berasal dari nama Seri Rama dan pada mulanya adalah haiwan peliharaan di istana.Dipercayai berasal dari Kelantan. Dipercayai hasil kacukan pelbagai burung eksotik, termasuk burung hutan. Satu masa dulu, ayam serama menjadi kegilaan terutamanya di negeri-negeri pantai timur. Ayam serama adalah unik kerana saiznya yang kecil. Secara amnya, lagi kecil saiznya, lagi bagus. Selain itu, ciri-ciri fizikal lain bulu, taji, balung, paruh dan lain-lain juga akan menentukan kelas ayam itu. Dikatakan ayam-ayam serama terpilih yang sering memenangi pertandingan boleh mencapai harga puluhan ribu ringgit, bergantung kepada tawaran yang ditawarkan pembeli yang mampu dan sanggup!
Ayam serama disifatkan sebagai Ayam terkecil dunia pandai menonjolkan diri dan memikat hati kini mempunyai nilai komersial, tersohor di seluruh dunia
Jangka hayat antara tujuh hingga 15 tahun.Berat ideal adalah 500 gram ke bawah dengan saiz adalah satu pertiga dari ayam biasa. Ciri istimewa adalah ekor lentik, berdada tegak dan kepak lurus ke bawah. Menjadi haiwan peliharaan kerana jinak, manja dan mengenali tuannya. Haiwan ini mempunyai gelagat menarik seperti berjalan mengundur ke belakang.Sejak zaman berzaman hobi menternak ayam serama semakin menjadi 'kegilaan' ramai. Namun tidak ramai di kalangan kita mengetahui bahawa serama sebenarnya berasal dari gabungan Ayam Katik (Japanes Bertam) + Ayam Hutan (Besut) + Ayam Kapan Bangkok.Keistimewaan Ayam Katik (Japanes Bertam) ialah terletak pada saiznya yang kecil namun masalahnya ia adalah ayam yang kurang aktif dan bermasalah dalam pembiakan. Manakala Ayam Hutan (Besut) istemewanya terletak kepada bentuk tubuhnya yang cantik namun kelemahannya ialah warnanya yang tidak menarik. Manakala Ayam Kapan Bangkok pula keistemewaannya pada warna bulunya yang kuning dan ekornya yang panjang dan tersusun cantik.Diharapkan anda tidak keliru dengan baka ayam kecil yang lain seperti Ayam Kapan, Ayam Katik dan lain-lain


PENILAIAN AYAM SERAMA
* Jenis - Ciri utama ialah kepala melunjur ke belakang, bahagian belakang pendek, kepak menegak dan ekor panjang, penuh dan apabila berkembang, tidak menyentuh balung. Kedudukan tengah mata sama dengan kedudukan tengah kaki ketika berdiri.
* Perwatakan - Kelihatan gagah, berani dan yakin. Lagak suka menonjol seperti berkokok dan suka berdiri.
* Ekor - Saiz besar, menegak dan tinggi. Bulu pelepah ekor utama panjang, melentik di penghujung dan berkembang seperti bentuk V. Lawi (ayam jantan) menegak 90 darjah dan sedikit melentik ke belakang di penghujung.
* Kepak - Ketika berdiri, kepak ayam dalam posisi menegak tetapi sedikit menghala ke belakang. Hujung kepak bersentuhan sedikit dengan lantai.
* Badan - Tegap dan bulat. Dada ayam lebih luas dari bahagian belakang apabila dilihat dari atas. Dari tepi, badan berbentuk V. Belakang ayam pendek dan lebar di bahagian bahu.
* Kaki - Tidak begitu rapat dan selari. Panjang sederhana dan seimbang dengan saiz kepak. Paha berotot dan sederhana panjang. Taji di bahagian tengah betis, keras, kecil dan menghala ke belakang kaki.
.
Kategori umur bagi ayam serama yang sihat ialah seperti berikut:
Grade 3A beratnya dibawah 250gm
Grade 1A beratnya dibawah 350gm
Grade B beratnya dibawah 500gm

Gaya adalah sesuatu yang sangat subjektif untuk diterangkan bergantung kepada citarasa individu yang berbeza..Ayam serama lebih dikenali kerana kecantikan menyebabkan dibela hanya untuk tujuan menyertai pertandingan dan sekadar hobi. jika ada kamera dan limpahan cahaya lensa, ayam ini segera mengangkat dada dan meluruskan ekor tegak ke atas hingga 90 darjah serta mengibas kedua-dua kepak.Gaya gelagat teletah ayam serama sangat digemari oleh jurufoto kerana mudah untuk mendapatkan pose yang menarik dan ianya fotogenik. Ada juga ayam serama yang begitu sukar diambil gambarnya kerana seringkali berjalan menjelajahi setiap penjuru meja. Ciri-ciri yang patut ada pada seseekor serama untuk pertandingan....

ciri yang utama ialah gaya ( 25% ), tubuh (15%), ekor & lawi (15%), Kepala & Balung (15%), warna (10%), sayap (10%),bulu (5%) dan kaki (5%).biasanya ayam A yang beratnya dalam kategori 320 - 350g yang gayanya tinggi....ayam yang lebih ringan 220 - 300g biasanya kurang aktif....

Gaya : Permarkahan penuh biasa diperuntukkan 25% tetapi setakat ini markah yang tertinggi adalah 23.5 sahaja. Gaya dikira dari segi bagaimana ayam tersebut beraksi seperti mengebas-mengebas tarik, berjalan dengan megah, tarik selam kepala untuk menampakkan dadanya yang besar, angkat kaki sebelah, tengkok bergetar,dsb.


Tubuh : Pemarkahan penuh biasa diperuntuk 15%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 13.5 sahaja. Tubuh cantik dikira jika ayam tersebut boleh mengangkat dadanya hinggakan tidak menampakkan ruang di antara ekor dan belakang ayam tersebut. Kepala pula perlu melepasi aras kaki. Ekor tidak boleh melepasi aras kaki...orang sebelah sini kata tikam kepala...Jadi kedudukan kepala tu melebihi 90 darjah le.

Ekor : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 15%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 13 sahaja. Ekor yang cantik mesti mempunyai lebih daripada 5 bilah/helai sebelah. Susunannya perlulah teratur...iaitu tersusun dengan rapi...tak boleh ada yang pendek ditengah-tengah...menampakkan susunan menaik...satu lagi ekor tu mesti le terbuka..tak boleh tertutup rapat atau mengucup..istilah yang biasa kita gunakan untuk ekor ialah bentuk daun sirih.

Lawi : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 10%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 8.5 sahaja. Lawi cantik mestilah lebih tinggi dari ekor pengapik lawi..sekurang-kurangnya 1 inci. Lawi perlulah tegak ke atas..dua lawi ini perlulah sama panjang..keras, halus dan tajam meruncing..istilah yang biasa digunakan untuk lawi ialah lawi pedang dan lembing.

Sayap: Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 7%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 6 sahaja. Susunan sayap mesti kemas, Bulu pelepah pada sayap tidak menampakkan rongga, tidak terlalu singkat atau terlalu labuh...aras kaki digunakan sebagai penentu. Sayap yang cantik ialah apabila diluruskan ke bawah boleh menutupi kakinya dan tidak mencecah tanah. Mesti terpacak tegak 90 darjah.


Kepala Balung : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 10%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 8 sahaja. Balung cantik dikira apabila saiznya besesuai dengan muka ayam. Tidak tebal, berwarna merah terang untuk menunjukkan ianya sihat, Jejarinya melebihi daripada 5 bilah, Tegak, Tersusun dengan rapi...nampak keseragaman dalam susunannya.

Warna : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 8%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 7 sahaja. Warna kelas satu ialah warna-warna yang berkilat..seperti kuning, merah, ara, kumbang lilin, Warna kelas 2 ialah warna putih, kubing, warna kotor iaitu warna bercampur dengan warna hitam didadanya.


Bulu : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 5%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 4 sahaja. Bulu hendaklah kemas, bersih terutama hujung sayap dan bawah punggung, tidak merebang-rebang, kalau boleh bila kita lihat menampakkan kemas dan rapi...tip..mandikan ayam 3 atau 4 hari sebelum pertandingan...jangan mandikan sehari sebelum pertandingan..bulu tidak akan tersusun dengan rapi...nampak macam carik-carik.

Kaki : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 5%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 4 sahaja. Warna kaki terang biasanya kuning, panjang, bersih, tegap bila berdiri, bengkok kurang markah, tidak lemah atau lembik bila berjalan.


KATEGORI YANG DI PERTANDINGKAN

SERAMA "A"
SERAMA "B"
SERAMA MUDA
SERAMA REMAJA
SERAMA TANPA LAWI
SERAMA INDUK
SERAMA ANAK "A"
SERAMA ANAK "B"


Ada dua format untuk pertandingan ayam serama di antara Kelantan dan Terengganu....Kalau di Terengganu markah untuk gaya disatukan menjadi satu manakala di Kelantan dipecahkan menjadi dua...tetapi ini format pengadil Perkas...kalau Kerisma dia sama dengan format markah Terengganu. Gaya A ialah gaya di atas meja dan Gaya B adalah gaya di bawah ( berjalan ).Biasanya markah tidak banyak beza di antara satu-satu ayam..dan kadang-kadang markahnya sama sahaja apabila dijumlahkan..cara menentukan pendahulunya ialah dengan melihat susun atur markahnya daripada gaya hingga ke kaki...kalau ayam 'w' gaya lebih tetapi kalah bahagian kaki dan ayam 'X' kakinya lebih tinggi daripada gaya, maka ayam 'w' dikira sebagai pendahulu begitu le seterusnya..akan tetapi jika kesemua ciri-ciri markahnya sama, cara timbangan lah yang terakhir kita gunakan..ayam yang teringan dikira sebagai pemenang.
Justeru itu penternak yang arif terhadap maklumat genetik ini akan mampu mengenal pasti ciri-ciri yang dominan terhadap ayam serama peliharaannya. Sebarang ketidak seimbangan campuran genetik ini pada ayam yang diternaknya akan menghasilkan bentuk rupa ayam serama yang tidak mengikut standard kualiti yang dikehendaki. Sering jua peminat serama amat kecewa apabila membiakkan baka yang terpilih kerana gagal menghasilkan anak serama yang jauh dari kehebatan induk atau bapanya. bila mana melihat anak serama yang dihasilkan tidak mengambarkan ciri-ciri kehebatan bapa atau induk yang melahirkannya. Juga seringkali bapak serama hebat dikawinkan dengan Serama induk yang hebat tetapi hasilnya ialah 'Anak Kapan'. Ayam betina hanya bertelur kira-kira lima biji telur setiap tiga bulan atau kira-kira 20 biji setahun. Telur yang dikutip setiap hari dikumpul setempat selama tujuh hari dan kemudian dimasukkan dalam mesin inkubator selama 21 hari. Selepas menetas, anak ayam dimasukkan dalam satu kotak yang dinamakan set induk palsu. Kotak itu berfungsi seperti ibu ayam yang memanaskan badan anaknya. Selepas 30 hari, anak ayam dimasukkan ke reban biasa
Pemilihan baka gaya adalah faktor paling penting dan menjadi teras kepada kejayaan untuk menghasilkan ayam yang hebat di atas meja. Baka yang hebat gayanya agak senang untuk di ajar. Baka serama yang bukan dari darah gaya tetap boleh dilatih bergaya tetapi gayanya adalah tidak konsisten dan perlu diberi latihan yang berterusan.Asas datangnya penyakit dari enam perkara atau punca. Pertama sebab Virus kedua Bakteria ketiga Parasit keempat Protozoa kelima Kulat dan terakhir Pemakanan yang tidak seimbang. Antaranya adalah puru, jangkitan cacing, berak kapur, berak kuning, sesema, penyakit akut seperti strok, penyakit jangkitan kuman dan cacing dimata dan beberapa lagi.kena buat 2 suntikan iaitu suntikan penyakit sampar dan suntikan antibiotic. Darah akan dititiskan di atas plat putih untuk di analisis. difahamkan jika darah itu kelihatan berpasir maka ada sesuatu yang tidak kena. Ujian berikutnya akan dilakukan di makmal.ERYTAMIN PD (serbuk merah)
Serbuk ini dicampurkan dengan air minuman harian serama dan bertindak sebagai multivitamin asas.
PIPERAZINE CITRATE & Coccidine Powder (serbuk putih)
Piperazine Citrate bertindak sebagai pembunuh cacing dan perlu diberi 2 kali seminggu kepada serama yang hari2 dilepaskan di persekitaran yang kurang bersih.COCCIDINE PD Ini merupakan antibiotik dan perlu diberi kepada serama yang menunjukkan tanda2 berpenyakit.

Ayam diberi campuran dedak mengandungi vitamin..Makanan seimbang adalah sangat penting bagi setiap kehidupan. Nutrien yang diperlukan oleh setiap organisma dan mikroorganisma adalah berlainan mengikut spesis. Ayam serama juga memerlukan makanan tambahan bagi mengekalkan keseimbangan nutriennya. Makanan tambahan serama adalah berlainan mengikut kaedah pemeliharaan yang diamalkan. Ayam yang 24 jam di kurung memerlukan makanan tambahan yang lebih berbanding ayam yang dibiarkan lepas.Rumput merupakan nutrien asas yang perlu diambil oleh ayam serama. Ia bertindak sebagai agen serat yang membantu penghadaman. Kebiasaannya para breeder akan memberi makan rumput sekitar 2 kali seminggu dengan cara serkupkan ayam di atas rumput. Kerap kali juga ayam akan memakan batu-batu kecil yang juga merupakan dietnya.

Appeton ini diperlukan apabila ayam menunjukkan tanda2 kurang selera makan atau fizikalnya yang kurus. Penggunaan appeton ini harus dikawal kerana ayam akan cepat gemuk tetapi sihat. Ini adalah ubatan rahsia sebelum ke pertandingan bagi mereka yang ingin menambah berat serama untuk memasuki Kategori B!!!! Cara bancuhannya ialah di campur dengan air minuman dengan nisbah 1:10 Air minuman perlu ditukar setiap hari kerana akan masam pada keesokan harinya
Softgel kapsul minyak ikan ini merupakan makanan tambahan yang paling kerap digunakan oleh setiap tuan serama tanding. Ia membantu mencantikkan bulu serta kecergasan ayam jika diberi dengan berterusan. Ada juga minyak ikan dalam bentuk cecair yang digunakan dengan cara mencampurkannya dengan makanan serama.Ayam Serama memerlukan penjagaan yang betul dan ianya bermula dari usia anak. Ia perlu di ajar untuk tidur di atas kayu bagi menguatkan otot kaki seterusnya menghasilkan kaki yang lurus dan dapat berdiri dengan tegak. Serama juga memerlukan makanan yang seimbang serta protein yang tertentu seperti vitamin E dari minyak ikan untuk mencantikkan bulu.
Latihan hanya bertujuan untuk melatih ayam berdiri dan membiasakan serama dengan suasana pertandingan. Ia juga untuk memastikan ayam dapat 'parking' atau berdiri dengan keadaan yang selesa tanpa tekanan. Ayam darah gaya yang tidak dilatih di atas meja tetap akan bergaya di dalam reban atau di lapangan terbuka tetapi apabila diletakkan di atas meja ia akan gelisah dan menunjukkan tingkah laku untuk terjun meja. Pada usia 4-6 bulan merupakan usia agresif dan serama akan sangat aktif. Pada usia inilah ia sangat penting untuk di serkup bagi mengurangkan keagresifannya. Oleh itu, latihan yang intensif bukanlah jawapan kepada penghasilan serama yang hebat dimeja tetapi faktor baka adalah sangat penting. Baka yang hebat gayanya akan mewarisi gaya sehingga akhir hayatnya tetapi ayam dari baka bukan bergaya tetap akan bergaya tetapi tidak konsisten gayanya dan akan hilang seri apabila tidak diberi latihan yang berterusan.
Bagi pemelihara serama khas untuk pertandingan dia mengurung ayam tu seekor-seekor....nak letak atas meja pun seekor-seekor....simpan dulu baru boleh keluarkan yang lain...biar dia rasa dialah hebat..dialah gagah..dialah juara...baru le dia bergaya megah dengan penuh keegoannya

Reka bentuk reban sesuai dengan pembesaran haiwan ini dan melindungi dari angin dan hujan melampau yang menyebabkan penyakit.Menternak ayam serama tidak cerewet jika aspek kebersihan dan pemakanan diberi perhatian rapi. Mengapa ayam serama? Inilah haiwan yang benar-benar berasal dari Malaysia. Ayam serama sebenarnya diiktiraf dunia luar sebagai milik Malaysia
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..